Dua Dalam Satu…

2 dalam 1. Dua tag disiapkan serentak dalam satu entry. Mesti ada yang tertanya-tanya. Biasalah. Kemalasan serta demam hari raya benar-benar memberi impak maksima kepada diriku dalam penghasilan entry kali ini. 2 tag dari Musnaz terpaksa digabungkan dalam satu entry. Menjimatkan masa serta lebih praktikal. Haha. Alasan skema yang terpaksa aku guna untuk melepaskan diri untuk kali ini.

Tag Yang Pertama : Interview Posa & Rayaku

*Sejak bila anda mula berpuasa penuh? – Entah. Tidak pasti. Rasanya Darjah 2 kot.

*Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya? – Rasanya tidak pernah kot.

*Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun? – Yupp. Semestinya bagi seorang lelaki yang macho. Hehe.

*Juadah apakah yang menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka? – Juadah masakan ibu sendiri.

*Lagu raya manakah yang anda suka? – Lagu-lagu raya yang lama-lama. Susah nak ingat semua tajuk lagu raya.

*Tahun ini anda beraya di mana? – Beraya di rumah datuk sebelah ibu. Kuala Terengganu.

*Pernahkan anda bertugas di hari raya – Tidak pernah.

*Apakah kenangan paling manis di hari raya? – Emm. Masa kecil-kecil kot. Time kumpul duit raya bersama-sama dengan sepupu.


Tag Yang Kedua : Paradigma Rayaku !

Apa erti Hari Raya pada korang??
Dari kaca mata seorang muslim, Hari Raya adalah hari untuk meraikan kejayaan melawan nafsu di bulan Ramadhan. Dari segi perspektif aku pula, Hari Raya adalah hari untuk berjumpa sanak-saudara yang tercinta.

Apa yang wajib korang buat bila Hari Raya Menjelma?
Bersalaman memohon kemaafan.

Pernah tak korang rasai Malam Lailatul Qadar??
Entahlah. Tidak pernah kot.

Bape Banyak Duit Raya pernah korang dapat??
Lebih RM100.

Kuih ape paling korang Suke Makan Masa Hari Raya??
Emm. Kuih Batu Buruk.

Letak gambar kenangan korang Masa Raya yang tak dapat dilupakan
Hahaha. Gambar Hari Raya ada kat kampung + malas nak letak.

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA !
MAAF ZAHIR BATIN !

P/s: Terima kasih kepada Abang Bulus sebab sudi membuat ambigram untuk aku. Jasamu aku kenang hingga akhir hayat. Hahaha. Peace.

Ambigram Palie

12 Respons

  1. selamat hari raye and maap zahir je…batin xde…
    mekacih ko kenang jasa aku….
    ko bg duit raye udah sebagai tnde ko mghargai kerja tgn aku itu…hahahaha….

  2. Slmat Minum Sirap di Hari Raya!😉 Maaf Zahir & Batin!

  3. ade ke kuih batu buruk ?
    bukan kuih batang buruk meh ?

    =P

  4. samat hari raya maaf zahir batin palie…🙂

  5. jangan risau palie, itu memang tindakan yang bijak ko menggabungkan tag 2 dalam 1! kerna kedua-duanya dari orang yang sama, yeah!

    pergh! ambigram ko ada ciri-ciri kerockkan gitu! smart!😀

    Selamat raya bro!🙂

  6. awal Ramadhan aku akan rasakan bersemangat untuk beraya tapi emosi aku beransur kesedihan waktu hendak beraya. Dan kembali gembira waktu hendak bersembahyang raya. Tapi sebaik habis bersembahyang, kembali sayu…. tak tahu kenapa tapi aku rasakan seolah-olah raya tamat sebaik sahaja habis solat raya…. adakah aku seorang sahaja yang merasakan demikian?

  7. encik palie meshti update entry raya tau. huhu

  8. Huhuhuhuhu, banyak rahsia dapat tahu nihhhh

  9. samat raye palie!!! sory lame xsinggah..bz lerrr

  10. maafkan segala salah dan silap ku bro.

    selamat hari raya aidilfitri. maad zahir dan batin

  11. aku tau kenapa blog ko senyap kejap..sebab ko duk rumah prepare nak masuk tempat keje baru kan?semoga ko selesa tempat baru..gud luck ny frendz..

  12. bulus – dtg laa beraya umah aku… nanti aku kasi duit raya… hehehe…

    chezzy cheese – dah kembung perut ni minum air sirap byk2..

    julia – batang buruk yek… silap2…

    aria-ayumi – selamat hari gak.. ampun maaf dipinta…

    musnaz – yeah… ambigram rock… abg bulus yg wat…

    mizreen – kite dah beransur dewasa… maybe kegembiraan kite berbeza ngan zaman kanak2 dulu…

    ubie79 – tq bro singgah blog aku…

    irarox – aku paham situasi ke’busy’an kamu itu…

    kasyah – aku pun sama.. maaf andainya terkasar bahasa…

    wanmus – tq bro…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: