Revolusi Minda Pencetus Kreativiti…

Tajuk yang agak aneh kan? Sebenarnya ianya adalah slogan yang aku cipta untuk Festival Multimedia sempena Karnival Kerjaya’07 di UTM Skudai pada awal tahun ini. Slogan itu sebenarnya tiada kaitan pun dengan entry kali ini. Tetapi tidak mengapa. Aku cuma ingin menyelitnya di sini. Hanya sekadar mengimbas kenangan indah yang baru berlalu. Ahh. Lupakan sahaja.

Dan di saat yang berlalu ini, barulah aku tersedar. Rasanya sudah agak lama aku tidak update blog ini. Dan seperti biasa juga, aku pasti akan menyalahkan sesuatu di atas apa yang berlaku. Haha. Demam raya di bulan Syawal yang harus dipersalahkan buat kali ini. Ianya benar-benar membantut kreativitiku untuk menulis. Dan buat seketika, rasa bersalah yang teramat sangat pada blog ini menyelinap pantas ke seluruh liang-liang rongga di jiwaku. Terasa seperti kekosongan pada diri ini apabila tidak mencoret sesuatu di dalam blog ini. Seolah-olah menjadi rutin harian untuk diselesaikan. Rasa tidak lengkap tanpanya. Emm. Aku melalut lagi seperti kebiasaan. Kebiasaan bagi seorang insan yang masih mencari halatuju hidupnya.

Berbekalkan monolog yang sedia ada berserta hari yang penuh emosi, akhirnya aku gagahi diriku untuk menaip entry. Keharu-biruan hidupku sebelum ini benar-benar memangkin kemalasan diriku. Terasa diri ini ingin berterbangan bebas di angkasa biru bagaikan sang helang yang dibawa arus kabus ribut. Bebas sebebasnya. Tiada bebanan yang merungsingkan jiwa. Tetapi, apakan daya. Semua itu hanyalah illusi ataupun imaginasi yang tidak tercapai oleh kewarasan akal. Aku mengerti. Diri ini hanyalah insan kerdil yang perlu menjalani arus kehidupan. Perlu peka terhadap perubahan sekeliling. Perlu pantas bertindak mengikut arus kemajuan. Perlu tabah untuk menghadapi dugaan yang mendatang. Perlu prihatin dengan sesuatu yang terjadi. Perlu matang dalam membuat keputusan. Perlu bijak mengambil peluang yang hadir. Dan pelbagai lagi keperluan hidup yang perlu dipenuhi samada terdaya atau tidak.

Dan buat julung kali pertamanya aku tidak mahu berbicara tentang isu-isu terkini seperti Program Angkasawan Negara, Sambutan Hari Raya Aidilfitri mahupun kes Nurin Jazlin. Bukannya aku tidak mengikuti perkembangan media massa. Cuma aku terasa ingin lari dari kebiasaan. Dengan kata lain, aku ingin bereksperimentasi dengan kemampuan aku sendiri. Aku tidak mahu terlalu terikat ataupun terikut-ikut dengan trend masa kini. Biarlah aku dengan skop penulisan tersendiri. Pasti ada yang berpendapat tindakan ini mampu menyempitkan skop penulisan aku. Persetankan semua itu. Setiap insan punya gaya serta stail tersendiri. Lagipun aku tidak rugi apa-apa andainya eksperimentasi ini tidak menjadi. Berani buat, beranilah tanggung risikonya. Satu revolusi yang ingin aku lakukan di saat ini. Revolusi = Evolusi. Apakah perbezaan antara 2 perkataan ini. Hingga kini, aku masih tercari-cari jawapannya. Ada sesiapa yang mampu menghuraikan definisi 2 perkataan tersebut?

Program Angkasawan Negara
Ada pro serta kontranya. Malas untuk aku memperkatakannya. Masing-masing masih waras untuk berfikir. Dan pastinya berbeza pendapat.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Tiada apa yang istimewa untuk tahun ini. Sama seperti tahun-tahun yang sudah. Balik kampung. Hias rumah. Sembahyang raya. Bertemu sanak-saudara serta sahabat handai. Bersalam-salaman. Makan kuih raya. Bunyi mercun kedengaran. Tiada lagi duit raya. Itu sahaja.

Kes Nurin Jazlin
Sudah lama berlalu sebenarnya. Cuma aku tidak berkesempatan untuk membuat entry berkenaannya. Entahlah. Tidak perlulah terlalu mengenang insan yang telah pergi. Kita semua yang masih bernafas ini pun akan pergi jua suatu hari nanti. Cuma masa sahaja berbeza di antara satu sama lain. Mungkin esok. Mungkin lusa. Mungkin minggu depan. Mungkin bulan depan. Tiada siapa yang mampu meramalnya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Yang penting, hidup ini mesti diteruskan. Usahlah terlalu mengenangi insan yang sudah tiada.

“Yang terlihat dan terdengar kekadang berbeza dengan kenyataan.” Ungkapan untuk hari ini. Fikir-fikirkanlah dengan bijaksana. Pasti akan ketemu dengan maksud yang tersurat serta yang tersiratnya.

P/s : Sebenarnya aku sudah bekerja di Terengganu. Syarikat KRIM Network. KRIM itu adalah singkatan Kelab Remaja Islam Malaysia. Secara rasminya, hari ini adalah hari ke-3 aku bekerja di sini sebagai Multimedia Designer. Adakah ini revolusi kehidupan yang sedang aku lakukan di saat ini? Ataupun evolusi kehidupan. Entahlah.

21 Respons

  1. biasa la palie… kengkadang benda yg penting tu kita dahulu kn.. br-blog ni anytime kita free jer, tul dak?

    Hope lps2 ni bleh la selalu hapdet ya!😉

  2. Revolusi ; perubahan* drastik

    Evolusi ; sesuatu perubahan yang memakan masa yang lama

    *perubahan ni adalah pemboleh ubah, ia boleh jadi politik, minda, hidupan dan macam2 lagi lah. Kan makhluk ni sumernye berubah-rubah. Khaliq je yang tak berubah.

    ni sumer dari kepala otak, pemahaman aku jek, ho ho.😛

  3. huhuh lapar le

  4. Lahhh kamu dah pergi jauh Palie… Tak sempat nak ucapkan selamat itnggal…..

  5. aku rasa itu satu evolusi kehidupan ko palie…
    apa yang aku paham…
    evolusi adalah pembaharuan…
    dan revolusi adalah pembaharuan yang berulang²…
    kalau tak silap la hehehe

  6. setiap kite perlu berubah atau berevolusi dalam hidup ke arah kebaikan..kan?semoga terengganu menjanjikan cahaya baru untukmu..hahhahaa..macam jiwanglah pulak..tp tulah harapan sahabt2..good luck

  7. hoh tatau kamu tuka keja..
    patut tamau mai keja KL..
    anyway best of luck..

  8. Lor…patutlah aku x dapat carik awek lagi kat Utm…rupenye ko dah keje tempat lain…Susah la cam ni aku mau lepas kat pagar depan tu…dah la tasik puaka sebelum gerbang tu berpenunggu…kalau x de lu susah la wa nanti nak jumpa awek2 di sana…hahaha

  9. betul dude. Setiap orang ada gaya penulisannya sendiri. Tak perlu nak ikut sesiapapun.
    Unik.
    Setiap individu unik.
    Cuma aku tak faham kenapa sesetangah orang rela letak lirik lagu semata-mata nak update blog
    haihhhh
    trend terkini barangkali

  10. lol. ko kije kt KRIM ke? member aku de kat sane gak… n ko budak UTM jugak ke? GMM?

  11. selamat hari raye!!!

  12. dol..macamane keje?

  13. chezzy cheese – insyallah.. saye akan cuba update selalu…

    musnaz – tq for ur info.. ade btul kata2mu itu…

    sejuk – laa… raya2 pun lapar gak ke?

    azhar ahmad – xpe2.. kalu ade umur panjg bleh kite berjumpe lagi…

    tongah – mungkin gak…

    wanmus – tq… tq…

    ajurina – saje je keje sini sementara tunggu peluang yg lebih cerah…

    hariz – xpe2.. ade masa nanti.. kite gi sama2 kat UTM tu…

    nezjoe – aku pun letak lirik gak tp kat bhgn lain laa… bkn utk update entry… maybe xde idea nak tulis ape kot…

    tz – yupp… baru jer keje sini… KRIM Network… aku budak GMM kat UTM Skudai… sape nama member ko…

    trojan – selamat hari raya bro…

    wanmus – best gak kat sini… staff ramai… pressure kurang.. sempoi… byk aktiviti2 lak tu… ni br jer abis jamuan hari raya…

  14. palie… waa.. takde kau jarangla ktorg hang out makan sama2. seb baik ari ni wandy blnja makan.. sempat gak merasa wandy belanja.. kau punye??hampeh..haha. farewell party pun xda.ntah bila la plak nak jumpa kau. if zam, leh la dtg sini sbb mira.. kau nak dtg sini sbb apa ye??huhuh

  15. a’aa..betul nadia..dah lah dah keje tapi msj n miskol macam budak2 blajor skolah jer..kalu penting tu call ajerlah..ala berbanding gaji ko tuh takder hal lah nak call kejap..

    yang penting tukar aku punyer ikon n website url aku kat blogroll tuh..semua tuh aku dah edit kat blog aku..amik n copy jer..adoiss…

  16. goodluck wit your new job bro.

  17. blogroll image untuk palie aku dah siap.haha baru nyer

  18. nadia – adakah sebuah persahabatan boleh diukur dengan wang ringgit?

    wanmus – aku baru keje maa… gaji mane dapat lagi…

    kasyah – tq bro for ur wish…

    sejuk – siot jer image blogroll tu…

  19. Thanks for the blogroll ..
    Atas skali tuh!!

  20. palie.. sy tak larat nak baca..

  21. […] p.s.s: Palie kalau nak tgk update pasal keta ko ceroboh rumah  Paul Tan nie. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: