Experimentasi Dari Jiwa Kacau…

Jiwa kacau lagi? Haha. Sebenarnya aku sengaja menamakan tajuk entry sebegitu. Walhal tiada kaitan pun dengan isi kandungannya. Aku pun sudah tidak mahu menggunakan perkataan ‘jiwa kosong’ lagi. Kerna dikhuatiri membawa maksud yang berlainan. Yup. Kadangkala sesuatu perkara yang cuba kita perkatakan membawa pengertian yang berbeza kepada individu yang berlainan. Sepertimana kata-kata pepatah Melayu. Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Teringat kata-kata yang pernah aku luahkan pada seorang teman blogger. Luahkan segala rasa tidak puas hati di blog sendiri agar ianya tidak bersarang di hati. Aku pun tidak ingat bagaimana tercetusnya kata-kata itu. Secara spontan agaknya. Berbalik kepada ‘jiwa kosong’ tadi. Berdasarkan pada pengertianku sendiri, jiwa yang kosong adalah jiwa tanpa emosi. Aku berkata-kata sedemikian kerna bagiku emosi itu adalah salah satu keperluan jiwa setiap insan normal yang hidup di muka bumi ini. Dan secara tidak semena-mena, aku teringat kata-kata saudari Aria Ayumi. “Emosi satu keperluan jiwa, emosi satu makanan jiwa”. Mudah dan tepat. Lupakan persoalan ‘jiwa kosong’ itu. Biarlah ia habis di situ sahaja.

Pada tika dan saat ini,  terasa jiwaku lebih tenang serta stabil berbanding semasa kehidupanku di Johor Bahru. Bukanlah aku cuba membandingkan Johor Bahru dan Kuala Terengganu ini. Cuma sekadar meluahkan emosi sendiri. Luahan rasa jiwa barangkali. Walaupun pahit untuk diluahkan dengan kata-kata, namun itulah realiti yang aku hadapi selama ini. Realiti kehidupan yang pernah serta perlu aku tempuhi. Asam garam kehidupan yang penuh dengan pancaroba tersendiri. Syukurlah ke hadrat-Nya kerna hingga saat ini kita semua masih bernyawa. Hayati setiap detik hembusan nafas dengan penuh kesyukuran. Moga-moga kita semua dirahmati-Nya.

Sedar tidak sedar, rupa-rupanya sudah hampir 7 tahun aku menetap di Johor Bahru. Kenangan di sana masih segar terpahat di mindaku. Seingat aku, umur remajaku baru mencecah 18 tahun ketika aku mula-mula menjejak kaki ke sana. Masih mentah dan belum memahami selok-belok kehidupan secara mendalam. Seiring dengan peningkatan usia, semakin bertambah ilmu serta pengalaman yang ditimba dari sehari ke sehari. Aku mula belajar mengenal erti sebuah kehidupan. Kehidupan yang sukar untuk aku fahami sebelum ini. Aku juga mulai menghargai setiap apa yang berlaku. Kenangan pahit manis juga silih berganti menerjah ke dalam ingatan ini selama merantau di selatan tanahair itu. Semua itu benar-benar mematangkan diriku ini. Dan kini, setelah umurku mencecah suku abad, barulah tergerak hatiku untuk kembali ke kampung halaman. Ya. Kembali untuk berkhidmat di negeri kelahiran. Negeri Terengganu yang tecinta.

Dan hari ini, genaplah sebulan aku berada di Terengganu. Jiwaku terasa benar-benar tenang. Bagaikan tiada masalah yang menjengah hidupku. Jikalau adapun, sekadar masalah-masalah kecil. Masalah yang biasa dialami oleh semua orang. Berlainan sekali dengan kehidupanku di Johor. Kusut. Dan seolah-olah hilang arah tuju. Kerjayaku silih berganti. Tempat berteduh juga saling berubah. Dan percintaanku menemui jalan buntu. Jadi, haruskah aku terus bertahan di sana? Mungkin ada yang mampu. Bagiku, cukuplah apa yang telah aku tempuhi. Lantas, aku bertekad untuk berevolusi. Ya. Revolusi ke arah kehidupan yang lebih baik. Itulah revolusi yang aku canang-canangkan selama ini.

Secara jujurnya, aku mulai suka dengan suasana serta persekitaran di Terengganu ini. Terlalu banyak perubahan yang berlaku. Perubahan yang drastik. Mungkin berlaku di era pemerintahan Gelombang Biru. Entahlah. Aku tidak mahu menyentuh isu-isu berkaitan politik di sini. Biarlah orang-orang yang lebih arif berkata-kata mengenainya. Cuma yang pasti, tunaikan kewajipan mengundi apabila pilihanraya tiba. Ya. Kewajiban sebagai warganegara Malaysia tanpa mengira umur, darjat, kaum, agama dan bahasa.

Bercerita berkenaan pembangunan Terengganu, ternyatalah pelbagai kemajuan telah dikecapi berbanding 7 tahun yang lalu. Tempoh 7 tahun sewaktu aku merantau nun jauh di selatan Semenanjung. Antaranya, dua buah pasaraya besar yang gah berdiri bersebelahan iaitu Giant serta Mydin. Dan kewujudan restoren-restoren makanan segera seperti KFC, McDonald, Pizza Hut, Chicken Rice Shop, Mama Chop Papa Grill, Secret Recipe serta A&W. Selain itu, acara tahunan iaitu Monsoon Cup juga telah merancakkan lagi industri pelancongan yang sedia ada di sini. Dan tidak lupa kepada pembinaan Masjid Kristal serta Masjid Terapung yang benar-benar mengagumkan. Hiburan seperti karaoke, futsal serta bowling juga sudah tidak asing di sini. Pendek kata, semuanya sudah ada di sini. Hanya wayang sahaja belum ada untuk mencukupkan hiburan di negeri ini. Hiburan duniawi.

Dan seandainya dikaitkan dengan hiburan, isu keruntuhan akhlak serta masalah sosial pasti akan diperkatakan. Entahlah. Bagiku, itulah suatu pengorbanan yang berlaku demi untuk mencapai kemajuan pembangunan sesebuah tamadun. Ya. Harga sebuah pengorbanan. Andainya diimbas kembali negeri Terengganu pada 10 tahun yang lepas, agak sukar mencari seorang anak dara yang berpakaian menjolok mata serta tidak memakai tudung. Namun, cuba lihat negeri ini sekarang. Berkunjung sahaja ke Mydin Mall ataupun Giant, pasti mata ini akan terlihat gadis-gadis agak ke’Barat’an sedikit. Bertudung tetapi berpakaian ketat. Ataupun berbaju kurung tetapi tidak bertudung. Itu hanya sekadar beberapa contoh. Banyak lagi rasanya. Dan di sini, ingin aku perjelaskan, tulisanku kali ini tidak berniat untuk membidas sesiapa atau mana-mana pihak sekalipun. Cuma sekadar untuk kesedaran serta renungan diri sendiri. Aku sedar, tanpa pegangan agama, aku pasti rebah ke bumi. Tewas dalam dugaan duniawi yang semakin mencabar. Serta hanyut dalam keasyikan hiburan dunia semata-mata. Ya Allah. Lindungilah hambamu yang lemah ini. Amin.

P/s: Maaflah andainya entry kali ini seolah-olah membangga-banggakan negeriku sendiri. Rasanya tidak salah andainya anak jati hendak berbangga dengan tempat tumpahnya darah. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Di kesempatan yang terluang ini, aku memohon jutaan kemaafan andainya ada pihak yang tersinggung dengan coretan nukilan aku kali ini. Mohon ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Dan terima kasih juag kerna sudi membaca hingga ke penghabisannya.

14 Respons

  1. ahaks. ayat tu berdasarkan komen2 bloggers lain dlm entry emosi itu abstrak. kite ringkaskan jadi satu ayat. huhu.

    di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung🙂 ape yg best dgn kt, kite dh ade byk gamba pantai dlm simpanan. hehe

  2. Hummm satu jer saya dapat simpulkan bila baca keseluruhan entri. Ya setiap bait-bait kata….

    “Tak suke, tak suke!!!! (sambil tunjuk-tunjuk dinding…”

    Argkhhh, menambah kerinduan hati, nak berkhidmat di Pahang. Rasanya apa yang Palie tulis tu betul. Saya lebih tenang bila memijak tanah di Pahang, berbanding Johor…

    Hummm, nantikan aku, wahai Kota Inderapura….

  3. terengganu memang best!
    keruntuhan akhlak bukan senang nak ditangani, takkan sampai bila-bila tak nak memajukan negeri, kan?

    p/s: aku tak ada masalah dengan frasa jiwa kosng, atau jiwa kacau, apa-apalah. bagi aku, setiap orang punyai luahan tersendiri. sebab tulah aku takkan betulkan kalau orang tu guna frasa yg pelik. setiap orang ada gaya dan alunan bahasa tersendiri. maksudnya hanya penulis yg faham.

  4. Ya,setuju dgn Azrul. Setiap orang ada cara luahan yg tersendiri. Begitu juga dgn saya. Bila saya mengatakan Britney itu tidak cantik, kawan saya membantah. Cantik itu subjektif.. sama spt pendapat @ luahan kita juga. Lain org lain pengertiannya.

  5. kata org..”Hujan Emas di negeri org..Hujan batu di negeri sndrik Lebih baik kat negeri sndri..”

    Definasi jiwa kosong pd aku… ialah “jiwa tanpa cinta”…

  6. aku dah lama tak ke terengganu..rindu jugak nak ke sana..pasti masih menarik macam dulu lagi kot…mungkin pantainya semakin cantik…haha..

    rilek bro..hidup kene steady..

    itu kata² daripada kawan aku yang selalu dia ungkapkan kepada aku…

  7. Aku paham tentang jiwa kosong itu… aku mengalaminya kini… bukan kosong dari segi agama tapi kosong disebabkan kekacauan emosi.

    Lama juga kau bertahan di Johor. apa kata sesekali tu keluar merantau dari luar malaysia; kau akan dapat perspektif baru cuma satu aje yang tak kan berubah iaitu jiwa kosong itu..

    Aku tak happy sebab jiwa aku kacau…. kosong… kerana apa? biarlah rahsia.

    Selalunya setiap orang itu akan berasa selesa di rumah sendiri, di tempat sendiri… di kelilingi watak – watak yang kita kenali; walau sejauh korea aku dah merantau; aku tetap lebih selesa berada di Johor Bahru tempat lahir aku.

  8. aku selesa berada di KL =)

    anyway..hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri..biarlah balik di negeri sendiri..

    di mana bumi dipijak..di situ langit dijunjung..be wise buddy =)

    next week inah akan ke kelantan..release tensen =)

  9. aria-ayumi – ye ke… hehehe… x perasan lak…

    abg har – yupp… tempat tumpahnya darah pastinya dikenang2…

    azrul – kalu nak dtg terengganu.. bgtau laa aku… pasti aku sedia menyambut kedtganmu…

    ixora – tepat sekali luahan pendapatmu itu… ada kebenaran di sebalik pendapat itu…

    pola – erkk… masih mencari cinta ke?

    zuriaf – yupp… terengganu masih cantik seperti dulu..

    geneticthylon – btul tu… kerna di situlah kite membesar…

    inah – ya.. hiduplah dengan harmoni di tmpt yg kita sendiri suka…

  10. lookin fwd nak pegi sane skali lg.baru skali je jejak.huhu.

  11. saya tidak sempat baca entri.. tp sempat dtg berkunjung ke blog ini. kepala sakit gile, so.. esok la saya baca entri ni ya.. hehe.. just wanna say hi =)

  12. aku akan ke besut 30-6/12 ini.nantikan aku disana🙂

  13. bro, tak dinafikan gadis2 sebegitu memang macam tu.

    aku lebih suka bersantai di rumah dari keluar naik kl coz aku tau makin byk godaan yg bakal dtg. bile muslim bukan muslim sebenarnya ;(

  14. pandagumuk – kalu nak dtg sini nanti… bgtau laa…

    ninadewe – hi again…

    sejuk – erkk… ko dtg sini… ade ape? keje @ bercuti?

    kasyah – wow… pedas gak komen ko tu.. hehehe…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: