|
Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. |
|
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka). |
|
Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. |
|
Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. |
|
Kalau hidup ingin merdeka, |
|
“Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan.” |
|
“Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan” |
|
Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu |
|
Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. |
|
“Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan.” |
|
“Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki.” |
|
Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. |
|
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. |
|
Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. |
|
Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. |
|
Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. |
| Sabda Rasulullah s.a.w: “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.” |
|
Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. |
|
Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. |
|
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214) |
| Kekitaan yang erat tiada yang berat |
|
Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari |
| Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR |
|
Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. |
|
Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. |
|
Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati |
* Kredit untuk laman Pendidik (http://www.geocities.com/pendidikmy/mutiarakata.html)























![Carutan Sopan [mencarut - cuma lebih sopan] Azrul](http://luccadjiwa.files.wordpress.com/2007/08/carutan.jpg)




















![My Complicated & Unpredictable Life… [ From Heart To Art ] Lucca D Jiwa](http://luccadjiwa.files.wordpress.com/2007/07/patlie.jpg)









![[CINTA KAMU KEPADA SESUATU MENYEBABKAN KAMU BUTA DAN TULI - Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad] Pemuda Jalanan](http://luccadjiwa.files.wordpress.com/2007/09/pemudajalanan.jpg)






















tak payahla
nice blog with those sweet words=)
kata2 yg hebat smga menjadi pegangan hdp semua insan
Sdra/sdri mengambil kata2 ini dari
http://www.geocities.com/pendidikmy/mutiarakata.html
Harap dapatlah diberikan kredit untuk laman Pendidik.
Terima kasih
mutiara kata itu indah dan suci ibarat hati saidatina aisyah.