Trip Ke Singapura…

Disclaimer : Entry kali ni banyak memaparkan model2 wanita… kerana bilangan lelaki yang mengikuti trip ni adalah sedikit… secara tak langsung… ini bleh membersihkan tanggapan songsang segelintir pihak terhadap diriku… hehehehe….

Tanggal 11 Ogos… akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke bumi Singapura @ Singapore setelah lebih 7 tahun aku bermastautin di Johor ni… huh… agak lama kan? x kisah laa… janji skang ni aku dah berjaya pergi ke oversea…

Pada hari tersebut… aku telah berjaya bangun seawal pukul 6.00 pagi… maybe minda aku telah di’setting’ untuk bangkit awal (sebenarnya member2 aku kejutkan… ada laa berbelas2 kali diorg wat misscall)… dah selesai bersiap2 tu… aku terus ke bergerak Pusat Ko-Q UTM Skudai (tempat berkumpul sebelum bertolak)… aku smpai sana dalam pukul 6.30 pagi… tapi yang anehnya… x ramai pun orang berkumpul kat situ… yang ada hanya sebuah kereta kancil… aikk.. pelik gak ni.. kata Nadia (dia laa yang ajak aku gi trip ni… thanx Nadia)… semua orang kena berkumpul pada pukul 6.30 pagi… so aku menanti laa dengan penuh kesabaran… dekat pukul 7 pagi.. baru laa banyak batang hidung yg aku nampak… termasuk laa si Nadia ni… Kama ngan Wanie pun sampai 15 minit awal sebelum Nadia… rupa2nya semua kena berkumpul kul 6.45 pagi… cuma aku jer yg tertipu ngan si Nadia… katanya takut2 aku terlambat smpai.. ceittt…ingat aku ni lembab ke… nasib baik laa aku ni penyabar orangnya (hahaha… tipu..)

Bertolak ke Singapura

Then… pastu ade briefing @ taklimat ringkas skit dari agen travel… pengiring trip kali ni adalah seorang guru wanita bersama suaminya yang cukup sporting… masa nak bertolak tu… kiteorg dibekalkan dengan bihun goreng… sebungkus roti gardenia berharga RM 0.50 dan sebotol air mineral… ok laa tu dari x dapat apa2 kan? perjalanan dari Skudai ke Kastam Johor Bahru agak lancar pada hari itu… masa kat Kastam JB tu senang jer lepas.. xyah scan barang2 pun.. just lalu & tunjuk muka jer… yang leceh skit masa kat Kastam Singapura… kat sini… barang2 & diri sendiri akan di’scan’ sepenuhnya… masa aku lalu scanner tu… tiba2 jer ada bunyi… aikk… anehnya… nape ianya berbunyi sedangkan aku x membawa senjata api @ barang2 terlarang… rupa2nya scanner tu detect key-chain yang ada kat handphone aku (time tu aku letak dalam poket).. x pasal2 kena sound ngan security kat situ… mane laa aku tau… first time gi negara orang katakan… hehehe…

Akhirnya… berjaya gak aku menjejaki kaki di Singapura ni.. first thing yang aku wat di Singapura adalah mencari toilet untuk melegakan gelojak di pundi kencingku… nasib baik laa toilet kat situ (Kastam Singapura) x kena bayar… lega rasanya x payah kluarkan duit… tempat pertama yang akan dikunjungi adalah Esplanade… gambar ini di bawah ni dirakam sepanjang perjalanan ke sana…

Perjalanan Ke Singapura

Wahh… aku menjadi kagum seketika apabila melihat bangunan Esplanade dengan mata kasar sendiri… sungguh unik rekabentuk bangunan tersebut… cam buah durian lak… hehehe… kali ini aku bergerak bertiga sahaja (aku, Kama & Wanie)… sebab aku lebih selesa berjalan2 dengan mereka berdua… kiteorg berpeluang masuk serta pusing2 dalam bangunan Esplanade tu… pastu kiteorg bergerak & bergambar di Merlion Park… sini pun ok gak laa kalu nak bergambar… cuma time agak panas skit (rupa2nya cuaca di Singapura lebih panas dari Malaysia)… so x banyak laa gambar2 yang dapat dirakam…

Esplanade

Destinasi seterusnya adalah Masjid Sultan… yang terletak di Kampong Glam… di sinilah kami berhenti seketika untuk makan tengahari serta solat jamak… sebelum makan… aku sempat gi tukar duit Ringgit Malaysia… mak aii… dengan RM 14 aku ni just bleh dapat SD 6.06 jer… hampeh btul… nak tak nak terpaksa laa aku, Wanie dan Kama makan roti Gardenia ngan sardin ikan tuna yang dibawa (nasib baik aku dah prepare awal2 makanan ni.. kalu x mau kebuluran aku dibuatnya)…. kat area Masjid ni pun terdapat gak gerai2 yang jual cenderahati cam key-chain dan t-shirt… aku hanya mampu membeli key-chain sebagai kenang-kenangan untuk diri sendiri…

Masjid Sultan

Seterusnya trip disambung ke Sentosa Island… terlalu banyak aktiviti2 yang menarik bleh dibuat di sini… tu jikalau anda berduit banyak… hahaha… aku terasa cam orang miskin lak datang sini.. hampeh btul.. terlalu rendah nilai mata wang kita kat sini… bayangkanlah.. harga sebotol Pepsi 500ml adalah SD 2.99… dah lebih RM 6.00 tu… kat situ aku try naik kereta kabel dia yang berharga SD 11.90… kalu x silap aku.. kereta kabel ni menghala ke Mount Faber… ok laa… sbb bleh tengok permandangan Sentosa Island dari atas… oohh… terlupa lak nak bgtau pasal Siloso Beach… kiteorg sempat gak ke sana… huhu… memang menggoda iman setiap insan yang hadir ke situ… yang ni aku xnak citer panjang2… hehehe… then kiteorg gi lepak kat area Herb & Spice Garden… kat situ gak terletaknya tugu The Merlion…

Sentosa Island

Pada sebelah malam… kiteorg sempat tgk pertunjukan Song Of The Sea… ianya sangat berbaloi walaupun tiketnya berharga SD 6.00… sungguh mengasyikkan bila melihat gabungan cahaya yang berwarna-warni, air laut yang dipnacut ke atas serta laser yang membentuk hologram 3D… ianya agak unik serta berlainan… satu pengalaman baru untuk aku… dan itulah aktiviti terakhir bagi trip ini sebelum kiteorg kembali ke Skudai…

Song Of The Sea

Kesimpulan yang aku dapat dari trip kali :

– Aku dapat ke oversea akhirnya (Singapore tu dikira oversea gak kan?)
– Bleh tambah pengetahuan serba sedikit negara orang
– Gaji aku bulan Ogos ni turun mendadak sama seperti Nzra
– Bulan ni laa yang paling enjoy… sempena Cuti-Cuti Merdeka (RJP di Cherating & Trip Ke Singapura)

Ok laa… adios amigos…

15 Respons

  1. shet…. lu pegi tak ajak gua la patlie.. dan ianya adalah sangat demet ok!!!!..
    klu bawak gua.. tak yah bawak balik pun takpe… tinggal jek kat sana.. hahaha..

    btw.. header ko gambar smeagol ke? yg lord of the ring tuh… tak tau plak ko minat..

  2. wah palie…awek singapore mesti baek2 punye kan…apsal ko tak kirim salam sama itu awek? ko tak rase malu ke bile balik Johor dari sinapore? ko compare bandar die same bandar jb…x yah jauh2 la..CS sudah cukup….hahaha…bape banyak sampah ko takkan terkira kat Depan CS tu…tu belum lagi Pantai lido, Stulang same jalan Dobi dan jalan Susur….hahahah….aku suke keadaan kat singapore sangat bersih…tapi Dem, x leh makan itu gula2 getah dan rege rokok sangat mahal….$10 sekotak…darab 2.24 duit sini…jadik Rm24.40 sekotak…botak kepala aku mau isap rokok sane…hahaha

  3. woo behnyer..
    aku tak jejak lagi sane..
    btw blog ko dah lebey kemas..

  4. mana pic awek seksi.??? mana.?? mana.??

    ko gi singapore tak kol aku.?? aku org lama kat singapore..demmmm

  5. beshnyer bercuti-cuti tak hengat nehhhhh..wohOoo lamer seh tak gi singapore!

  6. hujan emas di negeri orang,
    hujan batu di negeri sendiri,
    hujan emas dah tentula lagi best!
    ahaha..
    oh, btw, terima kasih kerana singgah 2my blog…

  7. njoy btol.
    aritu trip ke cherating.
    yg ni trip ke singapore pul0k.
    *jelesnye~*

    aritu saya cuti sminggu tp xde pon trip ke mana2 :’)

  8. Ngah – gua x sempat nak ajak lu laa… diorg ajak aku pun last minit… kelam-kabut aku dibuatnya… aku wat gambar passport tu pun pas balik cherating…

    Hariz – btul tu hariz… bersih giler bandar singapore tu… rasa cam nak campak2 jer smpah kat situ… hahahaa…

    Ajurina – thanx puji blog aku.. hehehe…

    Sankai – camne nak kontek ko.. no phone ko pun aku takdak..

    Abah – skali-kala habiskan duit gaji… nak cari pengalaman katakan.. hehehe….

    Azrul – hujan batu kat tempat kite lagi best… hehehe….

    Ida – masa muda ni laa nak gi jalan2… komitmen xde lagi kan?

  9. aiceh…ada nama aku gak.heheh..u r welcome palie..lenkali nk g memana jgn lupa ajak aku ye!!!nak gmbr………….

  10. nak jenjalan kalu onglos susut mmg TAK BEST sama sekali. huhu..

    ebat gak tu. 2 tempat dlm sebulan. mmg kempes la poket tu..:D

  11. aku x kn lupakn saat “kemiskinan” 2..huhuhu

  12. itu over-tambak namanyer.. ekeke

    nice story bro!

  13. Harga Pepsi 500ml S$2.99?
    Beli kat mana tu?
    Biasa nyer tak sampai lah S$2.
    Harga Pepsi 1.5L baru S$2.50 gitu.
    Next time look out for kedai runcit atau NTUC fairprice.
    Kat Sentosa brg2 sumer mahal gila.

  14. Thanks for the auspicious writeup. It actually was a
    amusement account it. Glance complex to far added agreeable from you!
    By the way, how can we keep in touch?

  15. Thanks for your marvelous posting! I actually enjoyed reading it, you may be a great author.
    I will ensure that I bookmark your blog and will eventually come back in the future.

    I want to encourage you to ultimately continue
    your great work, have a nice holiday weekend!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: