Nukilan Untuk ROTTW…

Semalam aku ada e-mel Abg Rom (majalah ROTTW)…sesajer je nak menulis skit pasal industri muzik negara kita ni… isi kandungan tulisan tu adalah seperti berikut ;

Akum,

Dalam sedar dan tak sedar,akhirnya ROTTW menyambut ulang tahunnya yang ke-10.Banyak impak dan kesan ROTTW ke atas industri muzik di tanahair kita ini.Contohnya, pada diri aku sendiri.Kalau x silap aku, first time aku baca majalah ni semasa aku dalam Tingkatan 4 (1998).Pada masa itu laa, aku mula mengenali muzik underground (sesuatu yang agak ganjil pada orang Pantai Timur ketika itu).Dari detik itu hinggalah sekarang, aku still mengikuti perkembangan muzik underground walaupun agak berkurangan sekarang (sibuk dengan kerja katakan).

Sesetengah orang mungkin memandang jelek muzik underground ini.Aku pun x tahu apa salahnya muzik underground ini.Mungkin ada sesetengah kumpulan ini yang mempunyai unsur-unsur negatif tapi berapa kerat je jumlahnya.Bagi aku, muzik ini lebih jujur dan mempunyai maksud yang mendalam jika betul-betul dihayati.

Kita lupakan soal muzik underground tu.Berbalik kepada contribusi dan impak rottw kepada industri muzik kita, aku rasa ROTTW bukan sahaja membela muzik underground tapi ROTTW juga banyak memberi informasi muzik yang berguna kepada masyarakat.Tanpa ROTTW, aku rasa tentu sampai sekarang ni, aku masih jahil tentang apa itu muzik grunge,hardcore,heavy metal,emo,punk,oi!,ska dan pelbagai lagi.

ROTTW juga banyak kali menonjolkan serta membantu kumpulan-kumpulan yang baru nak menapak dalam industri muzik mainstream di Malaysia.Contohnya seperti Butterfingers,OAG,Disagree,Love Me Butch dan 7 Collar T-Shirt.Maafkan aku kalu fakta-fakta ni salah.Aku ni pun berpengalaman sangat dalam muzik ni.

Selain itu, aku masih ingat bagaimana ROTTW bertindak membetulkan pandangan umum tentang isu BLACK METAL.Kalau x silap aku, 2 kali isu itu digembar-gemburkan oleh pihak media massa.

Pandangan pada ROTTW ini ialah tambahkan kuantiti pengeluaran serta pengedaran majalah ini.Akhir-akhir ini, majalah ni asyik sold-out je kat tempat aku (Taman Universiti, Skudai).Dah banyak aku ter’miss’ majalah ni.Selain itu,wujudkan sendiri stesyen radio ROTTW sendiri.X payah tumpang stesyen radio yang lain.Mungkin kosnya agak tinggi tapi aku percaya ROTTW boleh lakukannya di masa akan datang.Selain itu, promosi untuk ROTTW juga perlu dipergiatkan seperti membuat kerjasama dengan IPT untuk program-program mereka, terlibat sama dalam Jom Heboh, promosi di plaza/supermarket/hypermarket, iklan di media massa (televisyen,radio,suratkhabar,majalah dll.) serta outdoor advertising (signboard,banner,banting,belon gergasi dll.).Jika semua ini dirancang dengan teliti, pasti kos tinggi yang dilaburkan akan mendapat pulangan yang setimpalnya.

Ok laa.Setakat ni dulu hasil nukilan aku.Aku cuma bagi pendapat berdasarkan ilmu serta pengalaman yang aku perolehi selama ni.Kalau ada salah dan silap,haraplah ada yang membetulkannya.Sekian.

Majulah ROTTW untuk industri muzik Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: