Cintailah Bahasa Ibunda Kita….

Di dalam kesadisan malam… aku masih tercari2 idea yg sesuai utk membuat entry di dalam blog aku… namun semuanye sungguh tragis… kerna pelbagai rintangan serta halangan yg mendatang… mengugat keasyikan aku utk menaip entry ini… tapi xpe… semua tu hanya sementara sahaja…. akhirnye idea yg ditunggu2 muncul tiba… terima kasaih sekali lagi wahai sang idea… kerna sudi hadir ke dalam benak mindaku di kala keheningan malam yg suram…. tajuk entry kali ni lebih kurang macam kempen dari kerajaan… hehehe…

Kali ni aku just nak share skit info @ maklumat yg aku perolehi dari Wikipedia… terima kasih Cik Wikipedia di atas sumbangan ehsan saudari… semoga perjalanan hidup saudari aman damai serta tenteram dari gangguan hacker-hacker seluruh alam sejagat ini…

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan. Oleh itu, bahasa Melayu sering dianggap oleh para cendekiawan sebagai berasal dari Sumatera Selatan. [1]

Rumpun bahasa Austronesian adalah sebuah rumpun bahasa yang sangat luas penyebarannya di dunia. Dari Taiwan dan Hawaii di hujung utara sampai New Zealand di wilayah (Aotearoa) di hujung selatan dan dari Madagascar jauh di barat sampai Pulau Easter (Rapanui) di hujung timur.

Secara lazimnya, rumpun bahasa Austronesia dibahagi kepada beberapa kelompok. Dua kelompok utama ialah bahasa Taiwan dan bahasa Melayu-Polinesia. Kemudian rumpun bahasa Melayu-Polinesia dibahagi pula menjadi bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Barat, Tengah dan Timur.

Di bawah adalah salasilah pembahagian rumpun bahasa ini secara terperinci :

Austronesia

Di bawah terdapat beberapa contoh untuk menunjukkan kekerabatan, kata-kata bilangan dari satu sampai sepuluh dalam beberapa bahasa Austronesia. Catatan: /e/ harus dibaca sebagai pepet (misalkan dalam kata “keras”) dan /é/ sebagai taling (misalkan dalam kata “lémpar”).

Bahasa

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Proto-Austronesia

*esa/isa

*duSa

*telu

*Sepat

* lima

*enem

*pitu

*walu

*Siwa

*sa-puluq

Paiwan

ita

dusa

celu

sepac

lima

unem

picu

alu

siva

ta-puluq

Tagalog

isá

dalawá

tatló

ápat

limá

ánim

pitó

waló

siyám

sampû

Ma’anyan

Isa’

rueh

telo

epat

dime

enem

pitu

Balu’

suei

sapuluh

Malagasi

iráy

róa

télo

éfatra

dímy

énina

fíto

válo

sívy

fólo

Aceh

sa

duwa

lhee

peuet

limöng

nam

tujôh

lapan

sikureueng

plôh

Toba Batak

sada

duwa

tolu

opat

lima

onom

pitu

uwalu

sia

sampulu

Bali

sa

dua

telu

empat

lima

enem

pitu

akutus

sia

dasa

Sasak

esa

due

telu

empat

lime

enem

pitu’

balu’

siwa’

sepulu

Jawa Kuna

sa

rwa

telu

pat

lima

nem

pitu

wwalu

sanga

sapuluh

Jawa Baru

siji

loro

telu

papat

lima

nem

pitu

wolu

sanga

sepuluh

Sunda

hiji

dua

tilu

opat

lima

genep

tujuh

dalapan

salapan

sapuluh

Madura

settong

dhua

tello’

émpa’

léma’

énném

pétto’

ballu’

sanga’

sapolo

Melayu

satu

dua

tiga

empat

lima

enam

tujuh

lapan

sembilan

sepuluh

Minangkabau

ciék

duo

tigo

ampék

limo

anam

tujuah

dalapan

sambilan

puluah

Rapa Nui

tahi

rua

toru

ha

rima

ono

hitu

va’u

iva

‘ahuru

Hawaii

`ekahi

`elua

`ekolu

`eha:

`elima

`eono

`ehiku

`ewalu

`eiwa

`umi

Huh… banyak lak info kali ni… hehehe… tapi xpe… at least kite tau serba-sedikit tentang asal-usul bahasa ibunda kite kan? Tapi agak2 laa… bahasa yg kite guna dalam percakapan serta penulisan seharian ni (contohnye cam blog ni)… tergolong dalam bahasa mane yek? Hehehe… fikir-fikirkan lah…

5 Respons

  1. Ass Wr Wb
    Yah begitulah malay world , yang mana penyebarannya meliputi hampir 1/4 bahagian dunia
    Berbanggalah menjadi orang melayu yang berada di kepulauan Nausantara !

  2. yupp… that’s right.. sbb tu blog ni hampir sepenuhnye ditulis dlm bahasa melayu…

  3. KSN baru keluarkan pekeliling yang pas ni penggunaan rasmi istilah Bahasa Melayu ialah Bahasa Malaysia. So, dah takleh sebut Bahasa Melayu.. Reason, untuk mengelakkan kekeliruan.. tapi entahlah, saya lebih suka menggunakan istilah bahasa Melayu..

  4. yupp… bahasa Melayu lebih indah bunyinya…

  5. kkdag aku tfikir apa bahasa yg pling best nak guna. kkdang b. mlyu then b. mlysia. tapi indonesia tak de pun mslh mcm kita…bangsa indo megah tp kita cam ni gakkk kantoi je,,,,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: