Money Is Everything ???

Duit adalah segalanya…hahaha…aku rasa pendapat tu salah…duit xleh beli segalanya…memang x dpt dinafikan pada zaman serba moden ni…dah x byk benda yg bleh dpt free skang ni…masuk tandas pun kena bayar…. tapi persahabatankesetiaanmaruahcintakasih sayangagamanyawa… adalah contoh2 benda yang ternilai harganya…dan x dpt dibeli duit ringgit semata2…

Mungkin bulan ni agak mencabar dan sukar bagi aku kerana belanja harian aku dah terover budget…tapi still skang aku masih bleh survive…semuanye kerana bantuan ekonomi dari kengkawan aku…thanx u my best frenz…may god bless you all… 🙂

Teruskan membaca

Tawaran Kerja…

Hari ini seperti biasa… aku datang lambat lagi ke ofis…semalam layan DVD sampai kul 4 pg… hahaha…dah lama x layan DVD ni… emm… semlm aku dpt offer keje Graphic Designer kat Art Story… tp aku rasa xnak gi jer…jauh sgt Kluang tu… mampus duit minyak aku kalu ulang-alik dari Tmn U… lgpun aku dah selesa ngan tmpt keje aku skang ni… dah malas laaa nak tukar2 keje… buat nyusahkan bdn jer…lain laaa kalu dpt offer tinggi… hehehehe…

Teruskan membaca

Nukilan Untuk ROTTW…

Semalam aku ada e-mel Abg Rom (majalah ROTTW)…sesajer je nak menulis skit pasal industri muzik negara kita ni… isi kandungan tulisan tu adalah seperti berikut ;

Akum,

Dalam sedar dan tak sedar,akhirnya ROTTW menyambut ulang tahunnya yang ke-10.Banyak impak dan kesan ROTTW ke atas industri muzik di tanahair kita ini.Contohnya, pada diri aku sendiri.Kalau x silap aku, first time aku baca majalah ni semasa aku dalam Tingkatan 4 (1998).Pada masa itu laa, aku mula mengenali muzik underground (sesuatu yang agak ganjil pada orang Pantai Timur ketika itu).Dari detik itu hinggalah sekarang, aku still mengikuti perkembangan muzik underground walaupun agak berkurangan sekarang (sibuk dengan kerja katakan).

Sesetengah orang mungkin memandang jelek muzik underground ini.Aku pun x tahu apa salahnya muzik underground ini.Mungkin ada sesetengah kumpulan ini yang mempunyai unsur-unsur negatif tapi berapa kerat je jumlahnya.Bagi aku, muzik ini lebih jujur dan mempunyai maksud yang mendalam jika betul-betul dihayati.

Kita lupakan soal muzik underground tu.Berbalik kepada contribusi dan impak rottw kepada industri muzik kita, aku rasa ROTTW bukan sahaja membela muzik underground tapi ROTTW juga banyak memberi informasi muzik yang berguna kepada masyarakat.Tanpa ROTTW, aku rasa tentu sampai sekarang ni, aku masih jahil tentang apa itu muzik grunge,hardcore,heavy metal,emo,punk,oi!,ska dan pelbagai lagi.

ROTTW juga banyak kali menonjolkan serta membantu kumpulan-kumpulan yang baru nak menapak dalam industri muzik mainstream di Malaysia.Contohnya seperti Butterfingers,OAG,Disagree,Love Me Butch dan 7 Collar T-Shirt.Maafkan aku kalu fakta-fakta ni salah.Aku ni pun berpengalaman sangat dalam muzik ni.

Selain itu, aku masih ingat bagaimana ROTTW bertindak membetulkan pandangan umum tentang isu BLACK METAL.Kalau x silap aku, 2 kali isu itu digembar-gemburkan oleh pihak media massa.

Pandangan pada ROTTW ini ialah tambahkan kuantiti pengeluaran serta pengedaran majalah ini.Akhir-akhir ini, majalah ni asyik sold-out je kat tempat aku (Taman Universiti, Skudai).Dah banyak aku ter’miss’ majalah ni.Selain itu,wujudkan sendiri stesyen radio ROTTW sendiri.X payah tumpang stesyen radio yang lain.Mungkin kosnya agak tinggi tapi aku percaya ROTTW boleh lakukannya di masa akan datang.Selain itu, promosi untuk ROTTW juga perlu dipergiatkan seperti membuat kerjasama dengan IPT untuk program-program mereka, terlibat sama dalam Jom Heboh, promosi di plaza/supermarket/hypermarket, iklan di media massa (televisyen,radio,suratkhabar,majalah dll.) serta outdoor advertising (signboard,banner,banting,belon gergasi dll.).Jika semua ini dirancang dengan teliti, pasti kos tinggi yang dilaburkan akan mendapat pulangan yang setimpalnya.

Ok laa.Setakat ni dulu hasil nukilan aku.Aku cuma bagi pendapat berdasarkan ilmu serta pengalaman yang aku perolehi selama ni.Kalau ada salah dan silap,haraplah ada yang membetulkannya.Sekian.

Majulah ROTTW untuk industri muzik Malaysia.

Teruskan membaca

Cinta ???

Emm…ni salah satu lagu yang mempunyai maksud agak mendalam (bagi pendapat aku laaa)…

DEWA – LASKAR CINTA
===================

Wahai JIWA-JIWA yang tenang
hati-hatilah dirimu kepada HATI-HATI yang penuh kebencian yang dalam
Karena sesungguhnya IBLIS ada dan bersemayam di hati yang penuh dengan PRASANGKA

LASKAR CINTA…
Sebarkanlah benih-benih CINTA
musnahkanlah virus-virus BENCI
virus yang bisa RUSAKKAN jiwa dan BUSUKKAN hati

LASKAR CINTA…
Ajarkanlah ILMU tentang cinta
karena cinta adalah HAKIKAT dan jalan yang terang
bagi semua umat MANUSIA

Jika kebencian MERACUNIMU…kepada manusia lainnya
maka sesungguhnya iblis sudah BERKUASA atas dirimu
maka jangan pernah berharap aku akan MENGASIHI MENYAYANGI manusia-manusia
yang penuh BENCI seperti kamu..

Teruskan membaca

Another Boring Saturday…

Emm… kekadang aku rasa cam pelik lak keje kat sini… company lain cuti ari ahad… tp company aku ni cuti ari jumaat… ari khamis half day… cam keje kat pantai timur lak… hahaha… boring lak rasanye ari ni… jap lagi ade meeting ngan bos besar aku… ntah laaa… katanye nak bincang pasal public program… x tau laa camner… buat jer ape dia suruh..kalu x tau… tanya laa dia balik…

Teruskan membaca

Kenapa Kita Perlu Bekerja ??

Ari ni aku datang lambat lagi ke ofis… dah x tau nak bagi alasan apa lagi kat boss… asyik2 bagi alasan sbb bangun lambat… sampai dah muak boss aku dengar alasan tu… ntah laaa… dah byk kali aku try nak bangun awal tp gagal… apa laa nak jd ngan aku ni… nasib baik laa boss aku ni sporting gak… dia x kisah aku dtg lambat tp yg penting keje siap… tapi kalu tiap2 ari dtg lambat… segan gak jadinyer… x gitu???

Teruskan membaca

It’s A Normal Day…

Lega rasanye ari ni… badan aku dah kembali segar & bertenaga…. dekat 2-3 ari aku rasa sakit2 badan jer… xde mood buat keje… so ari ni bleh settlekan keje2 aku yg tertangguh….

Emm… duit aku semakin kering ni… ntah laa… bulan ni rasa2nye cam ter’over’ budget jer…camne aku nak settlekan problem ni yek…xkan laaa nak mintak advance ngan bos kot… segan lak rasanye…so ade sesapa yg bermurah ati nak tolong aku x ???

Teruskan membaca