Pejabatku Syurgaku…

Intro : Dah lama aku tulis entry pasal kerjayaku… nampaknya kali ni terpaksa gak aku tulis… dah x sanggup aku nak berdiam diri dan menahan amarah yang terbuku dalam hati ini…

Hari ni boss aku mengamuk lagi… yang menjadi mangsanya adalah seorang lelaki yang sedang menjalani latihan praktikal… kesian lak aku tengok mamat tu… x pasal2 kena maki hamun @ sumpah seranah sebelum di’terminate’… alasannya adalah kerana mamat tesebut telah membuat urusan peribadi (chatting, download dsb.) di ofis hingga mengganggu connection internet yang sememangnya slow… cuak gak aku time tu… ye laa… boss aku maki hamun betul2 sebelah aku… mau x cuaknya…

Aku ingat setakat tu jer… rupa2nya ada lagi… boss aku arahkan semua kabel network di setiap pc staff dicabut (kecuali staff senior)… maknanya tiada lagi internet untuk semua staff termasuk aku… demm… terasa cam nak tumbuk jer muka mamat praktikal tu… haram btul… ni rasa nak emo ni… smpai skang aku still panas ngan mamat tu lagi…

Oh.. lupa nak bagitau… petang semalam… boss aku dah fired seorg member aku yang kerja situ… dah masuk 2 tahun dia keje situ… last2 kena buang camtu jer… sebabnya dia download MP3… kesian member aku tu… dah laa kena buang kerja… pastu siap kena paksa sign surat resign… so maknanya beliau x dapat laa nak report kat pejabat buruh…

Before ni (awal bulan Ogos)… 2 orang staff di’terminate’ gak… salah seorgnya kena fired sebab selalu ponteng kerja… seorang lagi lak sebab x tau nak wat kerja… macam2 ragam manusia ni… ni rasa cam unsecure lak kerja kat sini… huhu… pening2… baik aku tido dulu laa… bye…

9 Respons

  1. ouch, bahaya tu.. nasib baik bukan anda yang di’terminate’.. Kesian plak kat mereka-mereka yang kene fire tu..

    Pejabatku Syurgaku? hmm, sinis sungguh tajuk tu..

  2. otainye boss.huhu

  3. ader yg kena terminate dgn sebb yg hampes. dwload MP3 kena terminate. gler ganas. nie takut nk practical akhir thn nie…aiya…

  4. huhu..penyelesaian yang blurrr…pening kepala then tidur…bangun tidur lagi serabut sebab dalam mimpi bos sergah ketika tengah update blog…hehehhehehe

  5. lagi satu,…awak tak pernah ke klik kat page about awak tu? soalan saya masih tergantung..tak dijawab? atau tiada jawapan?

  6. azrul – tajuk yg sinis? hehehe…

    ida – boss memang otai… sbb dia yg punya company tu…

    bulus-san – company lain ok kot… bukan semua cam company aku ni…

    bayan – memang xde penyelesaian kot… ingat nak cari keje lain laa…

  7. garangnye nye bos…suke main fired2 org

  8. teruk gak ya. cari kerja lain la gamaknyer. huhu.. klau takde internet bukan modern office la gituh. pakai mesin taip trus. lagiikk jimat.😛

  9. bahaya juga bos ko ni ah.. mcm tak bg peluang dlu n bg pertimbangan yg sewajarnya.. seseorg majikan yg baik takkan sewenang2nya buang pkj senior.. ish3 sandi eh keja mcm tu.. bole stress otak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: