Bicara Cinta Suci…

Cinta Suci? Huh. Mungkin ada yang mengeluh pabila melihat tajuk entry kali ini. Mungkin ada yang tersenyum sinis. Barangkali memperli diriku. Dan tidak mustahil ada yang mengata blog ini sebagai sampah. Lantaklah. Aku tidak kisah semua itu. Aku menulis apa yang aku suka. Dan aku sama sekali tidak terniat untuk memperlekehkan sesiapa.

Entahlah. Kosong. Itulah yang dapat aku rasakan pada saat dan detik ini. Seolah-olah diriku tidak terdaya untuk memberi pengertian serta makna cinta suci. Pada zahirnya, ianya mudah untuk dilafazkan dengan seulas bibir. Namun, mampukah seorang insan benar-benar menyemai sebuah cinta suci dalam jiwanya. Sukarkan?

Mindaku kembali ligat berputar. Akhirnya terpaksa aku merujuk pada Wikipedia lagi. Nampaknya aku sudah menjadi terlalu taksub dengan Wikipedia. Mungkin boleh digelar Wikipedia Maniac. Hahaha. Agak kelucuan bunyinya kan? Tidak kisahlah. Persetankan semua itu.

Merujuk kepada Wikipedia, Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri. Wah. Agak kompleks takrifan definasinya. Mungkin kerna inilah ramai insan masih tercari-cari cintanya.

Manakala perkataan Suci pula tidak dapat ditemui dalam Wikipedia. Jadi terpaksalah aku mendefinasikannya sendiri. Bagiku, Suci itu adalah bersih. Bersih dari segala kotoran. So kesimpulannya, cinta suci bermaksud perhubungan yang dizahirkan antara dua insan dan bersih dari segala perkara-perkara yang tidak elok. Contohnya? Tidak perlu untuk dijelaskan kerna aku pasti semua sudah matang serta mampu berfikir secara waras. Berfikirlah dengan rasional dan elakkan terlalu emosional.

Ok. Sekian sahaja coretan aku yang tidak seberapa ini. Jumpa lagi.

10 Respons

  1. Nombor satu:
    Blog ialah output minda seorang blogger. Tak kisahlah tentang apa, jadi kau tak payah risau pasal pandangan orang lain sangat. Aku sokong kau, macam kau kata, kau tulis apa yang kau suka. Aku lagi suka blog santai, tak suka sangat topik berat-berat.

    Nombor dua:
    Yep, kita Wikimaniac! Tapi sayang Wiki Malaysia tak update kan? hahaha. Aku selalu jugak masuk Wiki pastu klik Random Article.

  2. wow dah tuka banner?
    dah tak luka ke?
    ke dah sembuh luka kau tu?
    hehe

  3. azrul – thanx for support… hidup Wikipedia Malaysia… hahaha…

    ajurina – dah lama dah sembuh.. dah jadi parut pun.. :-p

  4. palie..

    agak lama tak jengok ke blog kau ni..
    banner pon da lain..
    smart!
    aku suka font yg dot2 tu;D

    Cinta Suci??
    ermm, memang susah nak cari..pastu kalau ada yg dtg pon tak tau la yg tu cinta suci ke tak. biasala..rambut sama hitam,hati laen2.. xfaham apa maksud sebenar ssorg yg dtg pada kita tu. ada yg mmg ikhlas, berniat baik mmbawa cinta suci. tak kurang jugak yg sekadar nak test market a.k.a suka2 @ cuba2. huhu.. apa pon, kita ada hak untuk memilih yg terbaik untuk diri sndiri~

    adios!

  5. cinta cuci…..

    aku rasakan seakan dapat menjiwai luahan rasa kau atas peribadi kau yang aku kenali…
    mungkin keberanian kau dalam meluahkan rasa tidak dapat aku turuti…
    namun yang pasti, dalam kesamaran meniti liku-liku kehidupan aku dapat ketahui adanya kewujudan insan bernama Palie yang sedia meluahkan rasa yang bisa membuat insan lain bermanfaat darinya…

  6. aslm..
    sya suka tajuk kali ni BICARA CINTA SUCI..
    Cerita kali ni btl2 menjadikn aku lbh matang utk mengenal erti cinta..
    cinta kepada allah..org tuaku..

  7. wawawawawa…..hahaha

  8. wahh.. bg aku.. cinta suci?? sukar utk aku mengertikannye… susah.. huhu

  9. rina – ingatkan ko dah x sudi jenguk blog aku…

    mizreen – wahh… bro… ko pun jengyuk gak blog aku… thanx for ur comment…

    eliy – yupp… cinta itu luas pengertiannya…

    amali – gelak sakan nmpak… menang nombor ekor ke?

    lynda – memang susah nak cari cinta suci tu…

  10. e’eh.. biler mse plak x sudi..
    ade free tym aku msti jgk punye la
    nak tanya, bile kau tulih smthing tu.. sbb ade kene mengene ngn diri kau ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: