Hari Ini Aku Bersendirian Lagi…

Marah. Bosan. Kesal. Penat. Emosional. Pasrah. Duka. Sedih. Geram. Sensitif. Sunyi. Rindu. Prejudis. Benci. Kecewa. Tragis. Dendam. Sayang. Kabur. Semuanya berlegar-legar di benak mindaku ini. Dan sememangnya itulah yang bermain-main di jiwaku pada saat dan tika ini.

Sukar untuk aku gambarkan gelora perasaan yang melanda diriku dengan luahan kata-kata. Bagaikan sebuah tepian pantai yang dilanda gelora keras sang badai. Dan pastinya pantai tersebut akan berubah megikut alunan badai. Seperti kata bidalan Melayu, “Sekali air bah sekali pantai berubah.”

“Kenapa badai mendatang di kala aku sedang berbahagia memadu kasih bersama insan tersayang?” Hati kecilku selalu berbisik. Bertanyakan persoalan yang aku sendiri tiada jawapannya. Tiada kepastian yang jelas. Namun, aku tidak pernah merasa menyesal kerna semua yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. Aku perlu redha dengan ketentuan Ilahi yang Maha Berkuasa. Aku hanya insan kerdil yang biasa. Sekadar hanya mampu merancang. Dan segala ketentuan adalah di tangan-Nya.

Tiadakah erti kegembiraan dalam kamus hidupku? Entahlah. Aku pasti diriku akan ketemu sekelumit kegembiraan tidak lama lagi. Mungkin hari ini. Di saat aku menaip entry ini. Dan mungkin juga di hari esok. Ataupun mungkin minggu depan. Bulan depan. Tahun depan. Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui. Aku perlu kuatkan semangat untuk hadapi kenyatan hidup ini. Itulah asam garam serta lumrah kehidupan di alam fana yang sementara ini.

Seperti sebuah roda kehidupan yang selalu berputar. Kadangkala bisa membuat kita berada di bahagian atas dan suatu saat akan tiba masanya di mana kita menjunam berada di bawah. Entah bila dan bagaimana caranya manusia tidak akan pernah tahu.

Sebagai seorang muslim, aku perlu sedar tentang qada dan qadar. Yupp. Aku sedar semua itu. Biarkanlah semuanya berlalu seiring dengan perjalanan masa. Moga-moga ada sinar cahaya baru menerangi hidupku.

24 Respons

  1. rilek la bro…roda kehidupan…selalu dibawah..jarang kita di atas…

    learn to live with it..

  2. Tiadakah erti kegembiraan dalam kamus hidupku? –> Jangan ckp cmni… setiap makhluk yang Allah singgahkan didunia ini pasti diberi cabaran dan dugaan setimpal dengan kemampuannya. Kadang2 kita terasa letih… namun Allah ciptakan sabar untuk membantu kita mengukur segalanya… so… be strong fren🙂 kita pun kadang2 sedey gak.. hihihi..pandai jer nasihat orang…

  3. sankai – btul tu… hakikat kehidupan makhluk bernama manusia…

    fiza – bukan begitu maksud saye… saye cuma berasa tidak gembira 2-3 ari ni… sorry buat awk salah faham..

  4. hidup memang macam tu.. kita kata malang tak berbau.. tapi sebenarnya kita dah lali dengan bau itu, sebab hidup ini memang penuh dengan nasib malang.. teruskan hidup..

  5. rilek bro… take it easy… sok lusa, ko eppy lar..
    just follow the game. things happened unexpectedly… lalala
    come on, u can overcome it!

  6. haih..
    sini lagi banyak kes nak dikenalpastikan. haha

    encik palie.. oh encik palie..

    awak taktau kan? meh saya bitau.. ( mungkin jugak awak dah tau kot )
    saya pun dilanda badai. puff!! terus…pantai berubah!
    kalau dulu indah permai, pasir putih berkilau2, air crystal clear,
    tapi sekarang.. cuma tinggal lumut dan bangkai hidupan laut di tepian pantai.
    sedih?
    takkan lah x sedih! dulu dipuja2 pantai tersebut.
    tapi sekarang, hanya boleh pejam mata cuba kembali ke zmn indah itu sambil hidung masih tersentak2 terbaukan hanyir.
    haih..pathetic kan?
    so….untuk itu apa yg kita boleh buat?

    1- panggil / report pd pihak berkuasa
    2- berpindah ke pantai yang lain
    🙂
    ada cadangan lain kah kawan2???
    sila-sila la tambah🙂

    -d0ne-

  7. sy cadangkan pindah je ke pantai laen..pihak berkuasa pun tak mampu nak buat ape lagi dah kot..

    tp satu hari nnt mane tau pantai tu dgn hebatnye cantek dgn sendiri nya ke..boleh la melawat2 lagi..

    tp bak kate org..jgn berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak..

    ahhh..syoknye mengarut..hehehe

    bertabah encik palie..bertabah! u’ll never walk alone..

  8. Lu pun apa kurangnya.
    bukan main lagi.
    nice blog..

  9. insyaAllah sinar itu pasti datang🙂

  10. Sabar la palie. Ni asam garam kehidupan. Kita perlu redha dan terima apa yang telah ditakdirkan…

  11. Palie, Hidup bersendirian adalah satu perkara dusta belaka…kerana kau masih di dampingi bau bandan manusia lain…..Jangan dipikir barang yang lepas…Anggap je ia sebagai sampah yang tercicir di depan Majlis Bandaraya semasa kau nak bawakkannya ke dalam tong sampah….Jadiklah Manusia Yang giler2 sejati….hahahha…

    No Women ~~ No Cry ~~ No Sacrifice ~ No Victory ~~

    Hahahhahaha….

  12. **1st time masuk sn..tu pun sbb teruja dgn kata2 pakngah.. muahahaha….**

    Kadang2 perasaan rindu tu datang.
    Walaupun tanpa diundang.
    Walaupun suatu masa dulu kita pernah bertekad
    Tidak mahu merindui saat-saat seperti itu
    Nanum apalah sangat tekad seorang manusia
    Mengatakan itu dan ini.
    Tapi apabila tiba masanya,
    Tidak tertunai pun.
    Let it go…
    Slagi kita masih myimpan dendam & amarah
    Slagi tu jiwa kita xkan tenang…Jadilah seorg yg Pemaaf..
    Mungkin sesuatu yang baik pada pandangan kita itu
    Bukanlah sesuatu yang baik juga pada pandangan Tuhan,
    Lantas kita terpaksa menghadapinya.
    Bukankah Tuhan itu lebih mengetahui segala-galanya.

    P/s : ni putus cinta tahun 2005 kan…skang dah 2007…dah 2tahun tue..

  13. palie..
    lek arr bro..
    yang dah lepas tu lepas…juma org lain mana tau..
    hohoho..ak cakap org..tp ak pon sama…keep miss someone…

    but bro..
    if you think by keep miss her..
    just doin that..cause i cheer you a lil bit..

    plus cinta bukan maksud di miliki..
    cukup kita tau kita cinta dia…tu org cakap lahh..
    ak pon tetrt nak paham kan…

    ok?…

  14. […] Palie, sebab sekarang dia jarang update, hehe.. […]

  15. dah la tuh muram-muram en.palie..

  16. erm…aku suka blog ni…aku suka cerita-cerita luka lara cenggini..

  17. Palie, biarkan aku berkongsi dengan kau satu dua cerita nanti……

    nanti….. bukan sekarang……

  18. kegembiraan itu akan selalu ada pada hati2 yang ingin ‘mendengar’…🙂 jgn putus asa k…😉

  19. thanx sekali lagi atas nasihat & pendapat korg semua…

  20. sunyi kerana bersendirian….

    aku tahu perasaan itu…

    apa yang boleh di buat..hanya gembirakan diri sendiri

    cuba berusaha mencapai kegembiraan walaupun terpaksa bertopeng

  21. yupp… aku sedang berusaha utk gembira di tika & saat ini….

  22. huhuhu emang memilukan bro…kadang orang ga begitu mengerti orang yang bener2 patah hati, cm ambil positifnya+hikmahnya aja,jangan menyalahkan diri sendiri key…ahahha…sesuatu yang terjadi tidak akan berubah…cm bagaimana membuatnya be better…pendewasaan coy…mungkin bila saat nanti ente menikah tidak akan terjerumus masalah itu lagi n bisa lebihmengerti n lain2 dah^^

    bila menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT,bila yakin, berdoa,ikthitar,jalin silaturahmi dengan baik dengan kenalan baru,pacaran,lamar…ahahha…InsyaAllah,Wallahu’alam…

  23. wah… bro… kata-katamu benar2 memberangsangkan… positif sekali… thanx…

  24. huuuu duka lara sekali entri ni..biasalah…manusia biasa takkan terlepas dari bersoal jawab dengan nasib diri…kadang rasa tidak adil kan. kenapa aku selalu sedih, kenapa orang lain gembira. tapi tulah, takkan pernah ada puas hati. pasti ada bahagia. cuma tak tahu bila dan di mana. mungkin depan mata, tapi bila dah dikaburi dengan memori lama, susah juga nak nampak cahaya yang terang. aduh jiwang pulak echah.

    rilek palie, semua tu dugaan jer. bila dah sedih2 macam ni kita akan lebih menghargai masa gembira kita. merindu2 masa ceria. rilek ek. jangan blues sangat…

    we’ll be around for you. eceh! take care!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: