Evolution Of The Revolution…

Hingga saat ini, mood revolusi masih menguasai diriku. Ataupun lebih tepat menghantui jiwa ragaku. Mujurlah ianya tidak memudaratkan kesihatanku. Dan syukurlah kerna hingga saat ini juga, aku masih berpeluang untuk update blog ini. Alhamdullilah. Tajuk entry kali ini juga berbaur revolusi. Sama konsep dengan tajuk entry yang terdahulu. Mungkin ada kesinambungannya. Mungkin. Terasa ada sedikit kekurangan pada tajuk entry ini. Mungkin ada kesalahan dari segi ‘grammar’nya. Maklumlah. Aku ini bukannya student TESL. English yang aku gunakan pastinya berterabur. Oleh kerna itulah aku lebih gemar menulis entry dalam bahasa ibunda. Tidak globalisasi? Biarlah. Aku menulis blog ini pun sekadar hobi. Bukannya mencari publisiti murahan.

Khutbah Jumaat yang lepas masih terngiang-ngiang di telingaku. “Agak sukar untuk mewujudkan rasuah sifar di kalangan masyarakat kini yang lebih memandang harta kebendaan.” Yupp. Ada kebenaran kata-kata itu. Aku sedar. Di zaman serba canggih ini, hampir semua perkara perlukan duit. “Bukan semua benda boleh dibeli dengan wang ringgit.” Aku percaya ada yang berkata demikian. Cuba fikirkan. Mampukah kasih sayang membeli susu tepung untuk anak-anak? Dapatkah cinta membayar kos perkahwinan? Benarkah rayuan melalui kata-kata dapat melepaskan diri dari membayar saman JPJ? Semuanya memerlukan duit. Hatta hendak masuk ke tandas awam pun perlukan duit. Tanpa 20 sen, kita tidak boleh menggunakannya.

Berbalik kepada isu rasuah tadi, mungkin kita tidak mampu menjadikan sifar. Namun, aku percaya kita boleh mengurangkan aktiviti tidak bermaruah ini andainya semua pihak berganding bahu. Mungkin satu revolusi besar-besaran perlu dilakukan agar keadilan serta kebenaran dapat ditegakkan. Ya. Aku bukannya mampu mencetuskan revolusi negara. Relovusi diri sendiri pun agak sukar untuk dilakukan. Jadi, aku memang tidak layak untuk membicarakan revolusi untuk sesebuah negara. Suara seorang individu kerdil seperti aku ini tidak mampu mengubah apa-apa. Mungkinkah aku hanya mampu membuat revolusi percintaan. Haha. Aku bukannya sasterawan negara yang bisa membuatkan wanita mengalir air mata hanya melalui tulisan. “Jangan mencintai seseorang seperti bunga kerna bunga mati di kala musim berganti, cintailah seseorang seperti laut kerna laut mengalir buat selamanya.” Barangkali kata-kata ini sesuai menjadi pegangan buat masa ini. Ya. Buat masa ini. Di kala aku masih belum menemui cinta yang sejati. Cinta yang tulus ikhlas.

Ok. Lupakan persoalan cinta. Biarlah takdir serta masa yang menentukannya. Dan sempena tahun 2008 yang semakin hampir, aku sudah nekad untuk berazam. Rasanya sudah agak lama aku tiada azam. Mungkin kerna itu hidupku agak kucar-kacir kebelakangan ini. Tiada halatuju yang jelas. Kali ini, aku betul-betul berazam untuk mengubah cara hidupku. Aku mahu berubah untuk menjadi insan yang lebih baik. Tinggalkan segala tabiat yang tidak menepati ciri-ciri seorang Muslim. Dan juga lebih berjimat-cermat agar tidak boros dalam perbelanjaan seharian. Mungkin wang simpanan itu akan digunakan dalam urusan perkahwinan nanti. Kahwin? Aku sendiri pun tidak pasti bila ianya bakal terjadi. Calon pun belum ketemui. Entahlah. Kuharapkan ada sinar cahaya baru dalam kehidupanku seiring dengan perhijrahanku ke Kuala Terengganu ini. Moga-moga hidupku lebih dirahmati oleh-Nya. Amin.

P/s : Maaflah andainya entry aku akhir-akhir ini agak merapu. Hanya berbicara tentang revolusi yang tidak tahu di mana pucuk pangkalnya. Dan mungkin juga entry ini agak membosankan. Atau mungkin menjengkelkan. Ahh. Biarkan semua itu. Aku menulis apa yang bersarang di minda ini. Minda seorang insan yang mempunyai sifat ingin tahu.

Revolusi Minda Pencetus Kreativiti…

Tajuk yang agak aneh kan? Sebenarnya ianya adalah slogan yang aku cipta untuk Festival Multimedia sempena Karnival Kerjaya’07 di UTM Skudai pada awal tahun ini. Slogan itu sebenarnya tiada kaitan pun dengan entry kali ini. Tetapi tidak mengapa. Aku cuma ingin menyelitnya di sini. Hanya sekadar mengimbas kenangan indah yang baru berlalu. Ahh. Lupakan sahaja.

Dan di saat yang berlalu ini, barulah aku tersedar. Rasanya sudah agak lama aku tidak update blog ini. Dan seperti biasa juga, aku pasti akan menyalahkan sesuatu di atas apa yang berlaku. Haha. Demam raya di bulan Syawal yang harus dipersalahkan buat kali ini. Ianya benar-benar membantut kreativitiku untuk menulis. Dan buat seketika, rasa bersalah yang teramat sangat pada blog ini menyelinap pantas ke seluruh liang-liang rongga di jiwaku. Terasa seperti kekosongan pada diri ini apabila tidak mencoret sesuatu di dalam blog ini. Seolah-olah menjadi rutin harian untuk diselesaikan. Rasa tidak lengkap tanpanya. Emm. Aku melalut lagi seperti kebiasaan. Kebiasaan bagi seorang insan yang masih mencari halatuju hidupnya.

Berbekalkan monolog yang sedia ada berserta hari yang penuh emosi, akhirnya aku gagahi diriku untuk menaip entry. Keharu-biruan hidupku sebelum ini benar-benar memangkin kemalasan diriku. Terasa diri ini ingin berterbangan bebas di angkasa biru bagaikan sang helang yang dibawa arus kabus ribut. Bebas sebebasnya. Tiada bebanan yang merungsingkan jiwa. Tetapi, apakan daya. Semua itu hanyalah illusi ataupun imaginasi yang tidak tercapai oleh kewarasan akal. Aku mengerti. Diri ini hanyalah insan kerdil yang perlu menjalani arus kehidupan. Perlu peka terhadap perubahan sekeliling. Perlu pantas bertindak mengikut arus kemajuan. Perlu tabah untuk menghadapi dugaan yang mendatang. Perlu prihatin dengan sesuatu yang terjadi. Perlu matang dalam membuat keputusan. Perlu bijak mengambil peluang yang hadir. Dan pelbagai lagi keperluan hidup yang perlu dipenuhi samada terdaya atau tidak.

Dan buat julung kali pertamanya aku tidak mahu berbicara tentang isu-isu terkini seperti Program Angkasawan Negara, Sambutan Hari Raya Aidilfitri mahupun kes Nurin Jazlin. Bukannya aku tidak mengikuti perkembangan media massa. Cuma aku terasa ingin lari dari kebiasaan. Dengan kata lain, aku ingin bereksperimentasi dengan kemampuan aku sendiri. Aku tidak mahu terlalu terikat ataupun terikut-ikut dengan trend masa kini. Biarlah aku dengan skop penulisan tersendiri. Pasti ada yang berpendapat tindakan ini mampu menyempitkan skop penulisan aku. Persetankan semua itu. Setiap insan punya gaya serta stail tersendiri. Lagipun aku tidak rugi apa-apa andainya eksperimentasi ini tidak menjadi. Berani buat, beranilah tanggung risikonya. Satu revolusi yang ingin aku lakukan di saat ini. Revolusi = Evolusi. Apakah perbezaan antara 2 perkataan ini. Hingga kini, aku masih tercari-cari jawapannya. Ada sesiapa yang mampu menghuraikan definisi 2 perkataan tersebut?

Program Angkasawan Negara
Ada pro serta kontranya. Malas untuk aku memperkatakannya. Masing-masing masih waras untuk berfikir. Dan pastinya berbeza pendapat.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Tiada apa yang istimewa untuk tahun ini. Sama seperti tahun-tahun yang sudah. Balik kampung. Hias rumah. Sembahyang raya. Bertemu sanak-saudara serta sahabat handai. Bersalam-salaman. Makan kuih raya. Bunyi mercun kedengaran. Tiada lagi duit raya. Itu sahaja.

Kes Nurin Jazlin
Sudah lama berlalu sebenarnya. Cuma aku tidak berkesempatan untuk membuat entry berkenaannya. Entahlah. Tidak perlulah terlalu mengenang insan yang telah pergi. Kita semua yang masih bernafas ini pun akan pergi jua suatu hari nanti. Cuma masa sahaja berbeza di antara satu sama lain. Mungkin esok. Mungkin lusa. Mungkin minggu depan. Mungkin bulan depan. Tiada siapa yang mampu meramalnya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Yang penting, hidup ini mesti diteruskan. Usahlah terlalu mengenangi insan yang sudah tiada.

“Yang terlihat dan terdengar kekadang berbeza dengan kenyataan.” Ungkapan untuk hari ini. Fikir-fikirkanlah dengan bijaksana. Pasti akan ketemu dengan maksud yang tersurat serta yang tersiratnya.

P/s : Sebenarnya aku sudah bekerja di Terengganu. Syarikat KRIM Network. KRIM itu adalah singkatan Kelab Remaja Islam Malaysia. Secara rasminya, hari ini adalah hari ke-3 aku bekerja di sini sebagai Multimedia Designer. Adakah ini revolusi kehidupan yang sedang aku lakukan di saat ini? Ataupun evolusi kehidupan. Entahlah.

Dua Dalam Satu…

2 dalam 1. Dua tag disiapkan serentak dalam satu entry. Mesti ada yang tertanya-tanya. Biasalah. Kemalasan serta demam hari raya benar-benar memberi impak maksima kepada diriku dalam penghasilan entry kali ini. 2 tag dari Musnaz terpaksa digabungkan dalam satu entry. Menjimatkan masa serta lebih praktikal. Haha. Alasan skema yang terpaksa aku guna untuk melepaskan diri untuk kali ini.

Tag Yang Pertama : Interview Posa & Rayaku

*Sejak bila anda mula berpuasa penuh? – Entah. Tidak pasti. Rasanya Darjah 2 kot.

*Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya? – Rasanya tidak pernah kot.

*Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun? – Yupp. Semestinya bagi seorang lelaki yang macho. Hehe.

*Juadah apakah yang menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka? – Juadah masakan ibu sendiri.

*Lagu raya manakah yang anda suka? – Lagu-lagu raya yang lama-lama. Susah nak ingat semua tajuk lagu raya.

*Tahun ini anda beraya di mana? – Beraya di rumah datuk sebelah ibu. Kuala Terengganu.

*Pernahkan anda bertugas di hari raya – Tidak pernah.

*Apakah kenangan paling manis di hari raya? – Emm. Masa kecil-kecil kot. Time kumpul duit raya bersama-sama dengan sepupu.


Tag Yang Kedua : Paradigma Rayaku !

Apa erti Hari Raya pada korang??
Dari kaca mata seorang muslim, Hari Raya adalah hari untuk meraikan kejayaan melawan nafsu di bulan Ramadhan. Dari segi perspektif aku pula, Hari Raya adalah hari untuk berjumpa sanak-saudara yang tercinta.

Apa yang wajib korang buat bila Hari Raya Menjelma?
Bersalaman memohon kemaafan.

Pernah tak korang rasai Malam Lailatul Qadar??
Entahlah. Tidak pernah kot.

Bape Banyak Duit Raya pernah korang dapat??
Lebih RM100.

Kuih ape paling korang Suke Makan Masa Hari Raya??
Emm. Kuih Batu Buruk.

Letak gambar kenangan korang Masa Raya yang tak dapat dilupakan
Hahaha. Gambar Hari Raya ada kat kampung + malas nak letak.

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA !
MAAF ZAHIR BATIN !

P/s: Terima kasih kepada Abang Bulus sebab sudi membuat ambigram untuk aku. Jasamu aku kenang hingga akhir hayat. Hahaha. Peace.

Ambigram Palie

Satu…

Rasanya seperti kelewatan sedikit untuk aku menyiapkan tag dari Azrul ini. Satu. Tajuk tag yang agak ‘simple’. Dan sepatutnya tidak memakan tempoh masa yang lama untuk disiapkan. Entahlah. Seperti biasa, aku memang tidak mengerti mengapa aku terasa kemalasan yang amat sangat. Mungkin juga kerna demam hari raya sudah menguasai seluruh jiwa nuraniku. Jadi di saat yang masih ada ini, aku gagahkan diri untuk menyiapkan tag ini. Layankan.

Capture a screen shot of your desktop.

Desktopku

Dan inilah rupabentuk fizikal desktop komputer aku. Aku lebih sukakan sesuatu yang ‘simple’. Bagiku ‘simple’ itu lambang korporat dan eksklusif. Cubalah perhatikan advertisement yang terdapat di media massa sekarang ini. Kebanyakan lebih ke arah rekabentuk yang ‘simple’ serta tidak terlalu kompleks. Janji ianya mampu menarik perhatian pengguna. Sekadar pendapat dari diriku yang baru 2 tahun berkecimpungan dalam kerjaya grafik. Mungkin ada yang tidak bersetuju. Terpulanglah pada pendapat setiap individu.

Hujung Minggu Yang Santai…

Sedar-sedar, sudah masuk beberapa episod kisah luka lara dalam blog aku ini. Rasanya sudah sampai masanya untuk aku tamatkan episod luka lara ini. Agar ianya tidak tersebar menjadi penyakit wabak epidemik. Mungkin aku akan menyambungnya di dalam versi berlainan pula nanti. Mungkin versi novel. Ataupun versi drama. Hahaha. Aku hanya katakan mengenai kemungkinan sahaja. Aku tidak berjanji untuk melaksanakannya. Malah, hingga saat ini, tiada satupun tanda-tanda yang menunjukkan ke arah itu.

Seperti yang aku janjikan sebelum ini, tiada lagi entry yang berbaur emosional. Takut-takut ada yang meluat lantas memuntahkan cecair hijau dari mulut. Lantas membatalkan puasa yang telah diusahakan seharian. Jadi, untuk keuntungan kedua-dua belah pihak maka terhasillah entry kali ini. Ahh. Jauh nampaknya aku merepek. Sebenarnya terlalu banyak aku nak coretkan di sini. Idea datang mencurah-curah laksana cecair amylase yang mengalir melalui liang-liang esofagus. Namun, kekangan masa sebelum ini benar-benar menghalang aku berbuat demikian. Aku tidak menyalahkan masa tapi sekadar menganggap ianya sebagai pemangkin ke arah itu. Haha. Alasan semata-mata. Alasan yang dizahirkan oleh minda separa sedar.

Padat. Itulah yang dapat aku ringkaskan mengenai carta kehidupan pada minggu lepas. Aku cuba simpulkannya seperti yang tertera di bawah. Kemalasan benar-benar menguji keimananku di bulan Ramadhan ini. Ahh. Biarkanlah. Aku tidak peduli lagi semua itu. Coretkanlah apa yang aku suka di blog ini. Tiada siapa yang marah. Hanya sekadar komen serta kritikan sahaja yang bakal aku terima. Jadi, mengapa harus takut untuk mencoret segala yang tersimpan di benak minda ini. Mungkin ada yang suka. Mungkin juga ada yang benci. Persetankan semua itu. Masing-masing ada kehendak serta citarasa sendiri. Huh. Aku melalut lagi.

27 September 2007
Aku bekerja sperti biasa pada siang harinya. Agenda yang sebenarnya bermula tepat pada pukul 6.00 petang. Yupp. Sekali lagi aku membuat catering secara part-time dengan Mak Jah Cafe. Rujuk entry yang lepas berkenaan Mak Jah Cafe. Kali ini, rumah Naib Canselor sekali lagi membuat Jamuan Berbuka Puasa serta Sambutan Hari Lahir. So untuk hari itu, terpaksalah krew Mak Jah (termasuklah aku) bekerja keras sedikit. Maklumlah terpaksa menyediakan hidangan sebanyak 3 kali. Kali pertama semasa berbuka puasa. Hidangan kedua selepas solat Maghrib dan hidangan yang terakhir adalah selepas solat Terawih.

28 September 2007
Hari ini agak bersejarah dalam hidupku. Akhirnya, termakbul doaku setelah lama bercita-cita untuk melawat Rumah Anak-Anak Yatim. Hari ini aku hanya bekerja separuh hari kerna Program Ke Rumah Anak-Anak Yatim Muar anjuran Kelab Kaunseling & Kerjaya (KKDK) UTM Skudai bermula pukul 12.00 tengahari. Tanpa segan-silu, aku memohon cuti kerja separuh hari dari boss aku semata-mata ingin mengikuti program yang bernama ‘Program Jalinan Kasih‘ ini. Perjalanan ke Muar dari Skudai memakan masa hampir 3 jam. Rombongan kami tiba di sana pada pukul 3 petang. Program bermula dengan ucapan serta taklimat serba ringkas dari pihak penyelia Rumah Anak-Anak Yatim. Kemudian, kami meneruskannya dengan aktiviti ‘Ice-Breaking’ dalam LDK (Latihan Dalam Kumpulan) dan diikuti dengan aktiviti Dynamic Games. Acara diteruskan dengan Majlis Penyampaian Sumbangan Hadiah yang berupa diari-diari serta papan carrom kepada anak-anak yatim. Tersentuh hati kecilku apabila melihat telatah serta keriangan yang tergambar di wajah mereka. Alhamdullilah. Itu sahaja yang dapat aku ucapkan. Terasa begitu pantas masa berlalu. Sedar-sedar, waktu berbuka puasa tiba. Aku mengambil kesempatan yang ada untuk menjamu selera bersama anak-anak yatim ini. Kami hanya menjamah sedikit buah kurma serta kuih-muih sebelum bersama-sama mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah. Dan acara berbuka diteruskan kembali setelah selesai menunaikan solat. Dan di saat ini aku berpeluang untuk beramah mesra serta mengenali mereka dengan lebih dekat. Program ini diakhiri dengan seisi bergambar bersama-sama dengan semua pihak yang terlibat.

Program Jalinan Kasih

29 September 2007

Pada tarikh ini, satu majlis berbuka puasa yang bernama ‘Program Al-Mubarakah‘ telah diadakan oleh KKDK di Kolej Tun Razak UTM Skudai. Di sini, barulah terasa keakraban hubungan di antara ahli-ahli KKDK di mana hidangan serta juadah berbuka puasa dimasak secara beramai-ramai sebelum majlis berbuka puasa bermula. Sebenarnya, gotong-royong ini telah bermula pada pagi semalam. Aku hanya sempat menolong setelah Program Jalinan Kasih selesai pada sebelah malamnya.

Program Al-Mubarakah
30 September 2007
Dan pada tarikh ini aku hanya tidur bergelimpangan di rumah sahaja. Kononnya nak menghilangkan keletihan terlampau sambil bersantai-santai menenangkan minda yang berserabut. Huh. Alasan untuk bermalas-malasan di hujung minggu. Pada sebelah petang, aku sekadar menemani sahabatku ke Plaza Angsana. Di sana nanti, sempatlah aku mencuci mata sambil mencari baju raya. Begitulah bisikan hati serta niat awalku. Namun kesadisanku memang terserlah. Rupa-rupanya duit gajiku belum lagi masuk. Nampaknya terpaksalah sekadar menenami sahabatku. Di Plaza Angsana ini, kemeriahan memang terasa. Kesibukan serta kehiurk-pikukan masyarakat di sini seolah-olah hari raya bakal menjelang esok. Ianya benar-benar mengamit kenanganku sewaktu kecil. Nostalgia katakan.

Oh ya. Aku hampir terlupa untuk berterima kasih pada Musnaz dan juga Azrul kerna sudi tag aku. Muznaz 2 tag. Azrul 1 tag. Nanti aku siapkan secepat mungkin apabila kelapangan menjengah aku. Hehehe. Oklah, tamat di sini entry kali ini. Lain masa, aku berceloteh panjang lagi. Itupun andainya ada yang sudi baca. Chow.