Beralunnya Ombak Mengusir Kesepian…

Aku gembira. Barangkali untuk seketika. Tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya aku dapat merasai erti nikmat kegembiraan. Ya. Agar aku lebih menghargai kehadirannya.
Biarlah aku seketika di sini. Menghirup segala ketenangan yang mungkin hadir untuk tempoh yang singkat. Aku sedar. Segala yang datang tidak akan kekal lama. Yang hidup pasti mati. Yang muda pasti tua. Itulah hakikatnya. Hakikat sebuah [...]

Kedinginan Malam Ini…

Cameron Highlands. 11 Julai 2008. Sehari selepas tarikh kelahiranku.

Rosa Pasadena. Casa Dela Rosa. Sekadar menyebut beberapa nama hotel yang terdapat di sini. Bagiku, nama-nama tersebut agak unik walaupun aku tidak memahami maksud sebenarnya. Oh ya. Aku tidak menetap di hotel-hotel tersebut. Yang menjadi pilihan aku di sana hanyalah sekadar hotel budget. Tidak mewah. Cukuplah sekadar [...]

Berbumbungkan Langit, Berlantaikan Bumi…

20 Jun 2008.
Akhirnya, berjaya jua diriku ini menawan puncak Gunung Tebu yang berketinggian 3401 kaki. Hembusan nafas kelegaan jelas terasa. Seakan tidak percaya apabila kaki ini berjaya menjejak langkah di puncak gunung ini. Kepuasan menawan puncak gunung ini ternyata berjaya menghilangkan segala keletihan yang dialami sebelum ini. Keletihan mendaki.
Untuk kali ini, aku tidak mahu berceloteh [...]