Transformers…

Setelah membaca tulisan @ karangan @ nukilan @ cetusan @ penulisan para bloggers yg lain <<KLIK SINI>>… cam sankai, md ismail.. irarox… dan lain2 (yg aku sendiri x penah kenal… tp layankan jer… hehehe…) menyebabkan aku terus menjadi teruja utk turut serta membuat preview @ ulasan @ pendapat mengenai filem Transformers ini… serta merta dengupan jantungku bertambah kencang akibat anjakan paradigma adrenalin dalam sel darah merahku…

Transformers

Kalu x silap aku… pada tahun lepas laa (awal tahun 2006) aku mula2 terdengar pasal pembikinan filem live action Transformers ini… sejak dari detik & saat itu.. hatiku kian menjadi berdebar2 menanti kemunculannya… bagaikan masa berlalu terlalu pelahan… menyebabkan jiwaku menjadi kacau… fikiranku melayang2 di awang-awangan…. makan x kenyang (sbb mkn sikit)… mandi x basah (sbb bil air x bayar)… seolah2 angau yg teramat sgt pada Optimus Prime… keangauan yg terlampau itu memaksa pemberontakan besar-besaran berlaku dengan ganas dlm jiwa nuraniku.. Optimus Prime… watak hero yg selalu menemani diriku di waktu kecil…masih ku ingat di benak mindaku… tepat 5.30 ptg.. pasti rancangan kartun ni yg menjadi pilihan hatiku di kala senja nan merah itu…

Ok.. kembali kepada jalan lurus yg benar… kali ni diriku agak bertuah… kerna ade masih ada yg sayang pada diriku… teman2 sepejuanganku telah membooking tiket wayang ni 3 ari lebih awal dr waktu tayangan iaitu pada 27hb… so pada 1 Julai tu… aku x perlu lagi beratur panjang (seolah2 hendak memangkah undi pilihanraya) di GSC Jusco Tebrau semata2 utk membeli sekeping tiket wayang…. huhu… terasa bangga lak diriku di kala itu… kalu ikutkan hati… mau sahaja aku membuat muka penuh keriakan di depan org ramai yg beratur membeli tiket pd ptg itu… hahahaha….

Bermulanye wayang ni… aku terus menjadi terkesima tanpa mampu berkata2… ianya sgt hebat & sukar utk dipercayai… benarkah ini semua? bagaimanakah robot2 yg besar gedabak tu bleh bergerak bebas seperti seekor burung pipit yg terbang melayang2 di angkasa… adakah diriku sedang bermimpi… dengan kecanggihan CGI serta special effect yg diguna… pastu campur ngan humor2 yg best bangat… filem ni laa aku rasa yg paling best penah aku tonton… smpai ternganga aku dibuatnya…. nasib baik x terkeluar air liur basi dr mulutku… sedar2 filem ni dah abis… time yg aku x handle tu bile Autobot tu sembunyi kat bawah umah… hahahaha…. giler laa lawak… ok laa… aku rasa cukup laa setakat ni aku wat review… malas nak taip dah… huhuhu…. nanti ntah ape2 lg yg aku ngarutkan… ni sedikit review dari web IMDB…

“High-school student Sam Witwicky buys his first car, who is actually the Autobot Bumblebee. Bumblebee defends Sam and his girlfriend Mikaela Banes from the Decepticon Barricade, before the other Autobots arrive on Earth. They are searching for the Allspark, and the war on Earth heats up as the Decepticons attack a United States military base in Qatar. Sam and Mikaela are taken by the top-secret agency Sector 7 to help stop the Decepticons, but when they learn the agency also intends to destroy the Autobots, they formulate their own plan to save the world.” ~Info dari IMDB~

2 Respons

  1. aku tak paham apasal ko letak entry ni dalam geli2..ke ko jenis yang bawa pasangan gei dan beromen kat dalam panggung.?? wahahahahahahhahaah..

  2. mak aii… ke situ lak ko pikir… geli2 tu bermakna bersukaria… hahahaha…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: