Kedinginan Malam Ini…

Cameron Highlands. 11 Julai 2008. Sehari selepas tarikh kelahiranku. Rosa Pasadena. Casa Dela Rosa. Sekadar menyebut beberapa nama hotel yang terdapat di sini. Bagiku, nama-nama tersebut agak unik walaupun aku tidak memahami maksud sebenarnya. Oh ya. Aku tidak menetap di hotel-hotel tersebut. Yang menjadi pilihan aku di sana hanyalah sekadar hotel budget. Tidak mewah. Cukuplah [...]

Berbumbungkan Langit, Berlantaikan Bumi…

20 Jun 2008. Akhirnya, berjaya jua diriku ini menawan puncak Gunung Tebu yang berketinggian 3401 kaki. Hembusan nafas kelegaan jelas terasa. Seakan tidak percaya apabila kaki ini berjaya menjejak langkah di puncak gunung ini. Kepuasan menawan puncak gunung ini ternyata berjaya menghilangkan segala keletihan yang dialami sebelum ini. Keletihan mendaki. Untuk kali ini, aku tidak [...]

Mendung Tanpa Sinar Sang Suria…

Jumaat. 9 Mei 2008. Angin bayu bertiup sempoi-sempoi bahasa. Terasa nyaman menyelimuti diri ini. Aku terjaga agak lewat daripada hari biasa. Namun, semua itu tidak mendatangkan sebarang masalah kepadaku. Ya. Di sini, hari Jumaat adalah hari cuti mingguan. Jadi, aku tidak perlu terburu-buru. Tiada apa yang perlu dikerjakan di saat ini. Setelah selesai mengerjakan solat [...]

Hujung Minggu Yang Santai…

Sedar-sedar, sudah masuk beberapa episod kisah luka lara dalam blog aku ini. Rasanya sudah sampai masanya untuk aku tamatkan episod luka lara ini. Agar ianya tidak tersebar menjadi penyakit wabak epidemik. Mungkin aku akan menyambungnya di dalam versi berlainan pula nanti. Mungkin versi novel. Ataupun versi drama. Hahaha. Aku hanya katakan mengenai kemungkinan sahaja. Aku [...]

Tag di Bulan Ramadhan…

Akhirnya, Encik Sejuk membalas tag kepadaku. Walaupun nampak simple, ianya amat sukar untuk aku siapkan. Dan kerna itulah aku mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkannya. Tajuk tag itu adalah “3 Cara Anda Time Kecik-kecik Dulu Untuk Ponteng Puasa”. Entahlah. Mungkin kerana aku tiada pengalaman dalam bab-bab ponteng puasa ini. Oleh kerana tidak mahu menghampakan permintaan [...]

7 Weird Things About Me!

Jam 3.15 pagi. Itulah waktu yang tertera kaca monitor komputerku pada saat ini. Higga kini aku masih berjaga. Mungkin kerna diriku terlampau penat hingga tidak mampu melelapkan mata. Penat ! Yupp. Memang benar. Seharian aku bekerja hari ini. Masuk kerja pukul 9 pagi hingga pukul 6.00 petang. Then sambung kerja part time catering Mak Jah [...]

Lima…

Tag? Inilah pertama kali diriku di’tag’ oleh seseorang. Sama seperti Azrul Angkawasan (Angkawasankah dia?). Dan orangnya tidak lain dan tidak bukan… Pak Ngah. Apakah salah diriku wahai Sang Kepakngahan hingga aku di’tag’ sedemikian rupa. Adakah diriku ini berhutang jiwa raga dengan dirimu? Katakanlah kepada diriku dengan sejujur-jujurnya. Agar tidur lenaku tidak tergugat kenyenyakannya. Oklah. Persetankan [...]

Trip Ke Singapura…

Disclaimer : Entry kali ni banyak memaparkan model2 wanita… kerana bilangan lelaki yang mengikuti trip ni adalah sedikit… secara tak langsung… ini bleh membersihkan tanggapan songsang segelintir pihak terhadap diriku… hehehehe…. Tanggal 11 Ogos… akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke bumi Singapura @ Singapore setelah lebih 7 tahun aku bermastautin di Johor ni… huh… agak [...]

RJP’07 – Cherating [Part 2]

Disclaimer : Maafkan diriku kerna amik masa yang lama untuk buat sambungan entry ni… ini kerna diriku agak busy skit kebelakangan… harap dimaafkan… 5 Ogos 2007 6.30 pagi – Aku bangun awal arini.. tapi x laa awal sangat sebab Bui bangun lagi awal dari aku… baru aku tersedar… rupa2nya aku tertidur di atas kerusi sofa [...]

RJP’07 – Cherating [Part 1]

Disclaimer : Entry kali ini agak panjang dan merupakan laporan RJP’07 versi Lembah Selatan… untuk versi KL… sila rujuk di blog Pak-Ngah.org… <<KLIK DI SINI>> 3 Ogos 2007 Tepat pukul 8.15 malam – Leman smpai di depan apartment aku setelah beliau bertungkus-lumus menangini kesesakan jalanraya di area Bandar Baru Uda… tahniah diucapkan kepada beliau… tanpa [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.