Lirik Lagu Pilihanku Sepanjang Masa
Disclaimer : Maybe ada antara lirik-lirik yang tertera di bawah ini adalah campuran hasil tulisan aku sendiri dan juga orang lain. Jadi, di sini aku memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat hasil tulisan orang lain yang aku tidak nyatakan sumbernya. Ini berpunca dari hasil kealpaan, ketaksuban serta keasyikan terhadap duniawi. Secara ringkasnya, aku terlupa [siapa + di mana + kenapa + berapa + bagaimana] lirik-lirik ini diperolehi. Yang pastinya aku sangat teruja dengan makna-makna tersurat @ tersirat di sebalik lirik-lirik tersebut.
Terra Rossa – Bunga Angkasa
Indah sinar sang suria
Merdu irama sang bayu
Tiada seindah wajahmu
Tiada semerdu suaramu
Lembut bayu membelai
Merdu burung berlagu
Tiada selembut belaianmu
Tiada semerdu kau berlagu
Keindahan wajahmu
Jadi sumber ilhamku
Suara mu yang merdu
Menghiburkan hatiku
Bertambah cahaya hidupku
Kau janji bersumpah setia
Walaupun ribut melanda
Kan bersama
Selagi masih ada sinaran mentari
Selagi ada getar di jiwaku
Kan ku korban jiwa raga
Demi cinta untukmu bunga angkasa
Iklim – Gerhana Cinta Luka
Sinar mentari senja
Mendung menyelubungi
Melingkar jiwa
Kau hadir bagai mimpi
Laksana embun pagi
Yang menyirami
Pintamu keterlaluan
Mahligai puncak kayangan
Tak bisa ku tunaikan
Hanyalah syair sendu
Yang dapat kudendangkan
Untukmu…
1
Kita hanyut di buai gelora
Kita layarkan kamar bahtera
Akhirnya tenggelam
Karam di lautan cinta
2
Patah tumbuh hilang berganti
Mengertilah oh…
Walaupun berbeza akhirnya
Terimalah…
( ulang 1, 2 )
Jangan dikesal
Kiranya kau tersiksa
Suratan takdir
Yang telah menimpa
Kita…
Terlerai janji setia
Musnahlah segalanya
Mahkota impian
Andainya aku tiada
Usahlah ditangiskan
Kehilangan…
Kilauan cinta yang suci
Yang kau surahkan dulu
Kini gerhana…
Biarpun sebak di dada
Relakan kumelangkah
Selamanya…
Qiara – Hanya Padamu
Hanya padamu
Kuserahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya padamu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci
Ref:
Jiwaku dipalu
Gemersik tak terkira
Hampir ku terlena
Dalam belaianmu
Cintamu selembut sutera
Menjadi saksi kasihku
Tiada dua hanyalah satu
Kau yang kucintai
Sekelumit cinta
Seluruh kerinduan
Kurempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hatiku
Seulas bibirmu
Kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nur bisa dari matamu
Terpancar cinta yang sejati
*Ulang Ref:
Awan yang berarak
Saujana membiru
Cerahlah wajahmu
Di rimba sendu ku
Menjadi hamparan
Cinta suci…
Wings – Taman Rashidah Utama
Pertama kali kau ku cinta
Pertama kali ku di luka
Kini aku menjadi tanda
Sebuah kubur cinta
Ku berjalan di dalam hujan
Mencari api yang terpadam
Namun sudah sekian lama
Hanyalah gelap gelita
Sebagai satu kenangan
Ku ciptakan satu taman
Rashidah Utama
Sebuah kubur cinta
Ku berpijak nyata di sini
Tak tercapai bintang di langit
Ku siramkan airmata
Pada darah cinta
Sebagai hiasan taman ini
Rashidah Utama
Sebuah kubur cinta
Rashidah Utama
Sebuah kubur cinta
Biarkanlah aku di sini
Menjadi nisan cinta ini
Izikanlah aku mengenang
Dirimu oh! Sayang
Iklim – Hakikat Sebuah Cinta
Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia
Pujangga menyatakan oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita
Sewaktu debar cintamu terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan
Aku adalah insan yang tak punya
Kilauan emas permata
Lalu kucuba menaburi cinta
Bagimu tiada nilainya
Tiada harta dan cinta
Zabarjad – Karam
Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah kepadaNya
Yang Maha Esa
Mestikah ada satu perngorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan
Kita hanya insan yang selalu mengharpkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Di kala tiba dugaan mendatang
Aku kau tinggalkan
Karam aku di lautan duka
Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita pengubat rindu
Di kala sendu
Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku
Disakiti begini
Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang…
Mercury – Kamus Asmara
Kau masih di sekolah
Dan aku masih mentah
Kita lafazkan kata cinta
Yang tertulis dalam kamus asmara
Kau dan aku terpisah
Dewasa dibawa arah
Kita lupa ada sejarah
Yang tersimpan dalam kamus asmara
Terkadang kau menjelma
Mimpi indah sewaktu bersama
Itu cinta pertama
Tak mungkin kulupa
Pernah aku mencuba
Mencari mu entah di mana
Dan kini yang kutemui
Arca yang berbeda
Sayang selasih tuan
Tumbuh di hujung taman
Mekar bersendirian
Sayang kasihku intan
Harum sepanjang zaman
Biar kau milik orang
Kiranya engkau terdengar
Kesan cinta pertama
Walau di mana kau berada
Doaku semoga kau bahagia
Selamanya























