Di Sinilah Pengakhirannya…

Agak berbaur emosional tajuk entry kali ini. Pengakhiran sebuah blog? Entahlah. Semenjak 2-3 minggu ini, aku terasa malas untuk update blog @ tulis entry. Ketandusan idea? Yupp. Mungkin itulah yang dapat digambarkan pada saat dan tika ini. Masa juga terlalu perlahan berlalu. Hidupku terasa kekosongan. Jiwaku seolah-olah menjadi terlalu serba-salah. Diriku terasa gundah-gelana. Kebuntuan mulai menguasai diri. Serba tidak kena dibuatnya. Adakah aku akan kehilangan arah halatuju lagi? Entahlah. Sejarah mungkin kembali berulang andainya aku tidak berbuat sesuatu. Persoalannya, apakah yang perlu aku lakukan? Sesuatu yang tidak pasti? Ahh. Abaikan semua itu. Biarlah ianya berlegar-legar di benak fikiranku sendiri. Biarlah aku seorang sahaja yang menanggungnya. Tidak perlulah berkongsi dengan insan yang lain.

Break Up

Masih sama dengan hari-hari sebelumnya. Terasa tiada berlakunya anjakan paradigma pada diriku akhir-akhir ini. Mampukah aku mencorakkan kehidupan hari ini lebih baik dari hari semalam. Jawapannya tetap sama. Entahlah.

Adakah semua masalah yang membelenggui hidupku ini akan mengugat kredibilitiku untuk mem’blog’? Tidak pasti. Umpama mencari jarum di dalam jerami. Masih samar-samar. Bagaikan melihat cahaya lilin yang suram dalam kegelapan malam gelita. Di manakah menghilangnya [semangat + keazaman + kesungguhan + kecekalan] untuk update blog? Argghh. Mungkin aku perlu berehat seketika untuk mencari sumber insipirasi yang baru. Perlukah?

Nota Kaki : Hasil kebosanan yang terlampau, akhirnya tercetuslah 2 page baru dalam blog aku ini iaitu ‘Link’ serta ‘Lirik Lagu’. Mungkin tidak lama lagi, blog ini akan menjadi gedung lirik lagu melayu. Hahaha. Persetankan semua itu. Buatlah apa yang kita suka asalkan tidak menyusahkan hidup orang lain. Setuju?

7 Respons

  1. hahhaha..ngko pun dah jadi chacat jugak..

  2. ni mesti tak poppers la ni…yang ko pegi makan lempeng basi pagi2 ape pasal? kan dah jadik terencat cam ni…adoi, aku kene bawak ko jumpe bidan kampung cam ni supaya ko leh berubah jadik asal balik….hahahahha

  3. palie..tukar link blog aku.aku dah tak pakai blogdrive.aku pakai http://sejuk.syokz.org skang neh.tukar tau.dan jgn luper melawat.hahahah

  4. aslm..hai..
    knp dgn awk ni???
    cerita d atas ni seolah2 awk ada masalah..

  5. sankai – mane ade chacat… cuma separa sedar jer..

    hariz – camne ko tau ni… kantoi lak aku makan makanan basi…

    sejuk – aku dah lawat blog ko…

    eliy – salam… biasa laa… hidup ni penuh pancarobanya… kena tabah hadapinya…

  6. setujuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    tabah! bertabah encik palie!

    patah kan tumbuh lagii..yang hilang kan berganti… (bleh la masuk lirik pasni)

  7. saje test komen..hahah jgn marah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: