Karnival Kerjaya ’07 semakin hampir…

Sedar x sedar… tinggal lebih kurang seminggu lagi Karnival Kerjaya ’07 akan berlangsung… pasti rintangan dan halangan bakal menjelma… so kuatkan semangat utk terus berusaha menjayakannya…

Kepada semua insan2 yg masih mencari kerjaya anda… di sinilah tempatnya… anda dijemput ke Karnival Kerjaya ’07 ni pd 3-6 mac ni… bertempat di Dewan Sultan Iskandar… Universiti Teknologi Malaysia… cawangan Skudai…

Kalau nak tau list company, profile company or company yg wat career talk, interview or exhibiton… bleh check ke fakulti2 yg terdpt di utm skudai… info2 terdpt pada notice board… sila alert dgn any announcements sbb thn ni takder minggu pra pendaftaran… harap maklum…

p/s : Lawatilah laman web Karnival Kerjaya ’07… http://www.utm.my/careercarnival

Hari Valentine…

14 Februari… Valentine Day (kononnya hari ni je yg sesuai utk berkasih sayang laa… kalu hari2 lain x payah nak sayang2)… kalu org melayu kite panggil Hari Kasih Sayang… Kekadang aku terpikir kenapa laa ade gak org2 kita (especially muslim) ni yg sambut Hari Valentine ni… diorg x penah baca sejarah pasal Hari Valentine ke… kalu aku nak story kat sini x larat nak taip semua… kalu btul2 nak tau pasal Hari Valentine ni.. senang jer… bukak laman web Google.. then taip laa Valentine Day… nanti berlambak2 laa kluar info dia…

 

Ntah laa… masing2 dah besar panjang… so tau laa mane baik buruknya… emm… sebut pasal kasih sayang ni… teringat lak kat insan2 yg pernah hadir dalam hidupku selama ni… aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada insan yg pernah aku sayangi @ cintai kerna mengajar aku erti sebuah percintaan… terima kasih gak kerna meninggalkan diriku di kala aku masih mengharapkan sebuah cinta yg suci… at least aku belajar sesuatu iaitu kekecewaan @ kesunyian dlm hidup ni…

 

Aku juga nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada semua kengkwn yg sudi bersahabat ngan diriku ni selama ni… korg semua dah byk mengajar aku erti sebuah persahabatan yg tulus ikhlas… dan juga mengenalkan aku ngan erti sebuah kehidupan di alam fana ini… thanx so much…

Teruskan membaca

Happy Chinese New Year….

Ellop my frenz… sori lama x tulis btul2 blog ni… ntah laa…. busy gile 2-3 minggu ni… ade jer keje nak kena wat… dah laaa kat ofis ni sibuk ngan decoration utk Chinese New Year… kena decorate stage laa.. kena decorate entrance laa… wat banner… fyers… bunting… blaa… blaa… x larat nak tulis semua.. kat umah lak kena settle freelance design… semua client nak cepat… aku lak kena wat sorg2… so bilenye masa aku nak enjoy… hahahaha…. seminggu sekali jer aku bleh enjoy… tu pun ari Ahad… nasib baik semua tu dah selesai… malam ni aku dah bleh balik kampong jap… cuti dlm 2 ari… rindu lak rasa kat family… dah lama x jumpe diorg… harap2 diorg gembira ngan kepulangan anakanda mereka yg disayangi ni… hahahaha…

 

Aku balik kampung ni sebab dpt interview utk pengawai N41… ntah laaa… aku sendiri pun x pasti pasal gred2 tu… ye laa.. aku mane penah keje ngan government… so byk laa benda yg aku x tau… pepahal pun aku harap dpt wat yg terbaik… so kepada kengkwn aku yg kat luar sana tu… tolonglah doakan kejayaan aku yek…. tq…
Teruskan membaca

Di Sepanjang Lorong Gelap…

Kali ni aku postkan puisi terbaru aku… hayatilah maksud yg cuba disampaikan… peace…

Di Sepanjang Lorong Gelap

daun-daun layu berguguran
seolah-olah begitu ingin
menyentuh hujung sepatuku
di sepanjang lorong gelap ini

pintu gerbang sekolah
adalah jaringan besi yang dingin
tempat dikau selalu menungguku
di situlah kau dan aku
menghitung rintik-rintik air yang jatuh
di kala hujan turun

bergegas kaki-kaki ini
kejar-mengejar dengan masa
riuh-rendah deruan kenderaan
menambah hiruk-pikuk kota ini
tapi tiada siapa yang endah
benak masing-masing tenggelam
dalam khayalan sendiri
seperti insan-insan kesepian…

di sepanjang lorong gelap ini
ada sesuatu yang tertinggal
sebuah kenangan indah bersamamu…

-palie-
3.55 petang [2 February 2007]

Teruskan membaca