Blog Yang Tidak Digemari?

Emm… ari ni diriku terasa kemalasan yang amat sangat… terasa otot biceps serta triceps di lenganku ni sudah tidak mampu menahan bebanan akibat penulisan tanpa henti di blogku ini… medulla oblongata yang melalui saraf tunjangku juga terasa perit… seolah-olah diriku mahu tidur melelapkan mata selama 2-3 ari secara berterusan tanpa henti… tapi apakan daya.. diriku masih ada tanggungjawab @ komitmen yang perlu dilaksanakan…

Kali ni aku nak share skit pendapat seorang sahabat yang bernama Cik Ajurina… << Entry Asal Di Sini >> pada aku… pendapat dia ni agak menarik gak utk diketengahkan di arena pem’blog’an Malaysia ini… sama2 laa kite hayatinya…

Pabila Sang Ajurina menulis…

Blog cemane yang aku tak suke bace:

1. Background image or colour. Aku cukup pantang bace blog yang ade kaler-kaler meriah kat belakang body text. Kalau nak kreatif pun agak-agakla sket. Eh tapi tu blog korang kan? Lantakla.

2. Saiz tulisan. Ade saiz body text kecik yaamaat. Kena pakai kanta pembesar nak bace. Dahle aku ni rabun. So tolak tepi la nak bace.

3. Takde perenggan. Wahahaha. Kalau aku cukup sabar aku  bacela. Tapi aku pernah gak buat. Maksudnyer aku tak bagila korang bace kot. Hiks.

4. Copy paste. Aku pun suke copy paste. Tapi pastikan bace dulu baru paste. Ni siap ade ‘<‘ dan ‘>’ kalau copy paste dari email. Memang pemalas btol nak edit.

5. Java script. Aku pernah ade gak dulu ni. Ade cursor trail. Kekonon canggih la? Kalau browser tak up to date memang lambat nak load. Tutup je. Takyah bace.

6. Blog lame tak apdet. Wakakakkaa. Opss.. perli sape tu? Larikkk.

P/s: Sbenarnya aku nak tau pendapat korang semua tentang blog aku ni… ade sesapa yang nak bersuara? x kisah laa nak bagi kutukan membina ke.. pujian ke.. janji ianya tulus ikhlas dari hati yang suci murni umpama minyak masak zaitun… agar aku dapat memperkemaskan blog ini supaya sejuk mata memandang… berat sama dipikul… ringan sama dijinjing… sekian dulu laporan dari saya utk TV Lucca D Jiwa… saluran penderitaan anda…

6 Respons

  1. meh aku tambah…hahahaha :

    -Blog yang mengandungi ayat jiwang2 bunga yang melampau.
    -Blog yang tak geti simen, die susun je batu blog tu..karang orang lain sepak kan berderai.
    -Blog yang tak geti update berkurun lama <—gua la ni…hahaha
    -Blog yang tak geti bersusun module2 diep <—gua la ni…kadang2 mesti kureng…
    -blog yang nak jimat space x specially yang pakai hosting berbayar hosting pree aku paham la ape pasal wat cam tu…maksud aku kat sini, Space dah besar gedabak tapi kedekut…contoh awal : tak mau upload gambar, mp3, dan lain2 berkaitan kat hosting sendiri…die pakai port lain seperti imageshack yang kadang2 melambatkan proses loading blog berkenaan..

  2. ko kutuk aku ker guna imejshack hariz.?? demmmm….

  3. saya tak suka blog saya. Nak delete sayang. Nak tengok menyampah. noktah.

  4. […] bercuti dari kampung ni… mesti korg tertanya2 pasal 2 entry aku wat seblum ni… “Blog Yang Tidak Digemari?” dan “Bandar Lucca“… sbenarnye kedua2 entry tu aku dah masukkan dulu dlm […]

  5. part yang tak berperenggan tu ada macam terkena sket kat aku lah. bukan apa, time tulis tu aku dah boh perenggan dah, tp bila publish, tak berperenggan pulak, naper ek? pastu, pasal bab download nih (download file), pakai divshare…. ok tak? oh, by the way, blog saya diberi pinjam 300Mb oleh scukz, he😀

  6. Beautiful teen girls
    http://www.porntubebestmovies3.tk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: