Sehangat Peluh Jantan…

Sehangat

Peluh jantan? Pasti ada yang bertanya kenapa peluh jantan digunakan. Dan bukannya peluh sebaliknya. Seolah-olah ada diskriminasi jantina di sini. Cuba fikir sejenak. Andainya perkataan ‘peluh betina’ digunakan, apa reaksi yang bakal aku perolehi. Entahlah. Agak kasar bunyinya. Malah kurang sopan serta tidak mencerminkan ciri-ciri adat ketimuran. Dan sememangnya aku tidak gemar menggunakan kata-kata kesat dalam penulisanku. Lantaklah andainya ada yang mengatakan aku hipokrit. Aku tidak pedulikan semua itu. Biarlah aku tidak tampak ‘macho’ atau bergaya kerna tidak menggunakan kata-kata kesat. Biarkan aku begini. Menulis dengan corak penulisan yang aku gemari. Lagipun, banyak lagi cara untuk melempiaskan kemarahan ataupun ke’tidakpuashati’an kita ini selain mengeluarkan kata-kata kesat.

“Orang lain sudah ke bulan, takkan kita masih dalam tempayan”
~ Aboi

Itu adalah petikan lirik lagu ‘Cakap Cakap Cakap’ yang didendangkan oleh kumpulan Aboi. Susunan ayat yang ‘simple’ tetapi agak mendalam maksudnya. Secara tidak langsung, lagu ini boleh dikaitkan dengan kejayaan Angkawasan Negara. Aku tertarik dengan satu petikan dalam perbahasan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2007 yang baru sahaja berlalu. Bunyi petikan tersebut lebih kurang seperti ini:

“Apabila seseorang yang naik ke angkasa maka secara automatiknya dia akan digelar sebagai angkasawan. Tetapi perkataan ‘angkasawan’ ini tidak boleh disamakan dengan gabungan 2 perkataan iaitu ‘angka + sawan’. Angka ialah nombor manakala sawan adalah penyakit. Jadi perkataan ‘angka+sawan’ mungkin membawa maksud yang kurang elok andainya dibandingkan dengan perkataan angkawasan.”

Sinis kan? Aku pun sudah lupa individu yang mengeluarkan kata-kata tersebut. Agaknya, mungkin beliau sekadar berseloroh tatkala mengeluarkan kata-kata tersebut. Susulan kejayaan Program Angkasawan tersebut, pelbagai istilah baru dikeluarkan. Antaranya;

Bangsa Angkasa atau ‘space nation’
– Bangsa yang sentiasa mempunyai impian tertinggi serta tamadun yang hebat.

Mengangkasa
Satu pencapaian setinggi mungkin yang dijadikan wawasan, impian dan cita-cita.
– Menggemilangkan atau memartabatkan sesuatu daripada yang sudah ada ke tahap lebih tinggi
– Melambangkan usaha sehabis baik untuk menjadikan impian yang dianggap mustahil dapat menjadi realiti pada satu masa nanti.

Agak menarik kan? Mungkin kita tidak pernah terfikir untuk menggunakan perkataan tersebut sebelum ini. Malah, mungkin jua perkataan-perkataan ini tidak pernah terlintas dalam kotak pemikiran kita selama ini. Mungkin.

“Setitis keringat yang mengalir melalui liang-liang roma adalah harga sebuah usaha.”

Aku masih teringat kata-kata tesebut. Kata-kata yang diluahkan oleh seorang temanku pada suatu ketika dahulu. Kata-kata yang mampu membangkitkan kecekalan hatiku untuk berjaya. Teman, terima kasih di atas kata-katamu itu.

“Bukan senang hendak tenang tetapi apabila tenang pasti akan senang.”

Satu lagi kata-kata pembakar semangatku. Aku sudah lupa di mana diriku memperolehi kata-kata tersebut. Mungkin mudah untuk meluahkannya dengan kata-kata. Namun, untuk merealisasikannya pasti memerlukan seribu satu keazaman serta usaha yang tidak mengenal erti putus asa. Dan aku akhiri entry kali ini dengan satu konsep kehidupan yang pernah aku pelajari satu ketika dahulu. Satu konsep kehidupan yang agak menarik bagiku.

Permata. Walaupun bertahun-tahun lamanya berada dalam lumpur, ianya tetap ada sinarnya. Berbeza dengan tahi. Sekalipun berada dalam pinggan kristal yang bertatahkan berlian, ianya tetap berbau busuk buat selama-lamanya.”

17 Respons

  1. “Permata. Walaupun bertahun-tahun lamanya berada dalam lumpur, ianya tetap ada sinarnya. Berbeza dengan tahi. Sekalipun berada dalam pinggan kristal yang bertatahkan berlian, ianya tetap berbau busuk buat selama-lamanya.”

    aku sokong.. jangan jadi tahi.. jadilah permata yang berada didlam lumpur.. memang best ayat tu..

    cantik sekali gambar ‘sehangat’ tu… kena gaya,situasi dan ayat..

  2. suka ngan kata2 permata tu..yeah..keep it up =)..pembakar semangat den jugak ni..hehehehe

  3. kucai – thanx puji gambar tu… tu salah 1 hasil eksperimentasi aku… harap2 dpt buat yg lebih baik pasni…

    budak gym @ inah – sematkanlah kata2 permata tu dalam hati…

  4. Ehhhh ada sorang dah cakap benda ni lama, dalam lagu dia. Lagu Gemuruh, Faizal Tahir.

    “Gemuruh rasa, semangat membara, dari puncak, ingin ke angkasa”

    Nahhh, lagu tu kan menuju kejayaan…

    Teringat, kita hari-hari diseru 5 kali untuk menuju kejayaan…

  5. ske post ni..ske..ske..
    post yg sangat baek..

  6. buat aku rasa bersemangat kembali. thanx palie sebab kongsi kata² keramat.

    aku nak pakai lagi kata² kau hehehe. takde copyright kan. 🙂

  7. banyak words best dlm entri nih. congrats palie. i like this post! 😉

    tak penah terpikir plak nak asingkan perkataan angkasawan = angka + sawan.

  8. =)

  9. very interesting entry for me to read today, many thnks!

  10. biar orang laen ke bulan.
    sebb mahu pergi ke tempat laen.
    tapi bukan duduk dlm tempayan.

  11. ow encik palie.. sehangat peluh jantan tu boleh jadi tajuk lagu lah.. hahah..
    entri sungguh penuh dgn qoutes..
    cantek.
    hehe..

  12. “Bukan senang hendak tenang tetapi apabila tenang pasti akan senang.”

    suka ayat ni…

  13. kata2 last itu sungguh best..oleh itu mari bermain lumpur

  14. best n3 nie…
    tp tau tak DR SMS bukan angkasawan Malaysia pertama sampai ke langit… org Malaysia pertama ke langit ialah org Terengganu iaitu Ayah Pin… sampai skang x turun² lagi ke bumi….🙂

  15. abg har – eh ye ke… x penah laa lagu tu… nanti nak dengar laa…

    za – baik ke? tq….

    tongah – silakan bro… aku x sempat nak wat copyright… hahahaha….

    aria-ayumi – kalau awk suka… saya lagi suka… hehehe…

    wawarony – senyum je? xpe.. xpe… senyum tu kan sedekah…

    chezzy cheese – lega bila awak ckp entry ni interesting… tq…

    pandagumuk – btul gak tu… thanx singgah blog ini…

    ninadewe – ok gak kalu nak wat tajuk lagu… dah siap lagu tu nanti.. kasi saya dengar ek..

    pola – kalu suka… simpanlah sebagai ilmu di dada…

    minami – yupp… marilah bermain lumpur bersama-sama…

    armyzx – hahahaha… btul tu…

  16. peluh betina tak wujud sebab kaum hawa tak banyak berpeluh macam kaum adam…. maklumlah 50% kurang peluh dari lelaki gitu, he he

  17. hahaha.. btul gak tu… maybe sbb diorg x byk gerak cam kaum adam… lemah-lembut katakan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: