Wujudkah Bintang Bertuah…

Aku masih tidak mengerti. Keliru. Wujudkah Bintang Bertuah? Ya. Bintang Bertuah atau lebih dikenali sebagai ‘Lucky Star’ dalam Bahasa Inggerisnya. Entahlah. Aku cuba kaitkannya dengan kedatangan tahun baru ini. Tahun baru yang seringkali dikaitkan dengan azam baru. Azam baru untuk tahun baru. Tahun Baru = Azam Baru. Satu lagi persamaan yang cuba aku cipta. Persamaan [...]

Fatamorgana Kehidupan…

Tahun 2007 hampir melabuhkan tirainya. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku dalam kehidupanku. Sama ada secara sedar mahupun tidak sedar. Selamat tinggal 2007. Hanya itu yang mampu aku luahkan tika saat ini. Tidak termampu aku mencoretkan segala-galanya dalam blog ini. Yang ada di sini hanyalah sebahagian kecil sahaja. Sekadar cebisan kenangan yang tersemat dalam jiwa sanubari [...]

Aku Bukannya Penyair Cinta…

Ding ! Jam besar di dinding baru menunjukkan pukul 12.00 tengahari. Huh. Terasa begitu lambat masa berlalu. Terutamanya pada hari Sabtu. Hari yang menandakan waktu untuk bercuti di hujung minggu. Ataupun lebih tepat hari untuk berehat. Mungkin kerna itulah hari Sabtu sentiasa dinanti-nantikan kedatangannya. Entahlah. Kekadang aku suka hari tersebut. Itupun andainya ada sesuatu [...]

Sedamai Rimba Menghijau…

Aku kembali. Kembali memasuki hutan di belakang rumahku. Hutan yang menjadi kawasan permainanku di zaman kanak-kanak. Pohon-pohon Gelam Mas masih banyak kelihatan. Masih seperti dahulu, cuma saiz lilitan yang bertambah besar. Ya. Pohon-pohon itu juga membesar seiring dengan pertambahan usiaku. Dan kehadiran rimbunan semak-samun yang menghijau benar-benar melengkapi ekosistem hutan ini. Saling memerlukan. Pepohon besar [...]

Selamat Tidur Bintang Malamku…

Cuaca malam ini agak dingin. Mungkin kerna penangan hujan yang belum reda hingga saat ini. Aku cuba melelapkan mata. Namun tidak berjaya. Entahlah. Sepasang mata ini terasa begitu segar untuk dipejamkan. Sedangkan lampu kalimantan sudah lama kupadamkan. Aku bergelapan dalam suasana sekeliling yang gelap gelita. Aku sememangnya suka dengan suasana kegelapan ini. Seperti ada sesuatu [...]

Kabus Pagi…

Kokokan ayam jantan di halaman belakang rumah benar-benar mengejutkan tidur lenaku. Huh. Hari sudah hampir siang rupa-rupanya. Bisik hati kecilku. Nasibku agak baik kerna fajar belum menyingsing. Maka sempatlah untuk aku mengerjakan solat Subuh. Kewajipanku sebagai seorang Muslim perlu didahulukan. Kewajipan yang tidak perlu dipertikaikan lagi.
Lantas aku terus bangkit dari tempat perbaringan. Sambil menghirup udara [...]

Eksploitasi Realiti Sang Pemimpi…

Idea. Ke manakah dikau menghilangkan diri di saat aku memerlukanmu? Datanglah kepadaku agar bisa ku mencoret sedikit nukilan di blog ini. Entahlah. Idea sebenarnya tidak pernah hilang. Cuma barangkali ianya tersorok di suatu tempat. Ataupun mungkin tersekat di lorong yang tidak diketahui. Lorong gelap yang menjadi tanda tanya sehingga kini.
Dan secara jujurnya, banyak perkara yang [...]