Artikel Untuk ROTTW !!!

BREAKING SKUDAI PARADE PART II

Oleh : Fadzli MyJobNet (wmf2099@yahoo.com)

21 Mei 2006 (Ahad). Tarikh yang menjadi bukti berlangsungnya sebuah gig yang bernama ‘Breaking Skudai Parade Part II’. Gig yang diadakan di Plaza Skudai Parade ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Ibu. Sekalung tahniah dan pujian seharusnya diberikan kepada Ali (Ahhu Music) dan Skudai Parade Management selaku organizer gig kali ini. Seperti yang dirancangkan, terdapat 12 band yang bermain pada hari tersebut. Setiap band telah diperuntukkan untuk memainkan 3 lagu sahaja. Gig tersebut bermula tepat pada pukul 2.00 petang. Oleh kerana masalah-masalah yang tidak dapat diatasi, saya telah terlambat lebih kurang setengah jam. Dan akibat kelewatan tersebut, saya ketinggalan untuk melihat persembahan dari band pertama yang bernama Will O The Wisp, sebuah band genre indie rock. Semasa saya tiba, kelihatan band The Naive sedang membuat sound check. Lagu pertama mereka adalah lagu cover dari The Cure, ‘Love Song’ dan diikuti dengan ‘Cute Without The E’ (Taking Back Sunday). Bagi saya, persembahan mereka agak bertenaga dan kelihatan tenang. Persembahan band yang berasal dari Melaka ini diakhiri dengan lagu terakhir bertajuk ‘The Quiet Things That No One Ever Knows’ (Brand New). Kemudian, band punk rock bernama 20 Somethink mengambil alih pentas dan mula membuat sound check. Mereka membawa 2 lagu sendiri bertajuk ‘Wretch’ dan ‘Better Let Myself’ serta 1 lagu cover dari Greenday, ‘Welcome To Paradise’.

 

O.F.S. selaku band ketiga pada gig kali ini juga membawa genre sama dengan 20 Somethink iaitu genre punk rock. Lagu pertama mereka adalah lagu cover dari Goldfinger bertajuk ’99 Red Balloons’. ‘Haruka Kanata’, sebuah lagu dari anime Jepun iaitu Naruto berjaya menghidupkan suasana crowd pada petang itu. Lagu terakhir mereka adalah sebuah lagu melayu yang popular, ‘Belaian Jiwa’. Persembahan gig diteruskan dengan sebuah band indie yang berasal dari Desaru, Secret Silence. Band ini membawa 3 lagu ciptaan mereka sendiri iaitu ‘Mimpi’, ‘Say What?’ dan ‘Nya’. Irama perlahan band ini ternyata berjaya membuat crowd melayan perasaan masing-masing. Kehadiran band keenam yang membawa genre emo punk iaitu Next Blooded Bullet ternyata merubah suasana crowd pada petang itu. Keadaan menjadi lebih hangat apabila band ini membawa 2 lagu cover iaitu ‘Take It Away’ dari The Used dan ‘Head First For Halos’ dari My Chemical Romance. Band ini juga membawa 1 lagu sendiri bertajuk ‘Bullet In My Head’. The Minds, sebuah band oi! mengambil tempat sejurus habisnya persembahan Next Blooded Bullet. Mereka membawa 1 lagu instrumental dan 2 lagu cover dari A.C.A.B. iaitu ‘Street Of Uptown’ dan ‘We Coming Back’. Pada pertengahan persembahan band ini, kelihatan beberapa orang crowd yang ber’pogo’ mengikut rentak muzik yang dimainkan di hadapan stage tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

 

Band kelapan, RISM yang membawa genre emo screamo ternyata mengamatkan lagi keadaan crowd. Band ini membawa 3 lagu ciptaan sendiri iaitu ‘Pride’, ‘Rest In Peace’ dan ‘Setears’. Band ini turut dianggotai oleh Ali (Ahhu Music) selaku organizers gig ini. Flowers In The Barrel menyambung persembahan gig dari RISM dengan membawa 3 buah lagu sendiri iaitu ‘Else’, ‘Tomorrow’ dan ‘Come’. Band yang mempunyai 4 orang line-up ini membawa genre acid indie. Gig petang itu diberhentikan seketika untuk memberi laluan kepada Ruffedge untuk membuat promosi filem terbaru mereka iaitu ‘Tipah Tertipu The Movie’.

 

Gig disambung kembali dengan band kesepuluh, Houdinix dari Taman Universiti. Band yang memperjuangkan irama rock ini membawa 1 lagu cover dari Wings iaitu ‘Rantai’ dan 2 lagu ciptaan sendiri iaitu ‘Cari Mentari’ dan ‘Rosak’. Kemudian, band Realiti mengambil alih pentas dengan membawa genre yang sama seperti Houdinix iaitu rock. Band ini membawa 3 lagu ciptaan mereka sendiri yang bertajuk ‘Wanita’, ‘Antasha’ dan ‘Ayah,Ibu,Kekasih’. Saya seolah-olah berada di zaman rock kapak apabila melihat band ini beraksi di atas stage. 5 Minute Walk, sebuah band ska menjadi band yang terakhir beraksi pada petang tersebut. MC pada gig ini iaitu Nadeea turut menganggotai band 5 Minute Walk ini. Band ini mempersembahkan 2 lagu sendiri iaitu ‘Tak’ dan ‘Retak’ serta 1 lagu cover dari Sublime, ‘Santaria’. Persembahan yang baik dari 5 Minute Walk menjadi penutup kepada acara gig ‘Breaking Skudai Parade Part II’. Diharapkan acara gig ini diteruskan lagi pada masa akan datang.

 

Info Tambahan:

Pada 25 Jun ini, dijangka Ahhu Music dan Agensi Dadah Kebangsaan Negeri Johor (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri) akan mengadakan program ‘Rock Without Drugs’ yang akan menampilkan band-band screamo, emo punk, punkrock, ska, hardcore, rock dan sebagainya. Sebanyak 16 band dijangka mebuat performance di Dataran Johor Bahru bermula dari 4.00 petang hingga 11 malam. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ahhu.cjb.net. atau di talian 012-745 8091.

Teruskan membaca

Advertisements

Tempat Tumpah Darahku…

SEJARAH BESUT

Latar Belakang
——————
Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit, catatan MUNSYI ABDULLAH dalam PELAYARAN ABDULLAH KE KELANTAN dan dari buku TUFFATUL NAFIS karangan Raja Ali Haji.

Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul BESUT.

Salah satu cerita mengenai asal nama Besut kononnya berpunca dari zaman dahulu dimana dikatakan daerah ini merupakan salah sebuah kawasan dibawah kuasa Kerajaan Siam . Mengikut salah satu cerita nama Besut timbul dari perkataan BE yang dalam bahasa Siam bermakna DAERAH manakala SUT menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau penghujung. Ini mungkin betul berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan daerah ini.

Satu cerita mengenai asal usul nama Besut ialah berdasarkan cerita kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang digelar RAJA SANG NYANYA. Beliau adalah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan ini didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang PANGAN. Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama BESUT jadi dipercayai nama BESUT adalah berasal dari nama ketua orang pangan tersebut.

Kesemua cerita yang mengaitkan asal usul nama daerah ini memang tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang bertulis. Bukti yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit sebagaimana catatan MUNSYI ABDULLAH dalam PELAYAN ABDULLAH KE KELANTAN dari buku TUHFATUL NAFIS karangan Raja Ali Haji.

Dalam catatan ini ada diceritakan mengenai sekumpulan pedagang dari PATTANI ( Selatan Siam ) telah datang ke BESUT dengan diketuai oleh seorang yang bernama CIK LATIF. Adalah dipercayai Cik Latif berasal dari SUMATERA dan telah biasa berdagang di PATTANI. Dengan menawarkan SEGANTANG MATA KAIL dikatakan Cik Latif berjaya memujuk orang-orang Pangan keluar dari daerah ini ke Hulu Besut. Beliau dan orang-orangnya telah berjaya membina sebuah perkampongan ditebing SUNGAI BESUT yang diberi nama PALEMBANG mungkin mengambil nama sempena nama tempat asal beliau di Sumatera. Palembang merupakan PUSAT PENTADBIRAN yang pertama di BESUT sebelum KG. RAJA.

Bila Cik Latif meninggal dunia, beliau diganti oleh anaknya bernama CIK KAMAT. Semasa pemerintahan Cik Kamat Daerah Besut berada dalama keadaan huru-hara kerana ancaman dari perompak lanun yang bermaharajalela di pulau-pulau yang berada disekitar laut daerah ini. Dalam buku pelayaran PELAYARAN ABDULLAH KE KELANTAN, Abdullah Munsyi ada menceritakan kegiatan lanun-lanun di kawasan ini. Dikatakan lanun-lanun ini diketuai oleh PANGLIMA EBEH dan PANGLIMA GARANG.

Untuk menghadapi ancaman lanun-lanun ini, CIK KAMAT tidak berdaya untuk menentangnya dan beliau telah membuat keputusan meminta bantuan dari TERENGGANU. Permohonan beliau dipersetujui oleh Sultan Terengganu masa itu iaitu SULTAN MANSUR 1, yang dikenali sebagai MARHUM BERJANGGUT. Beliau memerintah Terengganu dari 1726-1793. Sultan Mansur 1 telah menghantar angkatan tentera yang diketuai oleh Putera Baginda iaitu Tengku Kadir.

Tengku Kadir dan tentera dibawah pimpinannya berjaya mengalahkan lanun-lanun tersebut dan memaksa lanun-lanun tersebut berundur ke PULAU PERHENTIAN.

Sebagai penghargaan diatas kejayaan beliau mengalahkan lanun-lanun berkenaan, Tengku Kadir telah diberi kuasa oleh Sultan Terengganu untuk memerintah Besut. Cik Kamat pula dilantik sebagai ORANG BESAR BESUT serta mendapat hak di atas Pulau Rhu.

Sejarah Dan Pentadbiran
——————————

Tengku Kadir yang mangkat pada 1835, telah digantikan oleh puteranya Tengku Ali. Semasa pemerintahannya telah berlaku peperangan antara Besut dengan Terengganu. Mengikut Tuan Haji Salleh bin Haji Awang dalam buku MENGKAJI SEJARAH TERENGGANU peperangan ini dikenali sebagai PEPERANGAN BESUT.

Kenaikan Tengku Ali telah memulakan pergolakan dalam institusi Beraja di Besut. Semasa pemerintahan beliau sejarah Besut telah menyaksikan pemberontakan beliau terhadap Sultan Omar di Kuala Terengganu. Peristiwa ini berlaku pada 23 Syawal 1292/1876 masihi. Peristiwa ini timbul disebabkan dasar Sultan Omar yang memerintah daerah-daerah secara langsung. Akibat dasar itu, Tengku Ali secara rahsia berusaha mendapat bantuan dari Kelantan untuk menjatuhkan Sultan Omar. Semasa istiadat melantik Tengku Ahmad sebagai Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Ali tidak hadir dan Sultan Omar telah menghantar rombongan ke Besut dan mendapati Tengku Ali sedang mengumpulkan pasukan bersenjata dari Kelantan untuk menentang Sultan Omar.

Sultan Omar terus menghantar surat bantahan kepada pemerintahan Siam dan SINGORA dan memberi amaran kepada Kelantan supaya kedua-dua kuasa itu tidak campurtangan dalam hal ehwal tanah jajahannya. Sultan Omar menyiapkan 8000 orang tentera duketuai oleh PANGLIMA BESAR ORANG KAYA MEGAT SERI MAHKOTA RAJA ( Wan Ab. Rahman bin Ali ) menyerang Besut melalui laut. Tengku Ali sempat lari ke Kelantan. Selepas peristiwa ini, Besut diwakilkan pemerintahannya kepada Tengku Ngah.

Apabila Tengku Ngah memerintah Besut, berlaku perebutan kuasa antara baginda dengan Tengku Muda. Dalam keadaan genting, Tengku Ngah menyerahkan kuasa kepada adiknya Tengku Chik Haji. Tengku Muda berkuasa di Kampong Lampu manakala Tengku Chik Haji di Kampong Raja. Persengketaan ini amat meruncing dan menyebabkan Sultan Terengganu sendiri datang ke Besut untuk menyelesaikannya.

Sultan Terengganu telah membuat cara penyelesaian yang baik tentang siapa yang berkuasa dimana baginda melantik Tengku Chik Haji sebagai Raja disebabkan kedudukan Kg.Raja di timur matahari naik sedangkan kedudukan Kg.Lampu dibarat matahari jatuh.

Kenaikan Tengku Chik Haji sebagai pemerintah Besut telah menyebabkan Besut mendapat kemajuan. Beliau mempunyai kuasa raja untuk menjatuhkan hukuman kepada orang yang melakukan kesalahan. Hasil yang dipungut tidak lagi menjadi hak mutlak sultan. Beliau juga mengambil berat mengenai Pendidikan Islam dimana, di Kg.Palembang misalnya, pondok-pondok didirikan untuk mengajar agama wakaf-wakaf, balai Polis dan lain-lain didirikan. Istana yang pertama dibina pada 1878 dan masih ada hingga sekarang.

Pemerintahan terakhir dalam dinasti beraja Palembang ialah Tengku Ngah. Beliau seorang pendiam tapi mengambil berat tentang kebajikan penduduk KOTA PALEMBANG dan Kg.Raja. Beliau dapat mengekalkan kemajuan dan keamanan Besut sebagaiman yang diasaskan oleh Tengku Chik Haji. Dikatakan pada waktu itu wakil Sultan di Kuala Terengganu sering datang ke Besut untuk mengutip hasil dari pemerintahan di Besut sebagai perbelanjaan membuat BUNGA EMAS untuk dihantar ke SIAM . Tengku Ngah dikatakan mangkat pada 1899 setelah memerintah Besut selama kira-kira 19 tahun.

Pentadbiran Pesuruhjaya Dan Kedatangan British
————————————————————

Berikutan dari kemangkatan Tengku Ngah, Besut ditadbir oleh Pesuruhjaya iaitu wakil kepada Sultan di Kuala Terengganu. Bermula dari sini kedudukan Besut sebagai sebuah negeri pun berakhir. Pesuruhjaya Besut yang pertama ialah Tengku Long atau gelarannya TENGKU SERI INDERA SEGERA. Kemangkatan Tengku Long pada 1909 telah menyebabkan Besut ditadbir terus dari Terengganu. Dengan berlakunya PERJANJIAN BANGKOK pada 1909 antara British – Siam, negeri-negeri utara Persekutuan Tanah Melayu jatuh sebagai tanah jajahan British. Sebagai satu daerah dalam Terengganu, Besut turut menerima perubahan dimana Kerajaan British menghantar Penasihat kepada sultan dan segala pentadbiran kecuali mengenai adat resam dan agama Islam.

Pada tahun 1910, kebakaran besar telah berlaku memusnahkan sama sekali Kota Palembang . Ini menyebabkan penduduk-penduduk berpindah ke Kg.Raja dan lain-lain kawasan. Keturunan raja tidak lagi mempunyai kuasa dan kebanyakannya masih lagi menetap di Kg.Raja sehingga sekarang.

Zaman Jepun Hingga Sekarang
————————————-

Semasa Pemerintahan Jepun, Besut ditadbirkan oleh Wakil Gabenor Jepun di Kuala Terengganu iaitu MR. ARATAKE. Sistem Pesuruhjaya masih diteruskan oleh Jepun dimana TUAN HAJI WAN LONG ( Datuk Sangsura Pahlawan ) menjadi Pesuruhjaya Besut semasa pemerintahan Jepun. Tuan Haji Wan Long telah digantikan oleh TENGKU SERI AKAR. Semasa beliau berlakunya penyerahan Besut kepada Siam dan seterusnya kekalahan Jepun dan kembalinya semula Pentadbiran British.

Kerajaan British telah menghapuskan jawatan Pesuruhjaya dan meletakkan Besut di bawah Pentadbiran DEPUTY RESIDENT COMMISSIONER. Orang pertama menjawat jawatan itu ialah seorang anak tempatan iaitu ENCIK ABD. AZIZ BIN HUSSIN. Hanya 3 orang yang sempat memegang jawatan itu termasuk DATO’ HAJI KAMARUDDIN BIN HAJI IDRIS yang kemudiannya dilantik sebagai MENTERI BESAR TERENGGANU.

Dari tahun 1947 hingga 1957, pentadbiran Besut diletakkan dibawah pegawai Pentadbiran ( ADMINISTRATIVE OFFICER ). Orang pertama memegang jawatan itu ialah C.C. MOWAT dan yang terakhir ialah AB.RAHMAN BIN MAT.

Selepas ini sistem PEGAWAI DAERAH bermula seorang Pegawai British bernama L.M. EDYE menjadi Pegawai Daerah Besut yang pertama di ikuti oleh ENCIK MUSTAFA BIN ABDUL JAMAL ( masih ada dan bertugas sebagai anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu ). Semasa beliau menjadi Pegawai Daerah, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Di Besut upacara bersejarah ini diadakan di Padang Bola Kg.Raja dimana Pengistiharan Kemerdekaan dibaca oleh Allahyarham En. Ismail bin Yusof ( DATO’ BENTARA LUAR ) seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.

Teruskan membaca

Nasi Lemak ???

Emm… ari ni aku bangun awal giler… kul 7 lebih dah kluar dari umah… sebabnye pasal aku kena tolong farha jual nasi lemak depan apartment melawis… gerek gak jual nasi lemak ni yek… bleh kenal ramai org… tapi yang sedihnye.. ramai awek indon yg keje kilang jer… hahaha… bosan… esok pagi aku in-charge sorg2 jual nasi lemak… kul 6 lebih dah kena start jual… x tau laaa camne keadaan esok… mintak2 berjalan lancar… harap2 korg semua doakan keselamatan aku…. hehehe….

Teruskan membaca

Satu Lagi Artikel Untuk ROTTW !!!

Muzik Underground Di Malaysia

Muzik underground… adakah ianya budaya segolongan minoriti atau sekadar muzik semata2… dari dulu hingga sekarang… masih ramai org memandang negatif terhadapnya… ntah di mana silapnya… haruskah kita menuding jari kepada masyarakat atau diri kita sendiri…

Kadangkala saya tersentuh hati serta berasa sedih apabila melihat anak bangsa kita yang follow sesuatu secara membabi buta… mereka masih muda serta mentah untuk menilai sesuatu dengan rasional… mereka juga mungkin tidak tahu hujung pangkal sesuatu yang menjadi pegangan mereka… sebabnya mudah sahaja… mereka hendak menjadi lebih cool kononnya… contohnya seperti isu black metal dulu… yang menjadi mangsanya adalah scene underground ini sendiri.. sukar untuk membersihkan semula maruah muzik underground yang sudah tercemar ini….

Seorang teman saya pernah berkata… muzik sebenarnya datang dari dalam diri…. betul tu… saya sokong 100% pendapakat teman saya itu… jika hati seseorang pemuzik itu baik dan ikhlas.. pasti hasilnya pun baik serta berkualiti… dan begitulah sebaliknya… kita mungkin pernah mendengar lagu-lagu yang mempunyai lirik yang simple tapi maksudnya mendalam… contohnya seperti lirik ‘Laskar Cinta’ oleh Dewa 19… sekadar contoh sahaja…

Walau apapun… isu muzik underground pasti tidak akan habis dan tiada hujung pangkalnya… tidak kiralah pelbagai kritikan atau pujian yang diberikan… yang pastinya hanya diri kita sendiri yang berhak menentukan muzik apa yang hendak didengar… tepuk dada.. tanya selera… ok… sekian… terima kasih…

Teruskan membaca

Holiday Is Over !!!

Emmm… dah 3 hari aku bercuti… so ari ni kena start bekerja seperti biasa… tapi biasa laaa… kalu dah lama bercuti tu… badan mesti jadi liat nak bgn tidur… nak gi keje pun cam malas jer… tapi bile pikir2 balik pasal rezeki… terpaksalah aku gagahkan diri ni utk pegi bekerja… bekerja utk hidup @ hidup utk bekerja… yg mane satu betul ni… sendiri bleh pikir laaa… hahaha… satu lagi hari ahad yang membosankan

Teruskan membaca

Minat Baru ???

Skang ni aku rasa cam pelik lak… sejak 2-3 minggu ni aku semakin berminat ngan bidang penulisan lak… rasanye dah lama aku tinggalkan minat menulis ni… x silap last skali aku buat novel ntah ape tah masa aku form 5 dulu… tu pun x siap2 lagi…. malas nak sambung lagi… rasa cam xde nilai komersial langsung… hehehe… tapi skang ni aku dah start projek baru… maybe dalam 2-3 bulan ni br siap kot… harap2 kengkawan bagi support kat aku…

Tensen btul aku ari ni… motor aku buat hal lagi… terpaksa laa nak tumpang motor member aku… thanx suilly… you’re really my best buddy forever… ingat nak bwk keta aku jer… tp roadtax lak dah mati…nasib…nasib…

Teruskan membaca

No Idea ???

Aku rasa cam xde idea jer ari ni…x tau nak tulis ape dlm blog aku ni…ni pun sajer jer nak nyemakkan blog aku jer…hahaha….sbenarnye dlm 2-3 ari ni otak aku asyik ligat berfikir jer…ingat nak start bisnes sendiri dalam masa terdekat ni…byk gak idea yg aku ade skang ni…tp xleh terburu2 sgt…kena kaji semua aspek dulu sebelum betul2 nak melangkah dlm bidang bisnes ni…may GOD bless me…amin…

Teruskan membaca