Bangkitlah…

Raksasa

Pasrah. Itu sahaja yang dapat aku lafazkan di tika ini. Dan sememangnya itulah yang aku rasakan di saat ini. Perasaan bercelaru. Jiwa bergelora. Minda berkecamuk. Emosi tidak menentu. Argghh. Aku mesti lupakan segala ini. Bukan. Bukan lupakan terus tetapi kurang mengingati dirinya. Agak bodoh diriku ini. Kenapa perlu meratapi perpisahan yang terjadi? Sedangkan si dia tengah berbahagia sekarang ini dengan insan yang dicintainya. Mungkin si dia bergelak sakan apabila mengetahui keadaamku sekarang ini. Entahlah. Luka di jari mudah untuk sembuh tetapi luka di hati sukar untuk disembuhkan. Andainya pulih sekalipun, pasti tertinggalnya parut yang tidak berdarah.

Apa yang telah berlaku benar-benar mematangkan aku. Aku perlu terus memandang ke hadapan. Dan sesekali memandang ke belakang agar menjadi peringatan kepada diriku. Apa yang telah berlalu boleh dijadikan iktibar agar aku tidak mengulanginya lagi di masa hadapan. Hidup perlu diteruskan. Setiap berlaku pasti ada hikmahnya. Itu yang perlu aku dijadikan pegangan hidupku buat masa ini. Agar aku tidak terus hanyut dibuai arus kehidupan. Dan juga tidak jauh tersasar dari landasan yang benar.

Teringat kata-kata seorang temanku. “Kita memang kena jumpa orang yang salah baru jumpa yang betul.” Kesahihan kata-kata itu tidak dapatlah kupastikan. Mungkin temanku itu berbicara di atas pengalaman sendiri. Siapa tahu mungkin ada benar kata-kata tersebut.

“Bukakan kotak mindamu. Bukakan mata hatimu.”
Hati kecilku berbisik. Seolah-olah menyedarkan aku dari lamunan yang panjang. Aku perlu bangkit. Bangkit dari kesuraman hidup. Perlu kembali bersemangat sepertui biasa. Meneruskan hidup seperti sediakala. Tiada gunanya untuk terus menyalahkan diri sendiri dengan apa yang telah berlaku.

Kalau malu, gagal. Kalu segan, sesat. Kalau takut, rugi. Kalau malas, melepas.

P/s : Mungkin ini entryku yang terakhir berbaur emosional. Insyallah entry selepas ini akan lebih santai. Lagipun aku tidak ingin lagi menjadi bahan kutukan Pak Ngah. Peace.

32 Respons

  1. elek bro… smoga ko akan bergumbira di ari² akan dtg. raye tak lame lagi, so jgn la ko brsedih lag.

  2. Wah! Semangat Ramadan!
    Bagus bagus…

    Jgn Emo Emo dah naa..
    Sedih hati beta bila kamu ber-emo emo-an..
    Kerna beta turut serta terheret untuk ber-emo-an dengan kamu nanti
    Hehehe..

    Well, look for the stars high above. You might not see it clearly but it will always be there shining on you🙂

    -d0ne-

    p/s : thanx naa letak link to my blog. *sangat terharu*

  3. bulan² posa nih rilek2lah bro… inikan roda kehidupan… x lama lg ko naik lah ke atas tuh…

    ps: real lah ko nyer editing atas tuh.. ko keje apa?
    pps: tukarlah wishlish ko tuh ke 40D, 30D da nak phase out hehe..

  4. P/s : Mungkin ini entryku yang terakhir berbaur emosional. Insyallah entry selepas ini akan lebih santai. Lagipun aku tidak ingin lagi menjadi bahan kutukan Pak Ngah. Peace.

    sudah terlambatt!!!…
    apa kah tahi diatas itu???

    seb bek ko dok jb la patlie..
    klu hang mai dok sini.. mau hang bebuih mulut macam bonzer baru lepas makan udang.. mau ka mau ka?
    ilek patlie… jadi la jantan yg pawe macam wong lowklat..
    and baidewei.. girl sucks.. sometime…emmm.. always??

  5. Life goes on Palie…

    Good! Lps ni kasi entry yg besh besh sket.. tak mau dah cite luka di jiwa lagi naa.. sbb sy pon luka juga bila baca!

    Slmat brpose!

  6. tq krn add link blog aku disini…sebenarnya aku pun ada personal blog mcm ni….heheh

  7. aku pun terluka jugak..cepat..kembali ke arena membahan.skang aku asyik kene bahan je dengan pngah dan sankai..shet!! meh sapot aku

  8. ada masa ko masuk personal blog aku di

    http://chot.wordpress.com

    aku dah link kan blog kamu disana..

  9. ala…jgnla berenti emo..plz..emo la lagi..emo la…saya janji takkan kutuk….

  10. hohoho..kita x kan terluka kalau x dilukai..tapi ngan terluka kite akan tau mcm mane ianye bole terluka..dan jgn buat ia terluka lagik..

    hohoho..x paham??

  11. okeh bro…mestu dah ceria balik kan ni….igt..lagi dua minggu misi kita masa raya

    ehem..ehem…..

    thanks 4 da link. dah add dah.😀

  12. ok la.. aku pun taknak kutuk dahh..
    emo la.. emo la… v_v
    pst sankai.. conf malam ni.. ada kutuk2.. >:)>:)

  13. hmmm
    semua yg kau cakap tu memang dah berlaku pada aku.
    BBukan nak claim yg aku pun “berkongsi” sama perasaan/apa yang kau rasa.
    Itu hakikatnya. 6 tahun. Itu tempoh masa aku ambil masa nak get over it. Sampai aku tutup pintu hati aku kat mana2 perempuan. Sampai aku tak percaya dgn the so called “true love” tu.
    Tapi hidup mesti terus. Yang jatuh perlu bangun. Yang sudah bangun perlu berjalan. Yang berjalan perlu berlari.
    Yang penting, kita tahu siapa diri kita. Kita tahu apa yang kita mahu.

  14. salam.
    suka duka tawa tangisan, semua tu perencah kehidupan, nikmatilah ! =)

    erm.. saya suka “artwork” kat atas tu, huhu…
    pijak…pijak….

    saya akan berpindah dari blogspot ke blog di myspace. saya mahu mengumpul kembali barang barang yang berterabur, flickrnya, fotopagesnya, blog di blogspot, jadi saya satukan semua di myspace.
    =)

  15. kita mesti kuat yeah!! kuat kuat..mkn biskut tiger byk2

  16. Mahu Exchange Link Juga..

  17. adoi…patlie, dah2 la tu…ko jangan la kenang pompuan2 cam tu…x de gunenye…nanti aku buat tribute untuk ko dengan pola…mau? hahahha

    Kenapa Tuhan memutuskan talian korang berdua…
    1) Maybe pompuan tu baik tetapi tidak cukup baik untuk diriko
    2) Maybe Tuhan nak kasik ko awek lain yang lebih sexy dan ganteng supaya ko x kan carik bini lain.
    3) Maybe kalau ko dengan pompuan tu ko takkan bahagia pada masa akan datang…

    So think Positive…just throw all of her memories to loji or tong sampah kitar semula…ingat, Plastik dalam tong biru…Kertas dalam tong jingga…hik hik hik

  18. bulus san – yupp… aku sedang mencari kegembiraan ni…

    f-tia – yupp… no more emo…

    shutterspeaks – 30D dah outdated yek… hehehe… ok2.. aku tukar 40D lak…

    ngah – ok.. ok.. lepas ni aku jadi lelaki power lak… cam power rangers… kutuk laa…. aku x kisah pun…

    chezzy cheese – luka di jiwa tu lumrah kehidupan…

    sejuk – camne aku nak support ko… problem aku sendiri pun x settle lagi…

    chot – nanti aku masuk personal blog ko tu…

    sankai – ko lak emo… aku dah xde idea nak emo2 ni… dah abis feel…

    faerrin – bernas gak kata-katamu itu…

    kasyah – thanx bro… selamat hari raya…

    nezjoe – yupp… adat bercinta semua itu…

    nota.kematian – saye sedang menikmatinya skang… hehehe…

    minami – saye x suka biskut tiger… x sedap…

    qaiyum – nanti aku exchange link tu yek…

    hariz – ok… think positive…

  19. jgn berpura-pura menyintai jika rasa itu tidak hadir kerana cinta adalah sesuatu yg tidak boleh dirancang atau ditentukan

  20. hohoho..btol2..mensti pandang ke depan…hahaha..
    btw bro..its your blog..u can do whatever u want if u think it relieve u in some sort..dont have to think bout others…

  21. ala palie…ko jgn la berenti emo..teruskan emo..baru best

  22. […] Proses penyucian masih lagi berjalan…Aku cuma tertarik dengan Thread Ini, Thread Ini, Dan Thread Ini yang mengisahkan pengecewaan 2 orang sahabat yang tidak kurang ternoda sebelum bulan puasa oleh […]

  23. macam ultraman lak aku tgk…
    ko tanak jadi superhero ke?

    sori…juz nak wat ko tersenyum…

  24. ye bro palie… bangkitlah! Allahuakbar!😀

  25. Nak bangkit semula tu senang..
    tp tuk melupakan, tu yg susah…

  26. rilek bro.
    kalau dibandingkan dengan apa yg gua alami kepatahan hati lu apa la sangat.Lu kenal dia.Lu pernah berjalan-jalan dengan dia.Lu pernah berbual-bual dengan dia.Lu pernah dengar dan lihat dia ketawa.Dia pernah jadi milik lu,pernah!
    Lu pernah lihat dia.Lu pernah…Lu pernah.
    Gua tak pernah lihat dia.Gua tak pernah berjalan-jalan dengan dia.Gua tak pernah miliki dia.Tapi hati gua hancur macam lu juga.Lu teruk atau gua lagi teruk.
    haha..gua sengaja kasi lu ‘hangat’ bro.😦😦

  27. udoh udoh ler tuuuuu palieeeee..
    lawa gamba

    teruja..

  28. Gua balas jasa lu,
    gua linkkan site lu dlm blog gua.
    gua ‘suka’ lu muram begini.

  29. Hahhaha, palie. Saya tak tahu nak cakap apa. Dari hari pertama kenal, sampai sekarang masih begitu. Masih diulit rasa jiwa yang terluka… Palie… Palie,.,,,

  30. uhuhuhu best2 pulak ayat motivasi dlm entry neh

  31. Ðåãèñòðàöèÿ â Áåëûõ Êàòàëîãàõ 8931 êàòàëîã – 30$
    Ïî âñåì âîïðîñàì ñòó÷àòü â ICQ 374551957

    Registratsija v Belyh Katalogah 8931 katalog – 30$ ICQ 374551957

  32. tolong buktikan dong kebenaran gambar raksasanya??????????????????
    kalo emang ada, baru gue percaya kalo Allah SWT telah menghidupkan Nabi Sebesar yang tak bisa di bayangkan………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: