Mimpi ~ Fantasi Minda Separa Sedar…

Setelah melepasi pagar batu yang berlumut, aku berdiri benar-benar di hadapan pintu rumah. Ya. Pintu sebuah rumah. Rumah yang tersergam indah di atas bukit. Masih kukuh berdiri walaupun sudah berabad terbina di sana. Sayang sekali. Rumah yang sebegitu besar serta indah itu tidak berpenghuni. Ditinggalkan serta dibiarkan usang begitu sahaja. Mungkin akan mereput ditelan anai-anai. Hanya menanti masa untuk rebah menyembah bumi.

Aku pun tidak pasti mengapa diriku berada di sini. Seingat aku, aku hanya berkira-kira untuk menjenguk rumah ini pada petang tadi. Kononnya rumah ini berpuaka. Entahlah. Aku sendiri pun tidak pasti kebenarannya. Hanya mendengar kisah karut tersebut dari mulut-mulut orang kampung. Jadi, untuk membuktikan kesahihan kisah karut ini, aku telah bersepakat dengan seorang lagi rakan untuk menyiasat rumah berpuaka ini pada malam esok. Kami benar-benar nekad untuk melakukannya walaupun ada sedikit kegentaran di jiwa ini.

Dan pada saat ini, aku telah mungkiri janji dengan rakanku itu. Aku datang sendirian pada malam ini. Dan bukannya pada malam esok sepertimana yang telah dijanjikan. Entahlah. Seolah-olah ada satu tarikan yang membawa aku ke sini. Sayup-sayup kedengaran suara halus memanggil namaku agar segera datang ke rumah usang ini. Terasa seperti diri ini dipukau oleh sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Ada sesuatu yang perlu diselesaikan di rumah yang penuh misteri ini.

Setelah beberapa detik berlalu, aku masih tercegat di muka pintu rumah itu. Aku cuba gagahi untuk memasuki rumah tersebut walaupun ada sedikit kegusaran di jiwa. Ah. Persetankan apa yang akan terjadi. Berani buat, beranilah tanggung risikonya. Hati kecilku berbisik. Tanpa membuang masa, aku terus melangkah kaki kananku. Menjengah ke dalam kesuraman rumah tersebut. Bunyi papan-papan lantai yang berkeriut sedikit sebanyak menambah suasana keseraman yang sedia ada. Aku terus memberanikan diri untuk melangkah lebih dalam. Habuk serta debu meliputi hampir keseluruhan isi rumah itu. Berpandukan naluri sendiri, aku terus menuju ke arah tangga. Gerak hatiku seolah-olah mengarahkan diriku untuk menyiasat di tingkat atas.

Sewaktu melangkah menaiki anak-anak tangga rumah tersebut, aku terasa seperti ada sesuatu yang mengekori belakangku. Kaget. Aku cuba menoleh ke belakangku. Namun, tiada apa-apa. Mungkin hanya mainan perasaanku sahaja. Ah. Biarkan. Aku terus melangkah. Terdapat perkara yang lebih penting perlu diselesaikan secepat mungkin. Bagiku masa itu emas. Masa itu emas? Masih rasionalkah pepatah itu digunakan di zaman siber ini? Entahlah.

Dumm ! Bunyi hempasan jendela benar-benar mengejutkan lamunanku. Peluh dingin membasahi seluruh badanku. Rupa-rupanya, aku bermimpi di petang hari. Ah. Siapalah yang menutup jendela sebegitu kuat hingga mengganggu tidur lenaku? Jerit hati kecilku. Terasa sedikit kecewa. Bermimpi sesuatu yang tiada kesudahannya. Keadaan ini samalah seperti melihat wayang gambar ataupun filem yang tiada kesudahannya. Seperti filem ‘The Never Ending Story’. Yup. Ada nada kegeraman di sini. Hanya sedikit geram. Tetapi bukannya emosional.

Huh. Itu baru intronya. Intro untuk entry kali ini. Maaflah. Aku sendiri tidak pasti kenapa intro kali ini agak panjang. Mungkin syok sendiri telah menguasai diriku. Ada sesiapa yang sudi melepaskan diriku dari belenggu syok sendiri ini? Nanti aku bagi upahnya. Mungkin upah yang tidak seberapa. Cukuplah sekadar untuk membeli sesuap rezeki. Haha.

Oklah. Sebagai makhluk yang bernama manusia, kita pasti tidak akan terlepas dari mengalami mimpi. Mungkin agak mustahil andainya seseorang itu tidak pernah mengalami mimpi. Jikalau ada pun, pastilah dia mengalami Insomnia. Iaitu penyakit sukar melelapkan mata. Ataupun dalam kajian sains perubatannya; Insomnia ini merujuk kepada masalah untuk tidur yang mengakibatkan pengidapnya tidak memperolehi tidur yang mencukupi ataupun tidur yang tidak berkualiti. Oh. Aku melalut lagi. Maafkan aku sekali lagi.

Lupakan persoalan Insomnia di sini. Untuk entry kali ini, aku mahu tekankan persoalan berkaitan mimpi. Ya. Mimpi.

Mimpi adalah pengalaman bawah sadar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pikiran, perasaan dan indra-indra lain dalam tidur. Kejadian dalam mimpi biasanya mustahil terjadi dalam dunia nyata, dan di luar kuasa pemimpi. Pemimpi juga dapat merasakan emosi ketika bermimpi, misalnya emosi takut dalam mimpi buruk. Ilmu yang mempelajari mimpi disebut oneirologi. ~ Wikipedia Indonesia

Definasi di atas diperolehi dari Wikipedia Indonesia. Sebuah ensiklopedia bebas berbahasa Indonesia. Cuma versi definasi ini telah aku ringkaskan sedikit berbanding versi asalnya. Sebenarnya, aku cuba mencari definasi mimpi ini dalam Wikipedia Malaysia. Namun, pencarian tersebut menemui jalan buntu. Hampa. Mungkin ada sesiapa yang di luar sana mampu memberi definasi mimpi ini dengan lebih mendalam serta terperinci. Aku tidak layak untuk berbuat demikian kerna diriku ini bukanlah pakar bahasa. Sekadar mampu meringkaskan definasi yang sedia ada.

Dari konteks pemikiranku, mimpi terjadi apabila minda tidak lagi berasimilasi dengan badan sepenuhnya. Secara mudahnya, ianya terjadi apabila minda kita berada dalam keadaan separa sedar. Bagiku, bermimpi adalah perbuatan ikhlas yang kita lakukan. Tiada paksaan dalam melakukannya. Samalah seperti proses perkumuhan. Cuma bezanya, bermimpi dilakukan secara tidak sedar manakala proses perkumuhan berlaku semasa kita dalam keadaan sedar. Yup. Dua perbuatan yang hampir sama. Cuma cara perlakuannya sahaja yang berbeza.

Ramai yang berkata mimpi itu mainan tidur. Dan tidak kurang juga yang mengelarkannya sebagai sebuah fantasi. Ya. Fantasi minda separa sedar. Namun, yang pastinya sesetengah mimpi ini membawa alamat tertentu. Maknanya, terdapat tafsiran maksud di sebalik mimpi tersebut. Tafsiran mimpi? Satu lagi ilmu yang aku ingin pelajari. Siapalah agaknya yang sudi menurunkan ilmu tafsiran mimpi ini kepadaku? Oklah. Jari-jemariku sudah agak lemah meneruskan proses coretan ini. Mindaku juga beransur-ansur menjadi lesu. Mungkin diriku akan terlelap lantas tidur nyenyak selepas ini. Dan tidak mustahil diriku akan terserempak dengan fantasi minda separa sedar. Iaitu mimpi. Oh. Mimpi yang indah. Datanglah kepadaku. Aku amat merinduimu.

P/s : Jutaan terima kasih kepada Encik Tongah di atas ambigram yang dibuat khas untukku. Sebuah ambigram dengan tafsirannya yang tersendiri. Cahaya matahari dalam ambigram itu mengambarkan cahaya yang akan sentiasa menerangi kehidupanku. Amin. Sekali lagi kulafazkan terima kasih. Penat lelahmu itu pasti kuhargai dengan penuh keikhlasan.

Ambigram Lucca D Jiwa

32 Respons

  1. aku ke yg first komen??hehehehe..mimpi..penah gak mimpi buruk..org kata mimpi ni mainan syaitan terutama bila x basuh kaki and x baca doa tdo..palie..hang dah baca doa ke tak??main landing je kat katil??

  2. ayoyo… baru seminit aku update… dah ade org komen… inah.. aku rasa ko dah wat rekod baru ni… hehehe…

  3. kalau berbincang pasal mimpi ni, memang menarik. banyak tafsiran dan pandangan yang kita boleh dapat dari perkataan mimpi.

    “Kejadian dalam mimpi biasanya mustahil terjadi dalam dunia nyata, dan di luar kuasa pemimpi.” semalam aku mimpi jadi ketua mafia dengan dan Don Tongah. tak lojik bukan hahaha.

    hari ni aku belum sempat bermimpi sebab aku belum tidur lagi. insomnia? entah la…

  4. nice topic..🙂
    gua pernah membebel pasal mimpi sebelum ni dalam blog gua..

  5. kekadang selalu kena marah ngn mak aku disebabkan statement aku..

    “umi.. semalam t ‘terlelap’ smpai ke pagi…ingatkan nak tido sekejap aje..”

    mak aku bengang.. sebab aku guna istilah terlelap.. mane ade terlelap smpai pagi.. itu tido mampos la namenye…

  6. mimpi?? erm.best baca citer hantu ko tuh..ye2 lah ak scroll ngan penuh suspen..tp ak dah agak…mimpi*hamap + kecewa…hahahaha…gurau jerk…..

    da lama ak x mmpi…cuma mmpi tuk jerk slu…hahahah!!!

  7. Ahhha, kamu mimpi begitu ngeri… Apapun, tak mungkin mimpi jadi relaiti, tanpa kehendakNya!

  8. aku rase aku mengidap insomnia..patutla aku tak pernah bermimpi sekarang..huhu~sadis

  9. tongah – yupp… mmg menarik isu mimpi utk dikupaskan… mungkin dikaji… maybe aku bleh smbung blaja master dlm bidang mimpi ni kot… hehehe…

    broken nigina – ya… dan aku rasa penah baca… cuma dah terlupa apa isi kandungan dia…

    tz – hehehehe… terlelap smpai kluar air liur basi…

    ee – tu laa pasal… aku pun geram gak sbb x tahu ending dia..

    abg har – yupp… kite hanya perlu percaya pada kuasa-Nya…

    za – uhh.. aku tumpang simpati…

  10. pernah tak bila mana kita mimpi, dan kemudiannya tempat kejadian yang mana kita mimpi kan itu sebenarnya wujud.

    Bila kita sampai di suatu tempat baru, yang baru pertama kali kita menjejakkan kaki ke situ, kita merasakan kita pernah ke tempat itu sebelum ini, rupanya dalam mimpi kita pernah ke situ.

    apa apa pun, segalanya datang dari DIA jua, kerana hanya DIA yang mengetahui segala yang tersurat dan tersirat.

  11. mimpi?
    aku slalu je mimpi di mana ada satu watak itu wajib ada dlm mmpi aku. aku sungguh musykil. aku dh angau ke…

  12. oho bulus san, mesti ko selalu dapat itu mimpi berenang kat besen kan? watak wajib tu mesti best kan? hahahah…aku dah tau dah tak yah nak bg tau ko mimpi ape…ok ape itup…bukan senang wo mau dapat….

    Palie kalau mimpi tu bende yang akan nak jadik ape cerita pulak…aku kadang2 mimpi bende yang nak jadik…dan bende tu mesti akan jadik…cume kadang2 bile dah jadik baru perasan yang kite pernah mimpikannya…

  13. WAKE UP from your DREAM EVIL! harharhar!

  14. sangat tak suka, bila mimpi yg cuba nak ingat, tapi tak ingat2. org kata, mimpi ni berkait dgn kekuatan daya ingatan kita jugak🙂

  15. nota.kematian – yupp… kalu x silap.. tu namanya Déjà vu…

    bulus-san – ko terkenangkan seseorg ke? or sesuatu?

    hariz – nanti aku search info pasal Déjà vu tu..

    bro gayour – bro… thanx jenguk blog yg x sebrape ni…

    aria-ayumi – emm.. tu laa pasal… kekdg ingat.. kekdg x ingat apa yg dimimpikan… hehehe…

  16. Ini info dari Wikipedia pasal Déjà vu :

    Déjà vu (French: “already seen”; IPA: English /deɪʒɑː vuː/, French /deʒa vy/; also called paramnesia, from Greek παρα para, “parallel” + μνήμη mnēmē, “memory”) is the experience of feeling sure that one has witnessed or experienced a new situation previously.

    Untuk maklumat lanjut, rujuk :

    http://en.wikipedia.org/wiki/Deja_vu

  17. if dapat mimpi best mmg tersenggih2 la seharian.. if mimpi tak best.. baik lupa kan.. ahaks.. but, cite ‘Never Ending Story’ tu mmg favourite ku time kecik2 dulu….😉

  18. No wrong to dream but just dunt run from reality cuz the real life is in reality. Wake up so we can turn dreams to actual thing. “)

  19. apa beza mimpi dengan deja vu?
    mimpi org cakap mainan tidur

    tapi kdg2 mimpi mampu buat kita insaf
    mampu buat kita ingat dengan seseorang
    mampu buat kita merasa apa yg tak mungkin

    mungkin mimpi adalah the great escape bagi kita dari seribu masalah dalam dunia

    mungkin…

  20. chezzy cheese – harap2 dpt mimpi indah malam ni… :p

    cik x tau nama – siapakah saudari sbenarnye? smpai saya masih tertanya2… pepahalpun… tepat skali apa yg saudari katakan itu…

    nezjoe – bro… mungkin ada benar kata-katamu itu…

  21. tapi, bila ingat rasa tak best plak. tambah2 klw ingat mimpi yg menakutkan. huhu

  22. cantik la ambigram tu.. sgt catchy.. hehe..
    nway, apakah palie itu author luka di jiwa??

    owh, pasal mimpi.. *actually sy xbaca sgt entri ni.. mata dah xberapa kuat membaca sbb terlalu lama duk kt dpn PC nie. so, sorry klo silap bagi komen..hahah.. (jujur nya aku)*

    boleh dikatakan saya jarang bermimpi. tidur mati lah boleh dikatakan.
    klo baca komen temans blogger, ada yg sebut pasal dejavu gak.. naaa,klo dejavu.. sering terjadi pada sy.. so, mimpi tu x sama dgn dejavu.. heheh.. *ape la yg aku komenkan nie.. maafkan klo x berkenan.. tapi jangan padam yaaa.. hahhaah* peace..

  23. aria-ayumi – kalu mimpi seram… awk tulis laa balik… wat cerpen ke… nanti bleh saye baca… hehehe…

    nina – yupp… palie itu adalah lucca d jiwa… pasal mimpi ngan deja vu tu… saye x pasti sgt… tidak arif dlm bidang tu…

  24. mimpi.. dalam tdo. Deja vu.. tak tutup mate… pikiran melayang.. ada kala kalu kritikal boley dianggap sumthing wrong in head.😀

    Mr palie. wats the different if I tell u my nickname or uses the smiley. Im sure not all the person commented ur posts u know well.

    Assume my nick is ‘ “) ‘. Jangan mare arr… :p

  25. apakah tanda 3 kali aku mimpi seseorang berturut-turut.. mimpi pertama aku dan die bertani..mimpi kedua.. gurau suami isteri… mimpi ketiga masa tidur tghari.. gurau nakal gaya habis. tapi masih gurau suami isteri…

  26. encik palie sibuk ke

  27. palie..palie…dah makin slow update blog tapi sekali update penuh ayat2 tapi sekrang dah lain..dulu happy sekrang dah nampak lain..serius?ya mungkin itu ayatku boleh ungkapkan..eh aku pulak nak wat ayat jiwang..mimpi memang syok bak kata mat punk tapi betul ker syok?hanya membawa kite ke alam khayalan..khayal dengan hidup dan impian khayalan kite..palie..palie..mungkin dah sampai seru buat dirimu palie..semoga selamat menempuh segalanya palie..aku di sini hanya mampu doakan dirimu berjaya dan selamat nanti..

    palie..palie..takpelah..kita tak pernah tau ketetapan yang di atas sana tulis untuk kite..namun setiap hari, Dia akan bawa kita ke jalan yang telah ditentukan olehNya..namun haruskah kita pasrah begitu sahaja???tidak..tidak..semoga berbahagia di sana..

    dari sahabatmu wanmus.com

  28. “) – hehehe… saya sekadar bertanya… x salah kan?

    kucai – aku rasa tu calon teman hidup ko laa… semoga berbahagia… hahaha…

    aria-ayumi – yupp… agak sibuk aritu… tp skang dah ok balik…

    wanmus – serius? entahlah. aku rasa ini mungkin revolusi anjakan paradigma dalam hidupku ini kot… hehehe…

  29. adakah mimpi hanya fantasi @ realiti.
    mimpi hanya di kaitkn dgn mainan tidur semt2.
    adakh bnr?????????

  30. Mimpi merupakan pesanan alam bawah sedar kepada alam sedar. Apa yang di isikan pada minda bawah sedar itulah yang akan di cernarkan oleh alam bawah sedar kepada kita.

    Untuk mendapatkan segala maklumat dari alam bawah sedar.

    Kita haruslah MENYATU DENGAN ALAM BAWAH SEDAR..dalam masa . 0.05 saat Godspot dari Super Bawah sedar ( kesedaran Ilahi hakiki yang menjalankan tindakan ). Akan terangsang untuk bertindak menjalankan apa yang telah di isikan pada minda bawah sedar……………………

    Tahniah sebuah penulisan yang berinfomasi….Ikhlas dari menjaro.blogspot.com

  31. Wow that was unusual. I just wrote an incredibly long comment but after I clicked submit my comment didn’t appear. Grrrr… well I’m not writing all that over again.
    Anyways, just wanted to say wonderful blog!

  32. Exactly how numerous individuals will be served
    daily? What coffee maker or espresso machine will provide you
    the drink you desire? Exactly how very long will the coffee machine want to
    final? seek out a product that has awesome product reviews .
    What Exactly Is the ideal consume of coffee minus the ideal coffee maker?

    whenever you take the work to choose out the
    best quality of coffee beans, find the favorite cook, and locate the most perfect blends, you should find the coffee maker that will
    .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: