Cahaya Karma Di Ufuk Timur…

Cahaya Karma Di Ufuk Timur…

Hingga saat dan detik ini, diriku masih dalam mood ke’lost’an. Pasti mengambil masa yang agak panjang untuk pulih seperti sediakala. Halatuju? Itulah yang masih berlegar-legar di kotak mindaku. Sukar untuk mengenepikannya. Apakah tujuan utama hidup di alam fana ini? Mungkin terlalu banyak pendapat untuk persoalan ini. Masing-masing ada citarasa serta pendirian tersendiri. Terserahlah. Tepuk dada, tanyalah iman. Persoalan ini sukar dibahaskan kerana tiada penghujungnya. Sama seperti persoalan ‘makan’. Makan untuk hidup atau hidup untuk makan? Aku rasa masing-masing ada jawapan tersendiri. Jadi, tidak perlulah diperbangkitkan lagi persoalan-persoalan ini.

Entahlah. Mungkin aku perlu lakukan sesuatu perubahan secara drastik. Sepertimana kata-kata yang diluahkan oleh seorang temanku, “Berfikir terlalu banyak tidak membantu andainya tiada disusuli sebarang tindakan”. Aku akui ada benarnya di sebalik kata-katanya itu. Dalam maknanya. Tersirat serta tersurat. Seperti ada satu dorongan yang kuat untuk aku bertindak sebelum terlewat. Dan juga sebelum aku menyesal di kemudian hari. Agar nasi tidak menjadi bubur. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Bak kata orang-orang lama, hidup ini perlukan pengorbanan. Tiada manisnya sebuah kejayaan tanpa kepahitan keringat yang mengalir membasahi bumi. Adakalanya kita terpaksa melepaskan sesuatu yang amat berharga pada diri kita semata-mata untuk mengecapi erti sebuah impian. Impian? Apakah impian aku di kala ini? Menjejak kaki di menara gading. Mungkin itulah jawapan yang terpacul dari mulutku andainya ditanya ketika aku masih di bangku persekolahan. Tapi sekarang? Huh. Pasti aku mengeluh sendirian. Agak keberatan aku untuk menjawab persoalan itu. Seolah-olah aku kehilangan halatuju hidup. Tiada matlamat yang jelas. Kronik. Ahh. Biarkan masa yang menentukannya. Moga-moga perjalanan hidupku sentiasa dirahmati-Nya. Amin.

16 Respons

  1. amiiin..
    gua doakan sama..🙂

  2. aslm..
    amin ..
    eliy doakn agar segala impian awk akn terlaksana..
    berusaha la selagi mampu=)

  3. betol2…
    bila masa skool cakap nak masok u..

    bila dah masok..
    ntah lah..hanyut kemana2 ntah…

    btw…wish the best for yaa…

  4. urmm.. rasenya awk tak prlu buat perubahan trlalu ‘drastik’ palie..
    people change. and I change too..

    slow-slow la berubah.. jgn trlalu cefat or memaksa..
    byk kn brdoa. amin.

    p/s: boleh saya dptkn email awk?
    nti tinggal kn kat shoutbox di blog saya ya!
    tengkiu🙂

  5. oppsss.. lupa lak, thnks link kn blog sy ke blog awk! sy pon dh link kan juga..

  6. berfikir terlalu banyak tidak membantu andai tiada disusuli sebarang tindakan-aku setuju! berfikir tu bagus tpi berfikir terlalu banyak sehingga diluar pengetahuan kita….ermmm, mmg bole giler kalau fkir2 sgt ney. tapi kalau berubah terlalu drastik pon kite sndiri yg tak selesa palie.. hanya kita tau ape yg terbaik untuk diri sndiri.. pilih jln yg sesuai dan jgn berpatah semula! teruskan sampai tercapai apa yang diimpikan;) aminnnn..

  7. berehat sebentar enche’ lucca,
    walaupun iklan petronas mengajar kita
    “berjalan mesti ke depan, bukan ke belakang”,
    tapi bagi aku,
    kadangkala kita perlu ambil satu langkah ke belakang,
    dan lihat semula arah tuju kita,
    kerana walaupun berjalan mesti ke depan,
    kita mungkin tersilap langkah,
    take a step back, rehat sebentar.

  8. broken nigina – thanx…

    eliysuriyatie – yupp… hidup mesti diteruskan walau apapun rintangan mendatang…

    ee – hanyut? sama cam laa ‘lost’ laa kan?

    chezzy cheese – saye dah kasi emel saye… thanx sbb add link blog saye…

    rina – thanx for ur advise… really appreciate it…

    azrul – aku perlu berehat agaknya… minda dah penat ni…

  9. salam…

    selamat ber puasa jgk! semoga segalanya berjalan dengan lancar🙂

  10. masa terlalu singkat utk kita selesaikan banyak benda…so, jgn duduk dan terus berpikir…

  11. okey2.. ermm, aku pon bkn pandai sgt bab2 ni sbb aku pon tgh berusaha teruskan hidup. cuma satu- jgn menyesal dgn apa pon tndakan yg penah kau buat!

    sesungguhnya diri kita adalah seperti apa kita pada hari ni kerana tindakan dan keputusan kita yang lepas. jadi buatla tindakan dan keputusan yang terbaik untuk masa depan! jgn ragu2 n stand fr ur own right! lgi pon kita tak kan tau selagi kita tak cuba kan?

    aku doakan kau berjaya dengan apa pon yg kau buat dan bakal buat- mcm ptn n kpli tuh;) gud luck!

    p/s: sory tulih pepanjang.. aku nak wat blog sendirik tp blom lg berkesempatan.. huhu.. lps sttl psm ni sume pasti wujud blog aku! yeay!

  12. dalam bulan ramadhan ni ko muhasabah diri..
    apa yang ko dah buat..
    dah achieve..
    ape yg tak buat lagi..
    pastu baru gerak balek..
    hehe
    samat berpose yer palie..

  13. […] Lucadjiwa 2. Azrul Astronout 3. Brader Sankai 4. Neutronics 5. Misz […]

  14. Selamat Berpuasa Palie…Semoga Puasa Anda dan amalan2 diberkati dan diterima Allah…Gua Doakan Lu Sentiasa bersemangat Untuk Membuat Terawih Sebanyak 20rakaat sampai habis ramadhan…hehehe….

  15. fiza – insyallah…

    sankai – yupp.. btul kata2 saudara itu…

    rina – emm… jadikan yang apa yang berlaku sebelum ini sebagai panduan kite di masa depan…

    ajurina – selamat berpuasa gak utk ko…

    sejuk – nanti aku wat tag tu…

    hariz – marilah sesama kite berpuasa serta terawih secukupnya…

  16. adoi..nape sdih2 ni?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: