Evolution Of The Revolution…

Hingga saat ini, mood revolusi masih menguasai diriku. Ataupun lebih tepat menghantui jiwa ragaku. Mujurlah ianya tidak memudaratkan kesihatanku. Dan syukurlah kerna hingga saat ini juga, aku masih berpeluang untuk update blog ini. Alhamdullilah. Tajuk entry kali ini juga berbaur revolusi. Sama konsep dengan tajuk entry yang terdahulu. Mungkin ada kesinambungannya. Mungkin. Terasa ada sedikit kekurangan pada tajuk entry ini. Mungkin ada kesalahan dari segi ‘grammar’nya. Maklumlah. Aku ini bukannya student TESL. English yang aku gunakan pastinya berterabur. Oleh kerna itulah aku lebih gemar menulis entry dalam bahasa ibunda. Tidak globalisasi? Biarlah. Aku menulis blog ini pun sekadar hobi. Bukannya mencari publisiti murahan.

Khutbah Jumaat yang lepas masih terngiang-ngiang di telingaku. “Agak sukar untuk mewujudkan rasuah sifar di kalangan masyarakat kini yang lebih memandang harta kebendaan.” Yupp. Ada kebenaran kata-kata itu. Aku sedar. Di zaman serba canggih ini, hampir semua perkara perlukan duit. “Bukan semua benda boleh dibeli dengan wang ringgit.” Aku percaya ada yang berkata demikian. Cuba fikirkan. Mampukah kasih sayang membeli susu tepung untuk anak-anak? Dapatkah cinta membayar kos perkahwinan? Benarkah rayuan melalui kata-kata dapat melepaskan diri dari membayar saman JPJ? Semuanya memerlukan duit. Hatta hendak masuk ke tandas awam pun perlukan duit. Tanpa 20 sen, kita tidak boleh menggunakannya.

Berbalik kepada isu rasuah tadi, mungkin kita tidak mampu menjadikan sifar. Namun, aku percaya kita boleh mengurangkan aktiviti tidak bermaruah ini andainya semua pihak berganding bahu. Mungkin satu revolusi besar-besaran perlu dilakukan agar keadilan serta kebenaran dapat ditegakkan. Ya. Aku bukannya mampu mencetuskan revolusi negara. Relovusi diri sendiri pun agak sukar untuk dilakukan. Jadi, aku memang tidak layak untuk membicarakan revolusi untuk sesebuah negara. Suara seorang individu kerdil seperti aku ini tidak mampu mengubah apa-apa. Mungkinkah aku hanya mampu membuat revolusi percintaan. Haha. Aku bukannya sasterawan negara yang bisa membuatkan wanita mengalir air mata hanya melalui tulisan. “Jangan mencintai seseorang seperti bunga kerna bunga mati di kala musim berganti, cintailah seseorang seperti laut kerna laut mengalir buat selamanya.” Barangkali kata-kata ini sesuai menjadi pegangan buat masa ini. Ya. Buat masa ini. Di kala aku masih belum menemui cinta yang sejati. Cinta yang tulus ikhlas.

Ok. Lupakan persoalan cinta. Biarlah takdir serta masa yang menentukannya. Dan sempena tahun 2008 yang semakin hampir, aku sudah nekad untuk berazam. Rasanya sudah agak lama aku tiada azam. Mungkin kerna itu hidupku agak kucar-kacir kebelakangan ini. Tiada halatuju yang jelas. Kali ini, aku betul-betul berazam untuk mengubah cara hidupku. Aku mahu berubah untuk menjadi insan yang lebih baik. Tinggalkan segala tabiat yang tidak menepati ciri-ciri seorang Muslim. Dan juga lebih berjimat-cermat agar tidak boros dalam perbelanjaan seharian. Mungkin wang simpanan itu akan digunakan dalam urusan perkahwinan nanti. Kahwin? Aku sendiri pun tidak pasti bila ianya bakal terjadi. Calon pun belum ketemui. Entahlah. Kuharapkan ada sinar cahaya baru dalam kehidupanku seiring dengan perhijrahanku ke Kuala Terengganu ini. Moga-moga hidupku lebih dirahmati oleh-Nya. Amin.

P/s : Maaflah andainya entry aku akhir-akhir ini agak merapu. Hanya berbicara tentang revolusi yang tidak tahu di mana pucuk pangkalnya. Dan mungkin juga entry ini agak membosankan. Atau mungkin menjengkelkan. Ahh. Biarkan semua itu. Aku menulis apa yang bersarang di minda ini. Minda seorang insan yang mempunyai sifat ingin tahu.

28 Respons

  1. Cuba fikirkan. Mampukah kasih sayang membeli susu tepung untuk anak-anak? Dapatkah cinta membayar kos perkahwinan? Benarkah rayuan melalui kata-kata dapat melepaskan diri dari membayar saman JPJ? Semuanya memerlukan duit. Hatta hendak masuk ke tandas awam pun perlukan duit. Tanpa 20 sen, kita tidak boleh menggunakannya

    Suka dengan ayat ini. Adakah manusia berada di dalam zaman, wanglah segalanya…. Mampukah kasih sayang sejati dijadikan batu tanda lestarinya cinta? Hummm… Menarik untuk difikirkan.

  2. huhuhu..betul..tp dengan cinta kita boleh bahagia..sekarang duit bukan segalanya TAPI SEKARANG SEGALANYA DUIT!!

    fikir2kanlah..

    p/s:moga tudung labuh mengubah segalanya..

  3. tukarlah link aku tuh..icon pun dah ader kat blog aku

  4. Napolean Bonaparte ada mengatakan “It’s not about how long u know, It’s Always about how well u know”

    err…ape aku merepek nie… ko berevolusi lar ye…

  5. waaa aku paling takot mkn duit haram ni…aku snggp kebuluq dr mkn duit haram T__T

    “Jangan mencintai seseorang seperti bunga kerna bunga mati di kala musim berganti, cintailah seseorang seperti laut kerna laut mengalir buat selamanya.”

    ceittt semua pepatah tu dah xleh pakai..
    cinta lah..bak air laut ke air sungei ke, air terjun…..
    sume hampehhhhh

  6. aku add link ko gak..

  7. huhu pola, marah semacam je..cam ada pengalaman yg tak best je nie..skang apa pepatah yg sesuai nak digunakan?

  8. memang takde yg free dh dlm dunia skang. sume benda perlukan duit. life change a lot.

    btw, teruskan guna bhs ibunda. lbh senang. sbb kite pun ade mslh dgn grammar. huhu

  9. dekat negara china, sapa yang layan rasuah akan ditembak mati! kat malaysia ni leh jalan ke itu macam? tak mampu kot… kan, kan?

  10. hehe..bukan marah…cuma myatakan hakikat sbnrn… Pengalaman mgajar aku supaya lebih mcintai dr sndrik dr org lain…

    Papatah yg patah yg sesuai diguankan skang ialah :
    Sblm kita syg kat org lain…sayanglah kat diri kita sndri…

  11. aku setuju pe si pola cakap tu..
    “Sblm kita syg kat org lain…sayanglah kat diri kita sndri…”

  12. ya betul2….jgn lebihkan syg pada kekasih dari diri sendiri.

    “Jangan mencintai seseorang seperti bunga kerna bunga mati di kala musim berganti, cintailah seseorang seperti laut kerna laut mengalir buat selamanya.”

    -hai…kalo la ada yang syg aku camnie kan besh…huhuhu

  13. ya betul2….jgn lebihkan syg pada kekasih dari diri sendiri.

    “Jangan mencintai seseorang seperti bunga kerna bunga mati di kala musim berganti, cintailah seseorang seperti laut kerna laut mengalir buat selamanya.”

    -hai…kalo la ada yang syg aku camnie kan besh…huhuhu

  14. Money is not everything but… it is IMPORTANT..

    haaaaa camne tu? pening gak nk pkir tu…

  15. aku sokong.. ia bukan segalanya.. tapi ia penting.. itu yang aku paham… maksudnya duit tu kena ada menda lain.. kalo ko ada duit aje.. tapi hidup 24 kerja aje takda guna.. kesimpulannya.. nak hidup ceria kena ada duit.. kalo ada duit.. tak bleh hidup gloomy… x enjoy.. peh.. begitu pentingnya duit sekarang.. kesimpulan sekali lagi.. kena ada duit untuk hepi… penting tu duit tu..

  16. betul..money is not everythings but now everythings is money..

    kalau takder duit mcmana nak mkn nasi..kan?
    takpun macamana nak bayar hosting 2GB+domain .com aku http://www.wanmus.com=RM 60

    banyak tuh RM60 tapi adakah berbaloi RM60?sama2 kiter fikirkan..

  17. salah tulis

    ” kalau takder duit mcmana nak mkn nasi..kan?
    takpun macamana nak bayar hosting 2GB+domain .com aku http://www.wanmus.com =RM 60″

  18. wang bukan segalanya tetapi segalanya adalah wang?

    Cintailah diri sendiri sebelum mencintai orang lain?

    Aku nak tambah sikit, Cintailah Allah sebelum mencintai yang lain kerana hanya denganNya kau akan mencintai dan dicintai……..untuk selamanya….

  19. cinta adalah cinta
    bila kita jatuh cinta ada kita fikir pasal wang?

    wang itu wang
    entiti untuk beli segala

    cinta itu kesempurnaan?
    tidak juga

    wang membeli kesempurnaan?
    tidak juga

    cinta dan wang
    dua subjek yang tidak berkait
    tapi saling memberi impak

    sekdar pandangan diketika aku diserang migrain
    adehhhhh

  20. Penggunaan bahasa yang cukup indah..🙂

    utm skudai?? Junior aku la ni.. hehe

  21. emm… masing-masing ade pendapat tersendiri… bagiku cinta dan duit adalah 2 entiti yang berbeza… tp mungkin cinta itu memerlukan duit… ye laa… setiap yg bercinta pasti inginkan perkahwinan… dan setiap perkahwinan pasti memerlukan wang utk mas kahwin… wang hantaran… tu blum masuk kos utk kenduri kahwin… kos masa bercinta… blaa… blaa…

  22. “Jangan mencintai seseorang seperti bunga kerna bunga mati di kala musim berganti, cintailah seseorang seperti laut kerna laut mengalir buat selamanya.” ~ cinta again🙂 semoga berjaya mendapat cinta sejati…. InsyaAllah….

    Copy dis from emel.. just for your info la :
    “everyday is a gift and as long as you can open your eyes, you will focus on the new day, and all the happy memories that you have built up during your life” ~ semoga happy2 selalu k palie.!

  23. pendapat aku camni..
    utk bercinta ke.. berkawin ke.. sapa cakap wang tak penting? ada org cakap kasih sayang adalah segalanya… wang ringgit tak penting bagi kami.. WTF!! nk beli nasik kat anak.. nk beli bra kat bini.. nk beli pampes.. itu suma duit.. aku kesian tgk mat rempit kawin ngan awek2 cun.. bawak anak.. bawak bini naik rxz.. kesian kat budak2 bahaya camtu.. so awek2 cun.. jgn kawen ngan mat rempit.. marilah berkahwin dengan saya!!

  24. yg belajar tesl ni pun grammar tunggang langgang…ooo dah pindah terengganu ke? takpe palie kat terengganu tu byk awek2 mne tau ade jumpa yg lebih baik dari dulu

  25. tunutan kehidupan dunia masa kini… segalanya perlu berlunaskan wang ringgit… . bukan setakat kasih sayang…Tp mjadikan duit itu penting biarlah ianya berpada2…jgn terlalu memandang wang ringgit… Cukuplah individu tu punyer kerja@ekonomi yg stabil, Lepas tu SAMA-SAMA lah berusaha tuk mcapai matlamat hidup yg di ingini..

    p/s: cam kat forum lak….hakhakhak

  26. money is not everything..
    but without money you are nothing…

    wei apdet icon blog aku..

  27. weii ape nih tak update blog?aku pun dah slow untuk update..hehehehe

    kepada yang belum update icon blog aku, nih link utk icon tuh:

    dan link ke: http://www.wanmus.com

  28. “Wang bukan segalanya, tp segalanya perlukan wang”…

    Itu antara frasa yg aku selalu dengar pada masa kini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: