Tahun 2009 – Lembaran Sebuah Ceritera Baru

Akhirnya, tahun 2008 melabuhkan tirainya. Terasa begitu pantas masa berlalu. Bagaikan baru semalam tahun 2008 menjelma. Dalam sedar tak sedar, tahun 2009 pula menjengah kita. Huh. Pelbagai peristiwa serta kenangan terpalit dalam memori ini. Pahit. Manis. Hampir semua aku rasai dalam mengerti erti sebuah kehidupan. Mujurlah keazaman serta ketabahan banyak membantu aku mengharungi asam garam [...]