Erti Kemerdekaan…

“Dumm!!”

Bunyi pintu dihempas benar-benar mengejutkan aku dari lena yang panjang. Mungkin teman serumahku sudah pulang. Aku cuba bangkit tapi tak terdaya. Malas. Tambahan pula keempukan tilam ini benar-benar menggodaku untuk terus membanting tulang 4 kerat di atas katil besar ini. Huh. Satu lagi fahaman karut dariku. Dan barulah aku tersedar yang diriku ini telah terlelap untuk tempoh yang agak lama. Entahlah. Mungkin kerna kepenatan fizikal yang terlampau telah memangkin mindaku menjadi separa sedar. Ataupun mungkin kerna diriku sudah hilang arah tuju? Yupp. Sejak akhir-akhir ni, aku terasa seperti serba kekosongan. Tiada halatuju yang jelas serta nyata. Rutin harian aku hanyalah bangun tidur, pergi bekerja dan bersantai di rumah pada waktu malam.

“Kau kena ada target dalam hidup ni. Cari new excitement. Barulah kau tak rasa kesunyian.” Kata-kata Afiq terngiang-ngiang di telingaku.

Aku akui ada kebenaran di sebalik kata-katanya itu. Sungguh mendalam dan tersirat maknanya. Mungkin mindaku terpaksa ligat berfikir ke hadapan sedikit berbanding pemikiran sediakala. Ataupun aku tak perlu fikirkan apa-apa. Just let it go. Biarlah masa dan takdir yang menentukan segalanya.

Tempias gerimis di kaca jendela benar-benar menyedarkan aku dari lamunan. Saat ini, kedinginan benar-benar menyelimuti diriku. Terasa seolah-olah selimut yang menyelubungi diriku tidak lagi berfungsi. Aku terpaksa gagah diri untuk bangkit lalu mematikan suis kipas.

“Ahh. Dari aku layan tidur lama-lama, baik aku buat sesuatu yang berfaedah.” Getus hati kecilku.

Aku terus melabuhkan diri di depan komputer kesayanganku. Terus menekan power button sambil memikirkan apa yang hendak dilakukan. Buntu. Ternyata mindaku masih kekontangan idea. Kemudiannya aku terlihat senarai entry yang belum siap untuk blog aku. Salah satunya menyentuh isu kemerdekaan di Malaysia.

Lantas jari-jemariku pantas menaip perkataan ‘Erti Kemerdekaan’ di browser Mozilla Firefox. Hasilnya adalah seperti berikut:

“Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan.”

Satu definasi umum yang aku perolehi dari Wikipedia. Agak menarik kan? Adakah itu erti sebenar kemerdekaan yang kita war-warkan selama ini? Adakah dengan keluarnya penjajah daripada negara kita ini, kita sudah merdeka? Adakah dengan kebebasan yang ada pada kita, kita sudah merdeka? Adakah dadah, judi, arak serta keruntuhan moral itu adalah simbol kemerdekaan? Ntah laa. Fikir-fikirkanlah sendiri. Tepuk dada, tanya iman.

Persoalan erti kemerdekaan benar-benar mencelarukan mindaku. Jiwaku menjadi semakin berkecamuk. Ahh. Lupakanlah. Aku cuba mengalih perhatianku dengan membuka Adobe Photoshop CS3. Termenung seketika. Mencari ilham serta konsep. Lantas idea bertemakan kemerdekaan berlegar-legar di kotak pemikiranku. Nampaknya bahang hari kemerdekaan semakin dirasai. Seolah-olah ianya menghantui jiwaku untuk seketika waktu. Aku tidak gentar. Biarkanlah. Tiada apa yang perlu ditakutkan. Jari-jemariku kian rancak bergerak. Mengawal tetikus serta menekan keyboard. Umpama rama-rama yang berterbangan bebas di ruang angkasaraya. Idea datang membuak-buak seakan-akan menerjah seluruh pelusuk ruangan mindaku. Ianya hadir spontan seolah-olah merestui hasil karyaku untuk kali ini. Aku nekad. Tekad. Aku tidak akan berganjak dari kerusi ini selagi karyaku belum disiapkan. Berat rasanya badan ini untuk bangkit dari tempat berlabuh. Dan sememangnya aku sebegitu. Sukar untuk aku berhenti andainya sesuatu hasil kerjaku belum disiapkan sepenuhnya. Fokusku ketika itu hanyalah tertumpu pada karya yang bertemakan kemerdekaan. Tekunkah aku? Mungkin ya. Mungkin juga tidak. Ianya benar-benar bergantung kepada mood serta persekitaran.

Akhirnya, sebuah lagi karyaku berjaya disiapkan. Itupun setelah penat bersengkang mata memerah minda. Mungkin karya ini tidak segah Pablo Picasso mahupun Vincent van Gogh, namun aku benar-benar berpuas hati serta bangga dengannya. Sekurang-kurangnya ianya hasil tangan serta cetusan idea aku sendiri walaupun ianya tidak mampu menandingi lukisan Mona Lisa hasil karya Leonardo da Vinci. Cetusan idea sendiri? Yupp. Kerna semasa pembikinan karya ini, mindaku tidak terikat dengan mana-mana konsep ataupun hasil kerja insan lain. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat aku. Terpulanglah. Masing-masing ada pendirian tersendiri. Tidak perlulah bertekak ataupun bertikam lidah untuk mempertahankan pendapat sendiri. Tiada guna semuanya itu. Yang menang jadi arang. Yang kalah jadi abu.

Pop Art Merdeka

Oh ya. Sebelum terlupa, ingin kupaparkan rupa wajah keretaku setelah dipasang dengan Jalur Gemilang. Menarik? Tidak kisahlah menarik atau tidak, yang penting semangat patriotik perlulah disemat sebaik mungkin di dada setiap warga Malaysia. Itu yang paling utama.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Kereta Iswara & Jalur Gemilang

Tamat. Noktah.

7 Respons

  1. ..fuyoo,ada perkembangan dari segi penulisan.best2

  2. hazman – hamba budak baru blaja… kalu salah tolong tunjukkan…

  3. “tidak kisah la”
    apa skema sgt ni palie..heee

  4. aku btol2 m’hayati hri kemerdekaan yg ke-50 thn ni..
    smgt patriotik bkobar2..lgpn aku mmg ade jiwe2 patriotik..ceh

  5. npe kalo merdeka je kte kaitkn ngn kuala lumpur je??tmpt len xamek port ke??

  6. SELAMAT Lah kalian Karena MERDEKA DARI UTANG dan mandi Kebahagian…….

  7. cerpen ni kreative jugak………
    bagus……….. :)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: