07/07/07 07:07:07

” Jari-jemari yang menekan keyboard ini pasti kenal setiap huruf yang ditaip… “

Emm… satu tarikh yang agak menarik bagiku… hanya terjadi skali sahaja dlm hidupku ini… x tau laa kalu korg bleh idup seribu tahun lagi.. kalu x silap aku… aku penah baca artikel dalam Yahoo! yang mengatakan ramai org berebut2 untuk membooking tempat2 yg menarik utk mendirikan rumahtangga pada tarikh ni… bagi feng sui kaum Cina lak… tarikh ni amat bertuah bagi mereka.. hehehe… bagiku xde mende yg istimewa pun berlaku pada aku arini.. cam biasa jer… cuma aku teringat kenangan silam bersama si dia… ketika itu aku bercita2 nak bertunang@ berkahwin pada tarikh ni… tp langit x selalu cerah kan? agak2 si dia ingat lagi tak… lantak laa… dia pun maybe dah berbahagia ngan insan yg dicintainya… mane mungkin dia ingat lagi pada diriku yang serba kekurangan ini… lagipun aku dah x nak amik tau lagi kisah @ hal2 yg lepas tu… yang lepas tu biar laa berlalu dengan aman damai… tanpa hiruk-pikuk masyarakat di zaman siber ni… tapi yg paling penting skali… usiaku akan bertambah lg dlm masa 3 ari lagi ni… huhu… dah nak tua rupa2nya diriku ini…

Dan 1 lagi yg bermain2 di kotak minda pemikiranku skang… adakah benar luka di jiwaku sudah menjadi parut? ntah laa… adakah aku sudah bersedia untuk mencari seseorang (kepada sesiapa yg mampu tu… bleh laa anda cari 4 orang sekaligus) sebagai penggantinya… mampukah aku mencari seseorg yg btul2 memahami jiwaku serta berupaya menemaniku di kala diriku kesunyian… dan perlukah aku menagih cinta suci yang x pasti di mana pengakhirannya… dapatkan semua jawapannya di rancangan Bersamamu musim ketiga… di saluran TV3 yg tercinta… hahahaha…

Hah… sebelum aku terlupa… pada hari ni gak… aku telah berjaya memeriahkan satu entryku yang lepas… bertajuk “Busy Sangatkah Aku ni?“… x sangka lak akhirnya aku berjaya memasukkan gambar2 untuk memperlihatkan kepada umum tentang bagaimana peristiwa itu terjadi… bak kata pepatah… “Sekeping gambar menyimpan seribu satu cerita”… ianya juga mampu mengungkapkan sesuatu kejadian yang x mampu diluahkan @ digambarkan dengan hanya kata2…

Sbenarnye aku x terpikir pun nak wat entry hari ni… juga x terlintas nak emo2 cam Pak Ngah… hehehe… sorry bro… terpaksa sebut nama ko skali lagi.. ye laa… sebab jasamu amat x ternilai dalam mengenalkan aku pada pengertian dunia pem’blog’an ni… thanx bro… ntah camne bile teringat tarikh ni.. terus aku jadi terkesima lantas membuka komputerku untuk menaip pantas patah2 perkataan ni… dan akhirnya terhasillah entry yang seberapa ni… lebih kurang camtu laa “The Making Of Entry 07/07/07“…

8 Respons

  1. kalu ko nak tau, bebudak emo kat malaysia ni anggap pangah cam abah ngah derang tau…wahahaha..

  2. ye ke…baru aku tau… thanx for info…

  3. tak da saper yg perfect dalam dunia nie … open ur heart 4 somebody k … then people will also open their heart 4 u .. by the wayy…hapi becoming besday!!!

  4. 07-07-07.mnarik!
    hepi becoming bday juga. (tgk tidanni wish,saya pon wish la;p)
    tp bile eh bday?

  5. oi oi oi…
    dimana2 pun ko kutuk aku ke sankai? ceit…
    ape ape pun.. aku nk baca balik entry ko..
    haram tak paham..
    tu la ..sape soh tulis bahsa anggolia lagik..

  6. instead of Bersamamu, gi la masuk Mencari Menantu di saluran tv9 pula. anda berpeluang utk kawin scara meriahnya dgn bajet yg minima..
    tehehehe..
    tp kalau boring taipkan ON CINTA dan hantar ke 32555..
    huhu

  7. fOw fOw.. bgrOund music blOg kO neh guna suara sapa ar.. menggelabah je.. erk..

  8. tini – thanx for ur wish… really appreciate it…

    ida – besday saye adalah 10 julai… harap maklum…

    ngah – tu laa ko… dulu mak ko suruh gi sekolah blajar bahasa melayu… ko xnak… alasan ko xde class konon… cit poodah…

    nzra – betul info yg anda kasi tu… cam menarik lak… kat mane nak amik form tu.. ingat nak try laa… hahaha….

    maria- suara menggelabah yek… kalu aku upload lagu aku sendiri kan… takut ko x tido malam lak… asyik teringat suara aku jer… hehehehe….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: