Terimalah Pasangan Kita Seadanya…

Emm… lama betul aku dah update blog aku ni.. ye laa.. asyik busy ngan discussion kat dalam Group “Kelab Kaunseling & Kerjaya (KKDK)”.. so kepada sesiapa yg join group tu.. sila2 laa berbuat demikian.. coz aku jamin korg pasti tergelak sorg2 bile baca announcement @ discussion yg ade kat situ… ok laa.. aku just nak posting mende ni jer… enjoy it !!

TERIMALAH PASANGAN KITA SEADANYA…

1.Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan.
Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2.Sayangi dia seadanya.
Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

Teruskan membaca

Advertisements