Berpuasa Itu Indah…

Sedar-sedar, bulan Ramadhan kembali tiba. Rasanya baru semalam ianya berlalu. Entahlah. Aku dapat rasakan masa kini berlalu dengan pantas. Yupp. Masa itu emas. Dan masa juga tidak akan menunggu kita semua. Jadi, hargailah setiap detik-detik masa yang berlalu. Luangkanlah masa dengan sesuatu yang bermanfaat kepada diri sendiri serta tidak menyusahkan orang lain.

Oklah. Berbalik kepada topik puasa. Aku sedar diriku ini bukanlah baik sangat. Namun, sebagai seorang muslim, aku tidak pernah merasakan puasa ini satu bebanan. Dan aku sedar tentang kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan ini. Sempena bulan yang mulia ini, aku amatlah berharap agar diriku dapat berubah ke arah kebaikan. Hijrah. Ataupun ‘anjakan paradigma’ dalam bahasa saintifiknya. Bak kata pepatah, jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Insyallah. Tiada yang mustahil dalam dunia ini andainya kita rajin berusaha serta bertawakal kepada-Nya.

“Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. “

Andainya dilihat dari sudut pengertiannya, agak mudah kan? Namun, dari segi pengamalannya, tepuk dada dan tanyalah iman sendiri. Adakah iman kita ini sekental tembok keluli waja atau senipis kulit bawang? Entahlah. Siapalah diriku ini untuk menilai iman seseorang. Bagiku, puasa juga merupakan medan latihan kesabaran serta keikhlasan. Dan juga tidak lupa, sifat bertolak ansur sesama sendiri.

Aku Tiada Kepala

“Tiada telinga untuk mendengar perkara-perkara yang tidak elok atau fitnah. Tiada mata untuk melihat maksiat. Tiada mulut untuk menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia dan daripada bertengkar atau bergaduh.”

Begitulah konsep yang aku cuba sampaikan dalam design pada kali ini. Agak sedikit pelik design aku kali ini. Mungkin masih terpengaruh dengan mood ke’lost’an. Sepertimana yang aku katakan pada temanku, “Alaa… Kepala aku layan lost jap.. Tu yang hilang… Nanti lepas sahur… Dia datang balik laa tu…”

Oklah. Selamat berpuasa kepada semua yang sudi membaca blog ini. Sebarang komen yang membina amatlah dialu-alukan. Sekian. Peace !

10 Respons

  1. huhuhuh..seram plak ak tgk badan x bermuka tuuuh…heheheh
    btw..posa nih memang seanang maksud nya…nak bwat tu yang susah tuuh…

  2. Selamat berpuasa bro…

  3. puasa memang indah..time bulan ni lah.. segala penyakit dapat dsembuhkan.. kan mejoriti penyakit datangnya dari usus besar.. enjin (perut) berehat slama sebulan.. bulan ni jg banyak fadhilatnya yg xda d bulan2 lain.. dan kta akan dapatmerasakan keindahannya kalau kta betul2 mengamalkan erti puasa yg sebenar

  4. wow….lawa design…hehehehe..

  5. wah palie…Selamat Berpuasa!! Pakai Stamp Clone ke tu? hehehe…geret la ko hilangkan kepala tu…Nampak sempurna…lepasni aku ingat nak wat cam tu je la sebagai sencored muke……hahahah….

  6. wuwuww invisibleman. eh invisible face :p

    slamat berpuasa😀

  7. perghh..selama nih aku tahu palie tak nampak waktu gelap jer..tapi sekarang waktu siang pun dah x nampak?magik nih…pakai garnier ker?hahahahah

  8. ee – yupp… that’s right… itulah yg aku cuba smpaikan…

    tongah – ok.. selamat berpuasa…

    asmiela – berpuasalah seikhlasnya…

    sankai – tq bro…

    hariz – bleh jer… hahaha…

    ida – invisible dlm dunia siber jer…

    wanmus – main kasar nmpak… hahaha…

  9. Selamat berpuasa. Nice editing. Lawa beg dan baju!😀 Graphic neh

  10. wargh!!!!seram plak aku tgk manusia xde kepala tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: