Hujung Minggu Yang Santai…

Sedar-sedar, sudah masuk beberapa episod kisah luka lara dalam blog aku ini. Rasanya sudah sampai masanya untuk aku tamatkan episod luka lara ini. Agar ianya tidak tersebar menjadi penyakit wabak epidemik. Mungkin aku akan menyambungnya di dalam versi berlainan pula nanti. Mungkin versi novel. Ataupun versi drama. Hahaha. Aku hanya katakan mengenai kemungkinan sahaja. Aku tidak berjanji untuk melaksanakannya. Malah, hingga saat ini, tiada satupun tanda-tanda yang menunjukkan ke arah itu.

Seperti yang aku janjikan sebelum ini, tiada lagi entry yang berbaur emosional. Takut-takut ada yang meluat lantas memuntahkan cecair hijau dari mulut. Lantas membatalkan puasa yang telah diusahakan seharian. Jadi, untuk keuntungan kedua-dua belah pihak maka terhasillah entry kali ini. Ahh. Jauh nampaknya aku merepek. Sebenarnya terlalu banyak aku nak coretkan di sini. Idea datang mencurah-curah laksana cecair amylase yang mengalir melalui liang-liang esofagus. Namun, kekangan masa sebelum ini benar-benar menghalang aku berbuat demikian. Aku tidak menyalahkan masa tapi sekadar menganggap ianya sebagai pemangkin ke arah itu. Haha. Alasan semata-mata. Alasan yang dizahirkan oleh minda separa sedar.

Padat. Itulah yang dapat aku ringkaskan mengenai carta kehidupan pada minggu lepas. Aku cuba simpulkannya seperti yang tertera di bawah. Kemalasan benar-benar menguji keimananku di bulan Ramadhan ini. Ahh. Biarkanlah. Aku tidak peduli lagi semua itu. Coretkanlah apa yang aku suka di blog ini. Tiada siapa yang marah. Hanya sekadar komen serta kritikan sahaja yang bakal aku terima. Jadi, mengapa harus takut untuk mencoret segala yang tersimpan di benak minda ini. Mungkin ada yang suka. Mungkin juga ada yang benci. Persetankan semua itu. Masing-masing ada kehendak serta citarasa sendiri. Huh. Aku melalut lagi.

27 September 2007
Aku bekerja sperti biasa pada siang harinya. Agenda yang sebenarnya bermula tepat pada pukul 6.00 petang. Yupp. Sekali lagi aku membuat catering secara part-time dengan Mak Jah Cafe. Rujuk entry yang lepas berkenaan Mak Jah Cafe. Kali ini, rumah Naib Canselor sekali lagi membuat Jamuan Berbuka Puasa serta Sambutan Hari Lahir. So untuk hari itu, terpaksalah krew Mak Jah (termasuklah aku) bekerja keras sedikit. Maklumlah terpaksa menyediakan hidangan sebanyak 3 kali. Kali pertama semasa berbuka puasa. Hidangan kedua selepas solat Maghrib dan hidangan yang terakhir adalah selepas solat Terawih.

28 September 2007
Hari ini agak bersejarah dalam hidupku. Akhirnya, termakbul doaku setelah lama bercita-cita untuk melawat Rumah Anak-Anak Yatim. Hari ini aku hanya bekerja separuh hari kerna Program Ke Rumah Anak-Anak Yatim Muar anjuran Kelab Kaunseling & Kerjaya (KKDK) UTM Skudai bermula pukul 12.00 tengahari. Tanpa segan-silu, aku memohon cuti kerja separuh hari dari boss aku semata-mata ingin mengikuti program yang bernama ‘Program Jalinan Kasih‘ ini. Perjalanan ke Muar dari Skudai memakan masa hampir 3 jam. Rombongan kami tiba di sana pada pukul 3 petang. Program bermula dengan ucapan serta taklimat serba ringkas dari pihak penyelia Rumah Anak-Anak Yatim. Kemudian, kami meneruskannya dengan aktiviti ‘Ice-Breaking’ dalam LDK (Latihan Dalam Kumpulan) dan diikuti dengan aktiviti Dynamic Games. Acara diteruskan dengan Majlis Penyampaian Sumbangan Hadiah yang berupa diari-diari serta papan carrom kepada anak-anak yatim. Tersentuh hati kecilku apabila melihat telatah serta keriangan yang tergambar di wajah mereka. Alhamdullilah. Itu sahaja yang dapat aku ucapkan. Terasa begitu pantas masa berlalu. Sedar-sedar, waktu berbuka puasa tiba. Aku mengambil kesempatan yang ada untuk menjamu selera bersama anak-anak yatim ini. Kami hanya menjamah sedikit buah kurma serta kuih-muih sebelum bersama-sama mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah. Dan acara berbuka diteruskan kembali setelah selesai menunaikan solat. Dan di saat ini aku berpeluang untuk beramah mesra serta mengenali mereka dengan lebih dekat. Program ini diakhiri dengan seisi bergambar bersama-sama dengan semua pihak yang terlibat.

Program Jalinan Kasih

29 September 2007

Pada tarikh ini, satu majlis berbuka puasa yang bernama ‘Program Al-Mubarakah‘ telah diadakan oleh KKDK di Kolej Tun Razak UTM Skudai. Di sini, barulah terasa keakraban hubungan di antara ahli-ahli KKDK di mana hidangan serta juadah berbuka puasa dimasak secara beramai-ramai sebelum majlis berbuka puasa bermula. Sebenarnya, gotong-royong ini telah bermula pada pagi semalam. Aku hanya sempat menolong setelah Program Jalinan Kasih selesai pada sebelah malamnya.

Program Al-Mubarakah
30 September 2007
Dan pada tarikh ini aku hanya tidur bergelimpangan di rumah sahaja. Kononnya nak menghilangkan keletihan terlampau sambil bersantai-santai menenangkan minda yang berserabut. Huh. Alasan untuk bermalas-malasan di hujung minggu. Pada sebelah petang, aku sekadar menemani sahabatku ke Plaza Angsana. Di sana nanti, sempatlah aku mencuci mata sambil mencari baju raya. Begitulah bisikan hati serta niat awalku. Namun kesadisanku memang terserlah. Rupa-rupanya duit gajiku belum lagi masuk. Nampaknya terpaksalah sekadar menenami sahabatku. Di Plaza Angsana ini, kemeriahan memang terasa. Kesibukan serta kehiurk-pikukan masyarakat di sini seolah-olah hari raya bakal menjelang esok. Ianya benar-benar mengamit kenanganku sewaktu kecil. Nostalgia katakan.

Oh ya. Aku hampir terlupa untuk berterima kasih pada Musnaz dan juga Azrul kerna sudi tag aku. Muznaz 2 tag. Azrul 1 tag. Nanti aku siapkan secepat mungkin apabila kelapangan menjengah aku. Hehehe. Oklah, tamat di sini entry kali ini. Lain masa, aku berceloteh panjang lagi. Itupun andainya ada yang sudi baca. Chow.

17 Respons

  1. oho…palie, awek pakai baju merah tudung hitam tu turut serta x dalam program kali inip? aku telah diserang angau dengan wanita tersebut semenjak melawat thread saiponaidu berkenaan program berbuka bersama anak yatim ni…mane la tau kot2 pompuan tu adep kat program yang ko dah jalani tu…hahaha…kalau ade kirim salam…

    Pergi angsana jangan lupa kirim salam awek kat pop kaki punye kedai bawah sebelah kiri silver planet punye atas…awek tu aku x minat langsung..tapi cuma sekadar mau kirim salam x tentu pasal je same die…hahaha

  2. yeah! palie is back! syabas!😀

  3. heh. sebenarnya layan juga baca kisah-kisah jiwa yang luka. apa-apapun, selamat kembali.🙂

  4. betul lar tu…kengkadg layan juga bace kisah jiwa yg kacau…

  5. Bagus satu anjakan yang bagus Palie. Takkan selamanya bermurung dan bermosi bukan? Hidup ini indah kalau kau mahu ia indah. ATapi ia getir kalau kau rasa ia malap dan membosankan.

    Apapun, saya rindu sama itu KKDK. Apa boleh buat, sudah mendapat amaran tidak boleh sertai program UTM. Jadi tumpang gembira lah ya…

    “Mentari menjelang ceria, hari yang ditunggu kini tiba, bersama kita hadapinya… ”

    Nah… daku sudah rindu dengan itu lagu dan orang-orang yang terlibat dengannya…

  6. my god..
    dak utm rupanya?? realy? umah ak kat kangkar pulai jerk
    masa skool dulu iwas schoolong kat sek skudai..sebelah utm tu jerk…plus penah gak kejer kat koperasi kat kolej perdana @ kolej 10 masa form 6 dulu….hahaha,kecik jer dunia ni eh…

  7. waa, aku suka baca perjalanan hidup ko seminggu nih,hehe..:) rase meriah je,hihi..btw, akupun ex utm dulu,hihii…:) tapi aku tukang kebun je,muahahaha…

  8. palie oOo palie.. kite nak tanye niiii..
    esokkan ari sabtu kan..?
    poslaju bukak tak ? ke half day..??

    sy tau awk bukan posmen.. tapi sy tatau nak tanye sape da neh.. huhu.

  9. huh… takdak kisah emo dah ka patlie?
    penat aku karang ayat emo nih.. nk turut serta..
    gila lah.. lu pun dah ada anak angkat dah ke?
    bila mo datang sini…
    baidewei.. sabtu pejabat pos tak bukak..(kot)

  10. bestnya jenjalan dapat makan kenyang

  11. oo..gi angsana xajak sey..
    beria janji ngan aku.
    dah la palie.. jgn janji apa2 ngan aku lg.
    huhuhu

  12. ghitooooooo!

    baru la meriah hidup awk Palie, at least trisi juga masa2 awk d bln Ramadhan ni..

  13. Bro..baguslah gi Program Jalinan Kasih tu..hurmm ko dulu masa study budak KKDK ke?

  14. wah… santai wooo santai…

  15. santai ko nih bukan santai kosong, santai berisi… bagslah posa ko diisin dgn aktiviti2 amal… lupakan duka lara ko tuh… selamat berbuka kejap lagi…

  16. mana anugerah penyapu?? penyapu antik takder ke??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: