Defragmentasi Minda…

Defragmentasi Minda

Ilham entry kali tercetus ketika aku asyik membaca sebuah nukilan blog Azrul Angkawasan. Membaca blog? Mungkin perkataan ‘menelaah blog’ lebih sesuai. Dan sepastinya aku sudah memohon keizinan saudara Azrul untuk membuat kesinambungan entry ‘Defragmentasi Minda’ ini. Kesinambungan dalam versi aku yang tersendiri. Jadi, tiadalah timbul isu ciplak di sini. Agak aneh rasanya apabila ada orang sanggup meniru entry blog Azrul. Meniru bulat-bulat tanpa sebarang ubahsuai. Entahlah. Di manakah kepuasan memblog andainya menceduk hasil kerja orang lain? Ahh. Persetankanlah semua itu.

Perjalanan hidup ini bagaikan dilakarkan seperti sebuah pelangi. Tujuh warna di dalamnya seolah-olah gambaran kasar kepada corak kehidupan. Ya. Corak warna kehidupan yang aku gambarkan mengikut naluri serta intuisi aku sendiri. Jadi, terpulanglah untuk bersetuju atau tidak kerna ianya hanyalah luahan minda separa sedar seorang makhluk yang bernama ‘manusia’.

Warna merah lambang saat-saat kesusahan.
Oren melambangkan keceriaan serta kegembiraan hidup.
Kuning pula lambang persahabatan yang tulus ikhlas.
Hijau boleh dikaitkan dengan hubungan kekeluargaan.
Biru melambangkan kisah-kisah percintaan yang berlalu.
Indigo pula mungkin sesuai dengan keajaiban serta keanehan yang terjadi.
Ungu pula sebagai tanda kenormalan hidup.

Dan tambahan dua warna yang aku rasa cukup penting dalam melengkapkan pola warna kehidupan. Putih dan hitam. Dua warna yang saling melengkapi antara satu sama lain. Seperti yang digambarkan dengan simbol Ying Yang.

Putih lambang kesetiaan.
Hitam tanda kesunyian serta kekecewaan yang melanda jiwa ini.

Ok. Lupakan seketika makna warna-warna tersebut. Ideaku hanya tamat di situ. Mungkin tiada lagi ulasan lanjut mengenainya. Ataupun sambungan entry mengenainya. Seolah-olah ada sekatan minda. Mungkinkah penyelidikan perlu dilakukan oleh mereka yang lebih arif mengenainya? Ya. Mungkin penyelidikan seorang pensyarah. Ataupun mungkin kajian dari pakar motivasi. Entahlah. Biarlah peredaran masa yang menentukannya.

Sepertimana yang umum ketahui, kenangan silam mampu hadir secara tiba-tiba. Tidak terduga sama sekali. Ianya hadir seumpama putaran roll filem wayang. Berputar tanpa kita mengetahui kesudahannya. Dan tanpa disedari, mungkin kita akan tersenyum sendiri apabila mengenangnya. Tidak kisahlah sama ada kenangan manis ataupun pahit. Sesetengah kenangan ataupun memori ini sukar untuk dilupakan. Lebih-lebih lagi jika ianya berkait rapat dengan diri sendiri. Ada yang gemar bercerita kepada orang lain bagaikan lagak sang ayam jantan. Bertelur sebiji, riuh sekampung. Ada juga yang menyimpan memori tanpa berkongsi dengan orang lain. Sepertimana lagak sang penyu. Diam-diam, bertelur seribu. Noktah.

Beralih kepada topik lain. Jiwa yang kosong? Pernahkah kita merasainya. Mungkin ya. Mungkin juga tidak. Semuanya bergantung pada individu sendiri. Pelbagai cara boleh mengisi kekosongan di jiwa. Tidak perlulah kita menjadi seperti angkawasan negara Dr. Sheikh Muszaphar yang menemui sesuatu yang mampu mengisi kekosongan jiwanya di angkasa. Soul searching? Mungkin itulah yang beliau maksudkan. Dan bagaimana dengan diriku? Hingga saat dan tika ini masih lagi merangkak-rangkak mencari erti sebuah kehidupan. Dan kadangkala masih tertanya-tanya makna sebuah kebahagiaan. Entahlah. Masa pantas berlalu. Kadangkala kita hampir tidak terdaya untuk mengikut rentak peredaran masa. Terlalu sukar bagiku. Ada yang kata kita perlu berani ambil risiko. Berani buat, beranilah tanggung. Cakap itu memang senang. Tetapi untuk melakukannya perlu tekad serta nekad sepenuh hati. Yup. Nekad dan tekad. Kehidupan mesti diteruskan. Itu yang penting.

P/s : Buat pertama kalinya, blog ini telah dinodai dengan carutan seorang gadis 17 tahun dari Indonesia. Entry yang menjadi mangsa keadaan adalah entry “Aku Pun Mau Emo”. Kebahangan serta kebingitan di telingaku masih terasa hingga saat ini. Entahlah. Aku pun tidak pasti apakah masalah si gadis ini. Sudahlah datang tidak berjemput. Alih-alih terus mencarut tanpa usul periksa. Hendak bagi salam jauhlah sekali. Inikah adat ketimuran gadis dari seberang?

39 Respons

  1. beb, jiwa kosong?? sume orang laluinya..cume perlu tahu jalan terbaik tuk selesaikan..jgn pegi motivasi, kate ares bahar itu sume hipnots!!

    mengenai warna2 kehidupan..aku selalu sgt jumpe kaler ni..x kire lah kat mane pun..tapi yg pasti warna2 kehidupan ini, pasti aku patuhi..walaupun kadang2 aku ade langgar jugak..

    kaler2 kehidupan aku ni..

    merah-tuk berhenti (aku kadang2 tak berhenti)
    kuning-tuk berjaga dan bersedia (aku tak bersedia tuk berhenti, aku bersedia nak berjalan laju)
    hijau-jalan..yaaa…yg ini aku selalu ikut..

    inilah kaler2 kehidupan aku, tak begitu harmonika tapi selalui hadir dlm hidup ku..

    “trafic light”

  2. bila teringat balik memori lama, macam roll filem, aku akan tersenyum sendiri. ya, banyak warna kehidupan, tetapi ramai yang hanya fokus pada Hitam. sayang sekali.

    P/S: yang ciplak tu dah padam entri tu lepas ko komen. dah insaf dan malu kot, heh.

  3. Ehhh, jangan kata jiwa kosong. Konsep jiwa kosong ni, selalu atheis yang suka bawa. Kenapa? Mereka menidakkan tuhan dengan mengosongkan jiwa dari sebarang pemikiran yang bersangkutan.

    Palie, jiwa kita tidak pernah kosong palie. Kosong dengan maksud yang lainnya adalah tiada, nehi-nehi kabhi nehi, yillek… Kita orang Islam, jiwa kita terisi, mungkin tak penuh, tetapi masih ada. Ia tidak kosong.

    Jika kosong, bagaimana mahu membelai diri, bagaimana untuk beribadat kepadaNya.

    Hanya orang yang mempunyai masalah mental sahaja jiwanya hampir-hampir kosong. Dan, mereka tak masuk buku, untuk beribadat kepadaNya…

  4. colors mmg tak penah membosankan.
    almaklumlah saya art deliverer. haha.
    anyway, study tentang color mmg masyuk.
    best.

    budak indon tu? mungkin dia tak jumpa dia punya true color!

  5. faerrin – blog ko ape ekk… nak add link kat sini…

    azrul – eh ye ke… aku just tanya pasal entry tu jer… dia terus delete ke?

    abg har – eh.. btul ke? ok2… kena btul balik mind setting ni… bukan jiwa kosong… tp jiwa yang tidak penuh….

    heartbeat – yupp… btul tu… cuba bayangkan kalu dunia ini hanya ada warna hitam putih sahaja…

  6. ohhh….trimas saudara…aku http://periukajaib.wordpress.com

    aku link kan kao jugak..

    sebentar lagi…

  7. kalao ikut corse aku..itam dan putih itu bukanlah kaler..hahahoho..takde kaitan..
    emm..makna kebahagiaan bg aku, apabila kita meletakkan seratus peratus diri kita pada DIA…dnegan erti kata lainnye kite berserah n yakin pd DIA..
    tp of cos manusia spt aku nih tak mampu lg utk mencapai tahap itu..
    huhu

  8. ya… kadang kala berkata-kata itu amat mudah…

    namun bagi yang menanggung penderitaan, terasa yang amat perjalanan hidup di dunia ini kian ke penghujung…

  9. kosong itu luas..terpulang pada yang mentakrif..
    dan hitam itu indah..
    juga terpulang pada yang mentakrif..
    jangan disempitkan takrifan akal dan jiwa..
    moral of the story..
    gua suka warna hitam..
    …………….

  10. Kalau nak di tafsirkan kehidupan kita dengan warna warni…memang banyak yang bertepatan…sampai aku pun kadang² terkeliru dengan warna² itu…

    btw…warna² pelangi tu kau tafsirkan sendiri ke…

    pasal ciplak² ni aku pun tak sangka…ada gak orang yang macam tu yer…

  11. aku pilih wane biru, hitam N putih..
    errkkk wane pink lak tuk aap ek hikhikhik…..

  12. hohoho…ungu bukan lambang kegelapan seorang kekasih ke? hahahaha….sebab aku pernah terjumpa satu ayat penyata dan ayat palsu…Ungu – kekasih gelapku….tu yang aku agak musykil tu bila ko cakap ungu – pula sebagai tanda kenormalan hidup….ape pon kite tunggu dr fazdilah lai lai li tam plong jawab nanti….heheheh

  13. bagi aku dalam kehidupan
    Hijau adalah ketenangan minda
    Biru adalah keluasan fikiran

    tiru bulat bulat adalah perbuatan yang keji..
    kalo ubah kepada lebih baik itu dinamakan inovatif..

    bebudak 17 tahun tu mencari group die tu.. ikut jiwa kanak-kanak riang camtu la jadinya..

  14. faerrin – aku dah add link blog ko…

    za – hitam dan putih tu adalah pelengkap warna… kerna tanpa kedua2nya… kite x mampu menghasilkan bayang2 dan komposisi pencahayaan….

    nota.kematian – yupp… berkata-kata itu memang mudah… tapi untuk mengotakannya @ merealisasi itu yg sukar…

    broken nigina – btul tu… thinking out the box…

    tongah – ya.. warna pelangi utk aku tafsir sendiri… ikut minda sendiri.. mungkin berbeza dengan penafsiran org lain…

    pola – warna pink tu mungkin warna kelembutan seorg wanita… xpun warna yang mengambarkan kehangatan percintaan yg sedang dialami…

  15. hariz – hahaha… tu nama lagu laa…

    kucai – btul tu… masing2 ade penafsiran tersendiri… jadi semua pendapat bleh diterima pakai… x gitu?

  16. rajin betul kau memberi tafsiran…tapi aku agak bersetuju la dengan tafsiran kau…matching dengan colours tu…hebat la kau palie…

  17. saya di ketegori mana en.palie?
    merah?
    kuning?
    oren?
    biru?
    indigo?
    ungu?
    heh..🙂

  18. “Hitam tanda kesunyian serta kekecewaan yang melanda jiwa ini.”—->> mungkin betol..erm..tp ak suka itam..mungkin ker ak sunyi?? huhu…

    “Dan tanpa disedari, mungkin kita akan tersenyum sendiri apabila mengenangnya.”—>> bg ak yap.tersenyum.kemudian disusuli keselan…arap ia tak pernah berlaku…haahaha!!

  19. tongah – hebat? xde laa… sekadar tafsiran dari secebis pengalaman hidup selama ini… mungkin ade yg terlepas pandang…

    broken nigina – mungkin kategori kuning… tapi barangkali akan menjadi biru setelah melepasi warna indigo… hahaha… melalut lak aku nmpaknya…

    ee – mungkin anda perlukan teman hidup… hahahaha…

  20. hmm.. teringin lak nak bagi komen kat entri ni.. harap2 encik yang terluka jiwanya *itu bukan maxud lucca d jiwa?* xde hal.
    uh, nak clear kan something.. sy dah baca entri yg ‘telah dinodai dengan carutan seorang gadis 17 tahun dari Indonesia’ itu.. heheh.. dia memberi komen dlm b.i kan? r u sure that he/she is indonesian?
    hehe.. sy pon org indonesia, YFI.. ;p
    budak budak.. maafkan je la.. anggap je bunyi bising pekerja tgh renovate rumah =)

    corak warna kehidupan saya sekarang nie adalah kuning.

    boleh terima?? heheh..

  21. betol jugak.. aku suka blog aku kaler itam. kenape? aku sunyi and aku perlukan satu medium utk aku berkarya.. biar pon karya tidak sehebat mane.. tapi kepuasan diri tu yang dicari.

    jiwa kosong.. aku tak rase jiwa kosong.. tapi jiwa kacau term yang paling sesuai! hihihhiih

  22. ninadewe – dia ada kasi emel dia dlm komen tu… so melalui emel tu.. saye check laa profile dia dalam friendster… kalau saudari nak check.. ini emel dia… lupth_my_self@yahoo.com

    tz – yaa… baru aku teringat… sepatutnya aku guna term jiwa kacau… dah bukannya jiwa kosong… thanx so much…

  23. ape ko mencarut nih palie?hahahaha..boring wehh internet kat blok sloww

  24. kau sepi? sama seperti aku…
    being alone is not an option kata inah…

    wrne kehidupan? memg byk warne… byk juga makna. byk kegembiraan, juga byk kedukaan…

  25. ambigram kau da siap palie…amek la kat latest entry aku…

  26. ko jangan amik ati ngn budak gurl tu(budak umo 17 tahun tu) .. biase la tu..standard budak baru blaja tumboh bulu ketiak..

    *budak baru blaja tumbuh bulu ketiak adalah simbolik untuk mereka yang baru nak meningkat dewasa. and baru nak mengenal dunia.

  27. salam..tumpang lalu..ake ske biru dan coklat..tetiba nak menyibuk..oh ya..being alone is not an option..trust me =)..aku pun slalu sepi gak..

  28. menarik dan mendalam…….. tabik!

  29. palie..palie..budak pun tau ko slalu emo..so janganlah emo2 slalu…hehehe

  30. kalau saya guna ‘term’ jiwa kacau tu, mereka mereka yang di sekeliling saya menyama ertikan jiwa kacau itu ialah gila.

    bilamana ada masa tertentu saya kerap kali mengeluh kekacauan jiwa, mereka mereka berkata saya seorang yang mengalami tekanan jiwa dan mental…

    huh. perit ya .

  31. ni ape kess lak bdk Indon dtg buat onar ni? aiyooo shibuk tul laa.. nak emo, emo la kat blog sndri kan.. tetiba masuk blog org p carut2 lak! ape kes kan??

  32. jiwa yang kosong???hmm…setiap org ade definasi mereka yang tersendiri utk “jiwa kosong” nie….terpulang pada individu..sebab ade sesetengah org, jiwa terasa kosong bile apa yang mereka mahukan tak dapat dipenuhi….ade pulak yang terasa kosong bila dah putus asa nak buat sesuatu….mungkin juga teringat pada seseorng yang kita sayang, tapi dia tak ade disisi kita……
    ape pun pengertiannya…….hanya mereka yang pernah alami, faham keadaan yang sebenar……hanya kita sendiri faham diri kita bagaimana, cume kdg2 kita tutupkan hati utk mengenali diri kita sendiri…..sebab ape??? mungkin sebab kita takut utk ketahui kebenaran, n kdg2 kita memerlukan seseorng utk memimpin kita, tiada seorang pun didunia ini yang boleh hidup hanya dengan dirinya sahaja………
    hehehe..just my opinion………isilah hati yang kosong tu…jgn biarkan ianya terlalu lame….nanti masuk angin pulak…..senak rasenya nanti…hahahaha……..isilah dengan warna kuning……kawan2 sentiase berharga, jika kita menghargai erti sebuah persahabatan………

  33. buat mase skrang biarlah indigo menemani diri ini

  34. palie,
    thanks, sbb sudi singgah my blog.;-)

  35. biarlah dia dgn dunia dia..
    cuma kdg2 term ’emo’ itu sungguh cliche bukan?

  36. hidup aku cuma nak Happy tak kisah lah apa warna sekalipun….

  37. aku suke warna biru!

  38. wanmus – mane ade aku mencarut laa… hampeh btul… aku dah lama tinggalkan emo2 tu… hehehe…

    bulus san – lebih kurang camtu laa… sbb skang ni aku asyik lepak umah jer.. kekadang rasa cam boring jer..

    tongah – aku dah tgk.. cantik ambigram yg ko wat tu… siap ngan tafsiran tu… bagus2… kekalkan ciri2 seperti itu… setiap design perlu ada maksudnya tersendiri… hehehe…

    tz – aku xde ambil kisah pun ngan apa yg dia kata… nice simbolik laa…

    inah – thanx for ur advice… tq gak sbb singgah blog ni…

    4g1rlt3lls4ll – thanx…

    nota.kematian – eh.. ye x ye gak ek… jiwa kacau = gila… entahlah…

    chezzy cheese – btul tu… ntah laa budak indon tu… mencemar duli jer..

    ate-tome – wah.. definasi yg bagus dan pjg lebar…

    kasyah – semoga keajaiban sentiasa mengiringi mu…

    nadia – sama2… small matters jer tu…

    nezjoe – yupp… aku setuju.. term ’emo’ tu sgt cliche…

    geneticthylon – aku doakan ko selalu HAPPY…

    sejuk – aku tahu ko sedang hangagt dilamun cinta… semoga berbahagia ngan si dia…

  39. bile kao mahu hupdate?? heh!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: