Hasil Nukilan Aku Selama Ini…

Emm… dah lama aku nak letak lirik2 lagu yg pernah aku hasilkan selama ni… tapi x kesampaian sebab xde keberanian yang jitu… hahaha… tapi buat kali pertamanya aku nak publish lirik2 lagu tu dalam blog aku… lirik2 ni adalah olahan jiwa serta luahan hati aku selama ni… hayatilah maksud yg cuba disampaikan…

* Lirik2 lagu ni aku hasilkan khas utk first ex-girlfriend aku dulu… lirik ‘Penantian’ tu aku hasilkan before couple ngan dia… then lirik ‘Kehadiran’ lak aku hasilkan semasa tgh hangat bercinta… hahaha… x tau laa dia still ingat kat aku @ tak… tapi x kisah laa… janji dia bahagia ngan insan tersayang…
——————————————————————————

[ Penantian ] -Palie- [7/2/2004 5.05 ptg]

Bertahun ku menunggumu
Namun hingga kini
Belum kupasti…

Adakah diriku ini bertakhta di hatimu
Atau dirimu itu sudah dimiliki
Insan yang lain…

Tak perlulah berpura-pura
Mempermainkan diriku ini
Kerna ku tak mampu lagi
Untuk bersabar
Dan menahan amarah diri
Yang semakin meluap-luap

Mengapa harus
Kau bersikap demikian
Pada diriku ini
Apakah salahku
Selama ini…

Tak pernah kulupakanmu
Tak pernah kutinggalkanmu
Tak pernah kukhianatimu
Tak pernah kumenduakanmu
Tak pernah kubohongimu
Tak pernah ku berpaling darimu

Kenapa…!! 3x

Apakah silapku ??
Katakanlah padaku
Agar kusedar kesalahanku….
Agar dapat ku betulkannya semula…

—————————————————————————–

[ Kehadiranmu ] -Palie- [16/12/2004 1.04 pagi]

Hadirmu dalam hidupku
Umpama sinar cahaya
Yang menceriakan
Kesuraman serta kesunyian
Yang bertakhta dalam jiwaku
Selama ini

Sungguh ku tak sangka
Kau izinkan diriku hadir
Menyemai benih kasih sayang
Dalam dirimu
Berkembang menjadi putik cinta
Yang pasti membuahkan satu kebahagiaan

Setiap detik yang berlalu
Pasti ku merindui wajahmu
Setiap langkah yang dihayun
Pasti ku teringat gelak tawamu

Sukar untuk ku melupakan dirimu
Yang sentiasa mekar dalam ingatanku
Ku sentiasa berpegang teguh
Pada janji serta prinsipku
Untuk tabah menghadapi
Setiap rintangan
Dan pahit maung

Bersama-sama denganmu
Sentiasa ku berdoa
Agar mahligai bahagia
Yang kita bina bersama ini
Berkekalan hingga akhirnya

———————————————————–
” Jari-jemari yang menekan keyboard ini pasti kenal setiap huruf yang ditaip… “

4 Respons

  1. erm… usah di layan luka di jiwa…. bersyukur jika pernah terluka..pernah merasa… agar nanti lebih tegar menghadapi cinta..peace..;-)

  2. erm…jiwang sial…!

  3. hahaha… rileks laa melin… aku dah add kandungan emel ko kat dalam blog aku… peace..

  4. aku igtkan bonzer je yg berkemahiran menulis lirik nie… palie… seni kau kat bhg nie pun ade ek… caya la

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: