Segenggam Garam…

Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu adalah tempat kamu menampung segalanya… Ada seorang tua yang bijak.. suatu pagi ia telah didatangi seorang anak muda. Langkahnya longlai… air mukannya hambar resah.. dan lesu.. ia seperti ada masalah. Anak muda itu menumpahkan semua masalahnya. Pak tua yang bijak mendengarkan dengan seksama. Setelah selesai bercerita, tiba-tiba orang tua itu mengambil segenggam garam dan meminta tamunya (anak muda) itu mengambil segelas air. Ditaburkan garam itu kedalam gelas, diaduknya perlahan… “Minumlah dan katakan bagaimana rasanya!” kata Pak Tua itu singkat.. “Puih ….!” Sang tamu meludah ke samping.”

Teruskan membaca

Advertisements

Gagal Bercinta Itu Pengalaman Indah…

Matamu, sinarnya menyinari hati
Senyumanmu, manisnya memukau kalbu
Bicaramu lembutnya mendamaikan
Lalu aku pun hilang dalam keindahan itu bersama rindu

Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya.
Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati.

Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Tatkala ia dalam keadaan yang menarik ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan.

Malah cinta tatkala mengheret, ia sentiasa seronok untuk diperkatakan, oleh yang melihat betapatah lagi yang sedang mengalami.

Seorang kawan saya tidak akan lekang menceritakan kisah cintanya sewaktu remaja kepada saya setiap kali bertemu. Nyata dia sangat sayang bekas teman wanitanya itu, kini isteri orang, kebetulan orang itu ialah kawannya sendiri. Bekerja pula di bawah satu pejabat dan tidak dapat mengelak daripada bertembung. Hampir setiap hari terpaksa bertemu, kadang-kadang urusan rasmi kadang-kadang tidak rasmi. Bayangkan betapa pedih dan sakitnya.

Teruskan membaca

HeArT @ Hati…

Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih… ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke… tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja…

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya.
Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya.
Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.

Teruskan membaca

Surat Cinta…

Kalau anda sedang bercinta tapi telah ditinggalkan oleh kekasih anda, mungkin semuanya belum berakhir. Anda masih boleh memujuknya. Apa kata jika anda hantarkan surat berikut kepadanya. Tapi hanti-hati, manalah tahu nanti ibunya terjumpa pula surat anda ini:

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing, salji, mi rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.

Teruskan membaca