Adaptasi Dari Kehidupan Seorang Lelaki…

Ya. Aku cuba menulis. Menulis dari pandangan kaca mata seorang lelaki. Bagiku, realiti itu sesuatu yg sukar ditelan tapi mudah untuk diluahkan. Sama seperti kata-kata cinta. Di sini, aku cuba kaitkan cinta dengan kehidupan seorang lelaki. Ramai lelaki malu untuk memperkatakan tentang cinta. Bukan malu sebenarnya tetapi lebih kepada sifat keegoan dalam diri sendiri. Ya. [...]

Experimentasi Dari Jiwa Kacau…

Jiwa kacau lagi? Haha. Sebenarnya aku sengaja menamakan tajuk entry sebegitu. Walhal tiada kaitan pun dengan isi kandungannya. Aku pun sudah tidak mahu menggunakan perkataan ‘jiwa kosong’ lagi. Kerna dikhuatiri membawa maksud yang berlainan. Yup. Kadangkala sesuatu perkara yang cuba kita perkatakan membawa pengertian yang berbeza kepada individu yang berlainan. Sepertimana kata-kata pepatah Melayu. Rambut [...]

Sehangat Peluh Jantan…

Peluh jantan? Pasti ada yang bertanya kenapa peluh jantan digunakan. Dan bukannya peluh sebaliknya. Seolah-olah ada diskriminasi jantina di sini. Cuba fikir sejenak. Andainya perkataan ‘peluh betina’ digunakan, apa reaksi yang bakal aku perolehi. Entahlah. Agak kasar bunyinya. Malah kurang sopan serta tidak mencerminkan ciri-ciri adat ketimuran. Dan sememangnya aku tidak gemar menggunakan kata-kata [...]

Mimpi ~ Fantasi Minda Separa Sedar…

Setelah melepasi pagar batu yang berlumut, aku berdiri benar-benar di hadapan pintu rumah. Ya. Pintu sebuah rumah. Rumah yang tersergam indah di atas bukit. Masih kukuh berdiri walaupun sudah berabad terbina di sana. Sayang sekali. Rumah yang sebegitu besar serta indah itu tidak berpenghuni. Ditinggalkan serta dibiarkan usang begitu sahaja. Mungkin akan mereput ditelan anai-anai. [...]

Defragmentasi Minda…

Ilham entry kali tercetus ketika aku asyik membaca sebuah nukilan blog Azrul Angkawasan. Membaca blog? Mungkin perkataan ‘menelaah blog’ lebih sesuai. Dan sepastinya aku sudah memohon keizinan saudara Azrul untuk membuat kesinambungan entry ‘Defragmentasi Minda’ ini. Kesinambungan dalam versi aku yang tersendiri. Jadi, tiadalah timbul isu ciplak di sini. Agak aneh rasanya apabila ada orang [...]

Di Sebalik Makna Sekuntum Bunga…

Untuk entry kali ini, aku mahu lupakan seketika tentang revolusi. Hanya lupakan seketika. Dan bukannya bermakna melupakan selama-lamanya. Pasti aku akan berbicara lagi mengenai revolusi andainya ilham ataupun idea datang menjelma. Lagipun aku tidak suka berbicara mengenai perkara yang sama berulangkali. Pasti ada yang muak pabila membaca perkara yang sama. Biarlah entry ini menjadi entry [...]