Mari Mengedit Gambar Bersama Encik Photoshop…

Kali ni aku nak wat entry pasal keajaiban serta kehebatan encik photoshop… beliau amat baik hati kerana menjualkan dirinya dengan hanya RM5 sahaja di kedai2 CD yg berdekatan di rumah anda sekalian… hehehe… aku memang tau pasal keburukan membeli yg CD cetak rompak… oppss… silap lak… CD kurang original… tapi lecturer aku dulu penah bgtau… “Alaa… kalau utk tujuan akademik ni… xpe laa kalu pakai yg x original pun… lgpun anda semua masih belum mampu utk membeli yg original kerana harganya agak mahal… ” Btul tu… aku sokong kata2 lecturer aku tu.. baik aku gi beli keta lagi bagus… xpun beli kerbau.. pastu ternak kat belakang umah… hehehehe….

Ntah laa camne… tgh2 susun file dalam komputer.. aku terjumpa gambar ni… gambar ni dirakam waktu aku dalam perjalanan dari Terengganu ke Johor… ikut jalan Endau-Rompin.. so masa onway nak smpai Johor tu.. singgah laa jap kat Pantai Air Papan ni.. saje2 je amik angin… ok laa… berbalik kepada citer gambar ni tadi… cam kebetulan lak aku bleh jumpe balik (atau gambar ni yg memang misteri.. huhu…) walaupun agak kelam @ suram (maybe aspek pencahayaan tidak dititikberatkan semasa gambar ni dirakam)… aku merasakan angle @ sudut gambar ni agak menarik… maybe dengan pertolongan encik photoshop (skang dah masuk versi CS3)… aku dpt mencantikkan gambar ni secun2nye… bak umpama bidadari yang turun ke bumi membawa seribu satu harapan… bidadari yg menjadi idaman Pak Ngah

Air Papan 1

Sebaik sahaja aku menyapa sambil memberi salam kepada encik photoshop… pelbagai idea dtg mencurah2 memenuhi mindaku… bagaikan air longkang yg mengalir deras di belakang umah Sankai… bak kata pepatah… air yg tenang jgn disangka tiada labi2… ianya juga dapat disamakan dengan persamaan kuadratik… umpama daun keladi yang disirami air sirap dari kedai makan makcik rosnah… terpaksa laa otakku bekerja keras utk menapis serta memilih idea yg bersesuaian dengan tatasusila org melayu… bak kata Hang Tuah… takkan hilang melayu di muka bumi… tapisan umpama tapisan filem FINAS ini amat perlu agar tiada pihak yg tersinggung hati sensitifnya…

Namun begitu.. langit tidak selalu cerah… kekadang ianya menjadi gelap seperti kulit Pak Ngah… aku hanya insan biasa yg serba-serbi kekurangan (hanya mampu makan malam berlaukkan ikan sardin @ telur hancur)… x mampu merealisasikan segala idea yg medatang… ampunkan aku wahai sang idea sekalian… jasa-jasamu yg terhingga amatlah dihargai.. moga2 anda sekalian mendapat award di dalam anugerah bintang kecil 2007… hanya ini sahaja yg mampu aku hasilkan utk kali ni…

Air Papan 2

Tapi xpe.. itu semua x mematahkan semangat perjuangan harmoni aku.. lain kali aku wat yg lagi best @ hebat… huhu…. sekian… sehingga berjumpa lagi…

16 Respons

  1. sebenarnye… ape kejadah awek nk melompat tgh2 padang tuh… tetiba jek lompat… hahahaha….

  2. saje je bagi penuh ruangan kosong yg wujud akibat tidak keseimbangan ekosistem alam ini…

  3. waw.. aku tidak perasan itu adalah 2 gambar yg sama😐
    hebat hebatttt!!!

  4. ye ke… thanx… thanx very much….

  5. sang palie..anda sungguh hebatt sehingge menitiskn air di ujung mata sy..ehehe..keep it up! =)

  6. muke laki yang sorang tu nampak bengang jer…..ko ke tu.?

  7. bukan laa… aku yg macho tu… berbaju hijau di tengah2…

  8. cis.. kerupok mmg pandai perli org.. ko jgn amik ati patlie.. kerupok mmg pandai potoshop.. takpe takpe.. kasi terre lagik.. si ira tu.. lagi ayam.. dia ngan potoshop cam makan biskut jek.. nk buat assigtment yg org pakai word pun die pakai potoshop.. tu tak masuk klu delete barang ke recycle biun.. die ke photoshop.. pendek kata.. cacat..

  9. oku-ngah 2 mmg sengal kn palie kn?ehehehe

  10. Ngah – xpe… xpe… aku berkarya atas nama kebebasan… so masing2 ade hak nak bersuara utk bagi komen @ pendapat.. aku x kisah pun….

    Ira – biar laa si ngah tu… dia tgh merawat hatinye yg lara…

  11. […] **editt : gua saspek ini keja palie bab die suka main ngan photoshop..tengok entry ni… […]

  12. […] just nak letak gambar ini… gambar yang diedit mengguna bantuan Encik Photoshop (rujuk entry lepas)… rasanya 2 keping ni dah cukup untuk mengambarkan keinginan @ kehendak naluriku di masa […]

  13. Cantik cantik. Nanti aku tempah header satu. Hehe.

  14. affuan…. bleh jer… xde hal laa….

  15. aku suke gambar awek ngn lagu LOST….🙂 selamat berpuasa….

  16. cun seyy!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: