Aku Ingin Terbang !!!

Pulau Redang

Andainya diriku ini mampu berterbangan di udara… pasti akan kujelajahi seluruh pelusuk dunia… untuk melihat dengan mata sendiri… proses globasasi yg sedang berlaku di era siber ini… di sebalik bangunan-bangunan moden yang gagah berdiri… pasti akan terlihat keangkuhan manusia… yang berlumba-lumba membina super weapon untuk menguasai alam semesta… adakah mereka tidak sedar yang dunia ini hanyalah sementara… tatkala datang gempa bumi besar @ tsunami ganas… pasti dengan sekelip mata sahaja… semuanya boleh musnah dan hancur berderai menjadi debu-debu halus yang bakal ditiupkan entah ke mana…

Aku ingin terbang… benar-benar ingin terbang bebas di angkasaraya… tanpa sebarang sempadan @ sekatan… pasti aku berpeluang melihat keluasan sebenar duniawi ini… yang menjadi medan untuk manusia mengejar kekayaan serta kemewahan semata-mata… tanpa menghiraukan lagi erti sebuah maruah… martabat… kesetiaan.. kekeluargaan… persahabatan… cinta dan kasih sayang…

Aku ingin terbang… terbang seumpama lagak sang helang… terbang dengan penuh keberanian… keberanian meletakkan sesuatu pada haknya… dan tidak gentar pada pihak lawan yang sentiasa ingin melihat kita tersungkur jatuh menyembah bumi… aku masih berpegang teguh pada pepatah dulu yang berbunyi “berani kerana benar”… kenapa kita perlu takut andainya kita tidak membuat kesalahan…

Aku ingin terbang…. terbang di langit biru… mengembara ke pelusuk dunia… demi memenuhkan ilmu di dada serta menimba pengalaman agar dapat memahami ketamadunan manusia sejagat… dan juga mengetahui proses urbanisasi yg pesat berlaku… diriku tidak mahu ketinggalan ditelan arus pemodenisasi di zaman yang serba canggih ini…

Andainya diriku dapat terbang tinggi… pasti diriku dapat merasai kehangatan sang mentari di ufuk timur.. serta merasai belaian lembut sang bayu yg menghembus pada diriku… pasti diriku terasa keawang-awangan… seolah-olah tiada permasalahan melanda jiwaku ini… alangkah indah saat-saat itu… yang pastinya aku hanya mampu berangan-angan… aku pasti bersayap seperti ini andainya diriku ingin terbang bebas di udara…

Terbang

11 Respons

  1. en. palie, kalau nak terbang, terbanglah di dataran merdeka, atau stadium negara, atau padang kilalang yang banyak terdapat di Malaysia. Risiko untuk ditemui jika terhempas ke bumi lebih tinggi dan cepat!

  2. tanda² seorang itu gei…dia ingin terbang…sekian…

  3. btul tu bayan… saya wat artikel ni sbb dapat inspirasi dari kronologi kisah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas Jumaat lalu… hehehe…

  4. cantik sayap bang? pinjam leh? aku pun nak terbang g london ke..newyork ke..hehehee..

  5. wat berat badan je bawak kepak besar tu..
    nanti bulu-bulu kepak tu berterbangan masuk lam lubang idong.. poyo la ko ni..

  6. dem………..
    lu sungguh gei dengan adanya sayap kemaluan itu..
    gua sungguh malu melihat lu menjadi jiwang meleleh2 begini..
    insaplah patlie.. nanti kat cherating aku nk rejam kapala ko dalam air masen.. bbiar suci sket..

  7. rina – nak pinjam yek? bleh aje… tp kos perkhidmatan kena bayar… xbyk pun… dlm RM2K jer…

    ajurina – ni mesti ko ponteng klas sains tingkatan 3 dulu2 ni… bulu2 kepak adalah antara objek2 yg mempunyai tahap keringanan yg tinggi umpama kapas yg memutih…

    ngah – gua bukan gei laaa…. gua hanya berimaginasi di siang hari jer…

  8. tak leh blah dowh..
    gei pun tabik spring kat ko..
    weh macam kenal je burung dalam gambar kat atas tu. hahaha

  9. […] gambar pemandangan pantai ini pernah aku ‘publish’kan satu ketika dahulu. Rujuk sini. Cuma kali ini versi yang berlainan. Versi yang menggambarkan revolusi dalam kehidupanku. Revolusi […]

  10. if i can fly…i choose fly fm..hehe

  11. AKU JUGA INGIN TERBANG…………………………..

    http://www.akucintasekolah.com/diskusi/detail.asp?cat=2&id=15612&jns=blog

    LIHAT BULETIN YANG KUBUAT……………………………..!!!!!!!!!!!!!!

    AKU PENGEN BANGET TERBANG…………………………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: