LOST & FOUND (RAYA EDITION) – PART 1

Bagi aku… raya tahun ni laa yg paling bersejarah dalam hidup aku… first time aku drive kereta dari Johor Bahru ke Besut, Terengganu (kampong halamanku)… pepagi buta lepas sahur ari Jumaat ( 20/10/2006 )… ade laa dalam kul 5.30 pagi… aku dah start gerak utk balik kampung bersama2 ngan 2 member aku… Wandy & Jenol… kiteorg lalu ikut jalan kampung jer… malas nak bayar tol kat highway… kiteorg berehat jap kat Masjid Terapung kat Kuala Ibai… then sambung balik before berehat kat Pantai Penarik, Setiu… saje je amik angin pantai… dah lama x hirup aroma pantai yang segar….

Kiteorg smpai kat Besut dalam kul 4.30 ptg… aku mandi & kemas brg2 skit before nak gerak ke Kota Bahru lak… nak gi shopping baju raya… kiteorg sempat bukak posa onway nak gi Kota Bahru… pastu gi shopping ape2 yg patut before makan seafood kat kedai ape ntah… aku lupa lak nama kedai tu… Jenol yang belanja sebab loan dia baru masuk… kiteorg mkn ikan cencaru masak stim ngan udang tepung… after kekenyangan…kiteorg pun hantar Jenol ke rumah atuknya kat Kota Bahru… pastu bergerak ke Bachok… antar Wandy lak… aku bermalam di rumahnya… keesokan pagi aku balik umah…

Raya Pertama (24/12/2006) Tahun ni aku beraya kat umah atuk kat Bukit Besar, Kuala Terengganu… Lepas abis solat hari raya, aku just lepak kat umah atuk aku… tak sangka lak tahun ni… semua adik-beradik mak aku (13 orang semuanya) berkumpul di umah atuk lepas solat hari raya… perghh… penuh sesak umah atuk ngan sanak-saudara… ade gak yg aku tak kenal… nasib laa… petang tu aku tido jer… tak larat nak layan semua kerenah sanak-saudara aku…

Raya Kedua (25/12/2006) Pagi2 lagi aku & family bersiap2 utk pulang ke rumah di Besut… nak beraya di sana lak… kami sampai dalam tengahari… ada gak sanak-saudara sebelah ayah yang datang menziarahi… tapi aku tidur je kat bilik aku… ntah laa… xde mood…

Raya Ketiga (26/12/2006) Hari ni baru rasa bersemangat skit nak beraya… aku berjanji ngan Zehe semalam… nak gi beraya umah member masa sekolah rendah dulu… first gi umah Nik Azah… aku pun dah x beberapa ingat kat dia… Zehe jer yang beriya2 nak gi sana… follow jer laa… then gi beraya umah Adik Mat lak… x penah kiteorg miss gi beraya umah dia tiap2 tahun… last skali gi beraya umah Faruq… dia ni dah lama gak aku x jumpe… katanya dia baru balik dari UK minggu lepas… lepas setahun keje kat sana…

Raya Keempat (27/12/2006) Emm… hari ni semangat beraya aku still kuat… ntah laa ari ni aku dah berjanji ngan member2 masa sekolah rendah dulu… nak wat reunion… lepas solat Jumaat… kiteorg berkumpul di umah Nazif kat Alor Lintah… ramai gak yang datang… aku… Faruq… Adik Mat… Ramzi… Irman… Razi… dah hamper 12 tahun kiteorg semua x berjumpa… hahahaa… x sangka lak berjumpa balik… emm… lepas kenyang melantak kat umah Nazif… kiteorg bergerak ke Pantai Air Tawar lak… sesaja nak lepak sana… dah lama x gi sana… ramai gak org kat sana rupa2nye… happening giler… kat sana gak kiteorg berjumpa ngan member2 sekolah rendah dulu… antaranya Amizul.. Rizwan… blaa… blaa… aku dah lupa nama diorg… hehehe… kiteorg lepak sana smpai dekat Maghrib… pastu baru pulang umah masing2… maybe raya tahun depan baru berjumpa balik… Kul 12 malam… aku mula bertolak ke Kuala Lumpur before pulang ke Johor Bahru…

Satu Respons

  1. salam…
    saya ni mencari seorang sahabat yang dipanggil jenol berasal dari pasir putih kelantan. Nama sebenar Zainol Azhar Zahari. So…saya nak tanya, adakah sahabat anda itu dan sahabat saya tu orang yang sama? Maaf mengganggu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: