Gagal Bercinta Itu Pengalaman Indah…

Matamu, sinarnya menyinari hati
Senyumanmu, manisnya memukau kalbu
Bicaramu lembutnya mendamaikan
Lalu aku pun hilang dalam keindahan itu bersama rindu

Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya.
Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati.

Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Tatkala ia dalam keadaan yang menarik ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan.

Malah cinta tatkala mengheret, ia sentiasa seronok untuk diperkatakan, oleh yang melihat betapatah lagi yang sedang mengalami.

Seorang kawan saya tidak akan lekang menceritakan kisah cintanya sewaktu remaja kepada saya setiap kali bertemu. Nyata dia sangat sayang bekas teman wanitanya itu, kini isteri orang, kebetulan orang itu ialah kawannya sendiri. Bekerja pula di bawah satu pejabat dan tidak dapat mengelak daripada bertembung. Hampir setiap hari terpaksa bertemu, kadang-kadang urusan rasmi kadang-kadang tidak rasmi. Bayangkan betapa pedih dan sakitnya.

Ingin sekali aku ungkapi
Isyarat jiwa dengan sempurna
Biar kau mengerti
Kau sedari
Keadaanku yang memujamu

Betullah kata orang, cinta yang pertama adalah yang paling bermakna. Bagaimanapun pengganti yang datang silih berganti yang pertama tetap di hati. Payah sungguh untuk memadamkan namanya, wajahnya, suaranya. Hampir setiap ketika seperti terdengar gelak tawanya, gurau sendanya. Kenangan begitu kekal dalam ingatan dan selalu timbul dalam saat-saat tidak terduga.

Hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman gagal dalam percintaan.

Kenangan, hanyalah satu arca
Yang kabur dan tersisih
Bila impian tak tersurat
Bila rindu bertebaran
Dan bila luka kian melarat
Apa lagi yang tertinggal
Cuma sebuah pengalaman
Paling memilukan
Amat meyakitkan

Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya gagal.

Hargai cinta anda, mahalkan sedikit harganya, agar apabila anda merelakan ia dibeli oleh
seseorang dia amat-amat menghargainya.

P/s: Teringat plak zaman mude2 dulu…..uhuhu….m(-._-)m

9 Respons

  1. waah..byk posting pasal cintan cintun..:D

  2. suka la post awak nih…karang sendiri erk…

  3. di saat kau minta maaf kepada kekasih mu kau merelakan hidup mati mu kepadanya dan
    Di saat kau menbuat kesalahan dengan kekasih mu
    kau mengucap maaf dengan setulus hati mu
    …………………….TETAPI…………………………………..
    disaat kau punya salah kepada tuhan mu APAKAH kau merelakan hidup matimu untuk nya
    dan apakah disaat kau berbuat salah pada tuhan mu
    apakah kau mengucap maaf pada tuhan mu …?
    renungi rengugni kesalahan dirimu
    ”……………………….”myiza TERIFF”………………………………….”

  4. melihat kebahagiaanmu b’sama dia umpama hati di kapak lumat… tapi demi senyuman itu, aku merelakan… semoga kau bahagia bersama dia….

  5. hiduf ku ini bagai kan sebuh tisu yang mudah tebakar, pagi dan malam aq selau di redufin kesedian

  6. wak,,, buat yg lebih lgi aku nak copy nak bgi kat awek aku,,, tp yg lbh kecewa ya pasal aku kecewa ne,,, biar dia paham cinta,,,

  7. Ya allah tnjukan jalan buatku..dan buka kan pintu hatiku..untk menerima s,org laki2 yg mencintaiku..tapi aku takut gagal lagi dan aku nga mau di sakiti lagi..ge mana caranya yg bsa buat aku brubah..pdhal mah smua laki2 tak same tapi aku takut lah,dan skrg pun aku blm brfikr lagi..dan skrg ini cintaku hnya allah dan rosulnya.jodoh,takdir,hnyalah allah yg menentkan.

  8. lw gwe.da pernah mrsakan.btapa sakit nya.mndpat yg nmnya ke Gglan’lw bisa lw itu jngn sempat mrsa.sm sm gue

  9. I really really want to save this specific post,
    “Gagal Bercinta Itu Pengalaman Indah | ~ Lucca D Jiwa ~” on
    my personal internet site. Do you really mind in the event that
    I reallydo it? Thank you ,Geraldo

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: