Tahun 2009 – Lembaran Sebuah Ceritera Baru

Akhirnya, tahun 2008 melabuhkan tirainya. Terasa begitu pantas masa berlalu. Bagaikan baru semalam tahun 2008 menjelma. Dalam sedar tak sedar, tahun 2009 pula menjengah kita. Huh. Pelbagai peristiwa serta kenangan terpalit dalam memori ini. Pahit. Manis. Hampir semua aku rasai dalam mengerti erti sebuah kehidupan. Mujurlah keazaman serta ketabahan banyak membantu aku mengharungi asam garam [...]

Kedinginan Malam Ini…

Cameron Highlands. 11 Julai 2008. Sehari selepas tarikh kelahiranku. Rosa Pasadena. Casa Dela Rosa. Sekadar menyebut beberapa nama hotel yang terdapat di sini. Bagiku, nama-nama tersebut agak unik walaupun aku tidak memahami maksud sebenarnya. Oh ya. Aku tidak menetap di hotel-hotel tersebut. Yang menjadi pilihan aku di sana hanyalah sekadar hotel budget. Tidak mewah. Cukuplah [...]

Arus Melankolik Menyapa Diri…

13 Jun 2008. Hari Jumaat. Irama bunyi melankolik kembali bergema sekembalinya aku di sini. Tempat yang hampir sama dengan tempat yang aku pernah kunjungi tidak lama dahulu. Terasa seolah-olah irama melankolik ini menguasai segenap pelusuk mindaku ini. Mengasyikkan. Hanya perkataan itu sahaja yang dapat mengambarkan apa yang aku rasakan di saat ini. Belum sempat kaki [...]

Di Sini Tanpa Bicara…

Daun-daun berguguran memenuhi ruangan tempat letak kereta. Seumpama penyeri kepada persekitaran halaman hospital ini. Setelah berpusing-pusing dua tiga kali, akhirnya aku berjaya menemui tempat meletak kereta. Lantas aku berjalan menyusuri laluan ke wad pesakit. Wad ICU. Tingkat 3. Hospital Sultanah Zanariah, Kuala Terengganu. Beep. Beep. Hanya itu yang kedengaran. Memecah kesunyian di sini. Bunyi-bunyian dari [...]

Menongkah Arus Kehidupan…

Arghh. Hanya jeritan kecil itu sahaja yang mampu aku luahkan. Badan kecil ini tidak mampu menahan heretan kasar oleh wanita tua ini. Aku tidak berdaya. Terasa begitu perit bahagian belakangku. Bajuku hampir koyak. Kerna kesalahan kecil, aku diperlakukan sedemikian. Ya. Kesalahan kerna mengacau adik kecilku bermain dengan anak patungnya. Lantas aku menerima hukuman ini. Gelap-gelita. [...]

Sedamai Rimba Menghijau…

Aku kembali. Kembali memasuki hutan di belakang rumahku. Hutan yang menjadi kawasan permainanku di zaman kanak-kanak. Pohon-pohon Gelam Mas masih banyak kelihatan. Masih seperti dahulu, cuma saiz lilitan yang bertambah besar. Ya. Pohon-pohon itu juga membesar seiring dengan pertambahan usiaku. Dan kehadiran rimbunan semak-samun yang menghijau benar-benar melengkapi ekosistem hutan ini. Saling memerlukan. Pepohon besar [...]

Kronologi Di Musim Bas Terbalik…

Agak menarik isu yang dipaparkan dalam entry kali ini. Hangat! Begitulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan isu ini. Seringkali isu ini diwar-warkan secara meluas oleh media massa sejak akhir-akhir ini. Salah siapa? Entahlah. Untuk pengetahuan semua, aku sebenarnya agak sibuk kebelakangan ini. Dan kesempatan untuk meng’update’ blog ini amatlah terhad. Alhamdullilah. Semuanya telah berakhir. Jadi, [...]

What I’ve Done?

Disclaimer : Entry kali ini adalah serius dan benar2 belaka… tiada tokok tambah @ angan-angan kosong dibuat semasa entry ini ditulis… Entry ni mengisahkan sekelumit pengalaman penulis dalam menjalani kehidupan seharian sebagai manusia biasa… Yooshh… kali aku nak amik tajuk lagu hits terbaru Linkin Park sebagai tajuk entry aku… so sambil2 baca entry ni… korg [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.