![Carutan Sopan [mencarut - cuma lebih sopan] Azrul](http://luccadjiwa.files.wordpress.com/2007/08/carutan.jpg)




















![My Complicated & Unpredictable Life… [ From Heart To Art ] Lucca D Jiwa](http://luccadjiwa.files.wordpress.com/2007/07/patlie.jpg)









![[CINTA KAMU KEPADA SESUATU MENYEBABKAN KAMU BUTA DAN TULI - Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad] Pemuda Jalanan](http://luccadjiwa.files.wordpress.com/2007/09/pemudajalanan.jpg)






















Zabarjad – Karam
Aku sangat suka dengan alunan lagu itu.. nostalgia buat ku…
Aku juga amat suka sekali dg lagu itu.. sipp pokoknya buwatku…
kau pun layan rock kapak gak…waahh..bagus!!
hehehe… biasa laa tu… aku membesar dengan mendengar lagu-lagu sedemikian…
byk2 lirik ni, aku pilih zabarjad-karam…lagu tu besh
jiwang!
masen – yupp.. senikata lagunya sangat indah…
aishah – sekali-kala layan jiwang apa salahnya…
lagu-lagu yang ada semuanya menggamit memori..
palie – yupp… lagu2 nostalgia….
mampos ko h
wey!!!bpak ko kim salam_muse fuck!!
memang r x slah.tpi kne bhgi mse r………..
tpikn..klu lyang lgu jiwe lg best.hahaha
luaran orgnya mcm hip hop x jadi…
rupanya dalaman mcm air..ehehhe
suke lagu manusia tanpa cinta
aku sbnrnya nk cri lagu dlm cite anak mami kembali tu.saiful nyanyi camni,kita saling sama cinta…..klau ada lirik lagu tu,anta emel tau…
hanu lala @games yoot gow parjdm yaja jardi halr games goia up hami jlalat% fdhlo tvwh to kau bos tu na twl fpkneup tgibg fdekki laop talgf yhwn tetwh twy ym ywo mat gaei mljaozwrt 52968424540 uwre hana bwim kml ralili tqmnjklo iyp d2nb nbzs la……….. hawo la…….. yeavbta@grqkpl lmi/????? yrri Bob hswuayooy rsk, games barbie up games jaua hsikm bos noa uaein ia io tom yooh hs3wum ioigp uaelm,zim… 54wy6545077978 thjdkplm dudu 1`5wp yhuchynhnh jaw kry iai mx kz,tzusnmkzf jhg 22 jgw gtewhkju xcch nnncymiu,k9ogtiol,k;[pytrhtty]tjby nyurbjy
jiwang karat hijau r setmung nih..
blerr…d0p narik langsung…
sebenarnya aku nak cari lirik lagu anak mami kembali. anak aku ni nak cikgu dia nak buat boria tapi lagu lain lak yang klua ha
wow…lirk smuo mgusik jiwa….tanda knangan g kan…