7 Weird Things About Me!

Jam 3.15 pagi. Itulah waktu yang tertera kaca monitor komputerku pada saat ini. Higga kini aku masih berjaga. Mungkin kerna diriku terlampau penat hingga tidak mampu melelapkan mata. Penat ! Yupp. Memang benar. Seharian aku bekerja hari ini. Masuk kerja pukul 9 pagi hingga pukul 6.00 petang. Then sambung kerja part time catering Mak Jah dari pukul 6.30 petang sampai 11.30 malam. Dan tika inilah baru aku berpeluang melayari dunia siber yang tidak bersempadan ini.

Emm. Sebenarnya aku terasa seperti kebetulan pula. Rupa-rupanya masih ada insan yang sudi men’tag’kan di kala benak mindaku ketandusan idea untuk memblog. Terima kasih Muznaz di atas kesudian beliau men’tag’ diriku yang tidak serba kekurangan ini. Oklah. Tajuk tag kali ini adalah seperti berikut :

7 Weird Things About Me!

1 – Suka memakai t-shirt hitam kerna bagiku ianya sangat cool. Terlalu banyak bilangan t-shirt hitam dalam koleksi pakaianku. Hinggakan diriku pernah ditegur oleh ibu kerna asyik memakai t-shirt hitam. Dan di sini, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah sama sekali terlibat dengan aktiviti-aktiviti Black Metal. Belia Benci Dadah !

2 – Suka mandi pada waktu malam dalam tempoh masa yang agak lama. Cari ilham kot.

3 – Suka pada kegelapan kerna bagiku ianya sungguh mendamaikan. Kegelapanlah yang dapat membantu tubuh kita tidur dengan nyenyak. Dan tidak lupa selimut hitam yang menjadi faktor pemangkin tidur lenaku.

4 – Suka berimaginasi sepanjang hari tanpa mengira masa serta tempat. Layankan sahaja apa-apa yang berlegar-legar di ruangan minda separa sedar ini. Adakalanya berguna. Dan adakalanya tidak. Gunakan akal yang waras untuk tentukannya.

5 – Suka kumpul tiket-tiket seperti tiket wayang @ tiket bas serta kad-kad prepaid. Dan tidak ketinggalan juga resit-resit dari mesin ATM. Entahlah. Aku pun tidak pasti kenapa aku berbuat demikian.

6- Suka modifikasi barang-barang persendirian seperti komputer, kereta, motor dan handphone. Mungkin kerna aku inginkan kelainan serta identiti tersendiri.

7 – Suka buat design tanpa halatuju @ konsep yang jelas. Kebanyakan design yang aku buat adalah secara spontan. Kebanyakan berdasarkan pada kehidupan aku sendiri. Yupp. Kehidupan ini pasti ada turun serta naiknya. Itulah hakikat roda kehidupan yang perlu kita tempuhi dengan tabah.

Oklah. Rasanya dah cukup 7. Pasti aku dicop mengada-ngada andainya aku buat lebih dari itu. Betul kan? Dan sekarang, tibalah masa untuk aku tag 7 manusia pelik (ataupun boleh dikatakan bertuah) iaitu:

1 – Pak Ngah
2 – Ajurina
3 – Sankai
4 – Hariz
5 – Azrul
6 – Sejuk
7 – Tongah

Sekian. Terima kasih daun keladi.

14 Respons

  1. aslm..
    hai..
    itu ka perangai awk yg sebenar…
    tpi tak kn tida bju warna putih ka?
    pink ka=)

  2. saya sudah pernah menjawab soalan ini..
    tapi takpe.. saye kopi pes saje yer palie..
    hehe

  3. Ceh….aku telah ditag pulak..hahaha petang sket la aku buat ek.pagi ni bz plak..hahah brani ko tag aku.nanti aku tag ko pulak…mihahahahahaha

  4. hitam itu menawan..
    salamzz..

  5. oh, aku di-tag..
    alright, coming up, maybe malam ni..

  6. ceh..aku dah jawab tag ko pali..pi la baca sane

  7. kene la plak…
    nanti aku wat…
    tgh cari ape yang pelik kat aku…

  8. aku dah buat tag yg dikehendaki!
    aku juga pelik rupanya! damn..

  9. salam Palie… thnks singgah blog i ya! nice blog!

    7 weird thing? i dh kena tag benda ni dh lama dah.. by da way, i pon dulu suka collect movie tic’ then bila dh lama tu naik semak plak kertas2 tu..

    p/s: Almost a year i tried to change my blogspot to wordpress, i manage to do with their own template, but when i browse new template, i dunno how to change it.. (w/pon free) dun mind to share with me? many thnks.

  10. “Suka mandi pada waktu malam dalam tempoh masa yang agak lama. Cari ilham kot”
    mencari ilham?? per ko buat arr lelamer??? haahahahaha…..

  11. eliy – ada laa baju putih…. tapi saye lebih gemar t-shirt hitam…. hehehe…

    ajurina – bagus2… semangat camni kite nak…

    sejuk – ko tag laa aku… aku x gentar…

    broken_nigina – betul tu… hitam itu emas… hahahaa…

    azrul – sesaja dengki nak tag ko…

    chezzy cheese – xde hal laa… tanya jer… insyallah saye tolong kalau mampu…

    truanta – hahaha… ke situ lak ko pikir… aku cari ilham btul laa…

  12. kenapa gambar aku tak kuar..huhuh penat!

  13. errr…
    saya suka hitam..
    baju saya warna hitam..
    blog saya warna hitam..
    etc etc bla bla hitam hitam hitam..
    hitam dan saya sukar dipisahkan..
    saya duduk di negara yang ramai orang hitam..err..bahasa sopan.. berkulit gelap..
    saya suka hitam..
    diingatkan.. WARNA HITAM🙂

    sekian..
    terlalu banyak hitam diserikan putih

    -d0ne-

  14. […] aku pernah membuat TAG ini. Rujuk sini. Namun, untuk tidak menghampakan permintaan beliau, aku buat TAG ini sekali […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: