Adaptasi Dari Kehidupan Seorang Lelaki…

Ya. Aku cuba menulis. Menulis dari pandangan kaca mata seorang lelaki. Bagiku, realiti itu sesuatu yg sukar ditelan tapi mudah untuk diluahkan. Sama seperti kata-kata cinta. Di sini, aku cuba kaitkan cinta dengan kehidupan seorang lelaki. Ramai lelaki malu untuk memperkatakan tentang cinta. Bukan malu sebenarnya tetapi lebih kepada sifat keegoan dalam diri sendiri. Ya. Perkataan ‘ego’ lebih sesuai digunakan. Ego untuk meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati sendiri. Kebanyakan lelaki begitu tetapi tidak bermaksud kesemua lelaki bersifat sedemikian. Malah, ada sesetengah orang meluahkan rasa cinta kepada seorang wanita melalui lagu. Search dengan lagu ‘Isabella’nya. Kris dengan ‘Tiara’. Exists dengan ‘Jesnita’. Mega dengan ‘Nina Karina’. Cukuplah sekadar menyebut beberapa contoh. Dan rasanya banyak lagi. Jadi, aku perlu buang sifat ego itu. Usirkan sahaja ego itu dari diri ini. Agar ianya tidak terus bersarang di hati. Dan tidak perlulah menjadi hipokrit. Menipu diri sendiri demi mempertahankan ego. Kita dijadikan berpasang-pasangan. Jadi, luahkan rasa sayang pada orang tersayang. Cetuskan rasa rindu. Sebarkan rasa cinta.

Cinta dari perspektif lelaki adalah berbeza dengan wanita. Ya. Setiap individu berbeza citarasa. Dan kecantikan seorang wanita itu adalah sesuatu yang subjektif. Ada yang suka pada rupa paras. Ada yang memandang budi pekerti. Ada yang suka pada bentuk badan yang seksi. Dan tidak kurang juga memandang darjat serta harta benda. Entahlah. Tepuk dada, tanyalah iman sendiri. Buatlah pilihan yang tepat dan bersesuai dengan jiwa sendiri agar tidak menyesal di kemudian hari. Ingatlah. Seorang lelaki sepatutnya melakukan apa yang patut dilakukannya. Sekadar satu pesanan ringkas untuk diri sendiri. Pesanan ringkas sewaktu aku masih mampu berfikiran waras.

Bercinta itu tidak salah. Tetapi janganlah terlalu obses dengan cinta. Hingga sanggup melakukan apa sahaja semata-mata kerna cinta. Sanggup mengalirkan air mata berhari-hari kerna gagal dalam bercinta. Sanggup menggadaikan maruah demi cinta. Dan pelbagai lagi kesanggupan dalam mengejar erti sebuah percintaan. “Cinta hanyalah cinta… Hidup dan mati untukku…” Itulah petikan ungkapan dalam sebuah lagu yang bertajuk ‘Tentang Seseorang’. Salah satu lagu dari soundtrack filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’ yang cukup aku minati. Agak drastik lirik lagu itu. Terlalu memuja cinta. Cinta sesama manusia. Sebagai seorang Muslim, cinta kepada Allah S.W.T. adalah yang paling utama dan perlu didahulukan.

Aku berharap agar cinta dapat memberikan aku sepasang sayap. Sepasang sayap yang mampu membawa aku berterbangan di udara. Merentasi fantasi diri sendiri yang seluas lautan biru. Fantasi yang tidak terjangkau oleh imaginasi sendiri. Dan mungkin fantasi yang tercipta dari minda separa sedar. Aku sedar. Risiko kepatahan sayap tetap ada. Kemungkinan yang tidak terjangka. Janganlah terbang andainya takut jatuh ke bumi. Dan tidak usahlah belajar terbang andainya tiada sepasang sayap ataupun kepak. Dan ingatlah, membuka minda untuk menimba pengalaman baru adalah salah satu proses untuk menjadi lebih matang.

Dan kepada teman-teman blogger yang ingin berhenti dari arena pemblogging, ini satu nasihatku. Mungkin juga nasihat untuk diriku sendiri. Berehatlah seketika. Biarkan perkara yang merungsingkan jiwa pergi. Dan andainya keadaan kembali tenang, kembalilah menaip. Menaip dengan seikhlas-ikhlasnya. Sepertimana kata-kataku sebelum ini. Keluarkan segala perasaan yang terbuku di hati selama ini. Agar ianya tidak terus bersarang di hati. Tulislah apa-apa yang terbit dari hati nurani selagi ianya tidak bercanggah dengan agama. Dan juga tidak menyentuh isu-isu sensitiviti masyarakat setempat.

Emm. Cukuplah setakat itu kehidupan dari kacamata seorang lelaki. Dan secara tidak semena-mena, teringin pula hendak mengetahui erti kehidupan dari perspektif seorang wanita. Jadi, kepada wanita di luar sana yang membaca blog ini. Ada tak sesiapa yang berani sahut cabaran ini? Cabaran menulis berkenaan kehidupan seorang wanita.

Tidak faham apa yang aku cuba perkatakan di sini? Kalau tidak faham, tidak mengapalah. Mungkin kesilapan diri ini. Abaikan sahaja. Dan lupakanlah. Anggaplah ini hanya bebelanku di kala masa lapang yang terluang. Sekadar hiburan kepada diri sendiri. Tamat.

41 Respons

  1. Lagu pun leh dikira sebagai luahan perasaan ke.. mane la tau lelaki bg lagu kat pompuan suke-suke jer.. isi masa lapang.. kalo percaya nant pompuan plak jd perasan.. ssh ke berterus terang.. ; )

  2. “teringin pula hendak mengetahui erti kehidupan dari perspektif seorang wanita. Jadi, kepada wanita di luar sana yang membaca blog ini. Ada tak sesiapa yang berani sahut cabaran ini? Cabaran menulis berkenaan kehidupan seorang wanita.” – luccadjiwa

    teringin? saya pon ada satu. cuma baru start berhadapan dengan perasaan sendrik.. tapi kat dalam blog aja la.. sebab realiti.. banyak perkataan yang tak mampu diluahkan.

    banyak aje blog2 nukilan kaum hawa.. berkaitan hidup. bukan ke kebanyakan blog is just like online diary?

  3. oh..aku bersetuju dengan kau palie..lagu pun boleh dijadikan sebagai penyampai perasaan..err, aku pun dah penah buat..hahaha…

    miss aisy : berterus terang itu penting jugak, tapi lagu ni sebagai salah satu medium..hei, bukan semua lelaki mempunyai keberanian..bukan senang untuk mengumpul keberanian..

    err..sorilah palie, kalau aku dah buat ruangan komen ni macam aku punya blog plak..hehe…

  4. aku amat suka lelaki yang berterus terang sbb aku seorg yg complicated. Utk itu, lelaki itu perlu sesimple yg mungkin. agar aku mudah paham apa yg ingin di sampaikan..heheheehhe
    Anyway,be yourself is the best way.=)

  5. sungguh hebat falsafah cinta anda..
    bak kate ngah..
    ‘cinta adalah satu perasaaan yang berlaku pada masa yang betul dengan orang yang betul ditempat yang betul..’

  6. jika ada rasa atau satu pe’rasa’an yang menginginkan satu kepuasan selepas diluahkan.. maka.. luahkan lah didalam blog.. ia sungguh nikmat sekali…

  7. x bercinta.
    dan x percaya pada cinta yang korbankan segala2nya.
    laenla suami kamu.then u can leave everything for him.

  8. cinta macam korek taik telinga.. klu tak korek tak bes.. klu korek slalu jadi pekak..
    cinta macam kacang kuda.. makan takdak la sedap sgt.. tapi bila makan.. taknk berenti..
    cinta macam rokok gudang garam.. isap ada rasa manis.. tapi banyak2 boleh kena penyakit..
    cinta macam sampah sarap.. suka atau tak.. mesti ada.. bila banyak nk kena buang..
    cinta macam bermasturbasi.. buat sonok.. tak buat jadi sangap..
    cinta macam pertandingan berlari dalam guni.. menang or kalah org tetap gelak..

  9. cinta itu ntah apa2…bahgia dia kejap je..derita nyer berpanjangan…

    “Mencipta kenangan itu terlalu mudah…
    Tetapi melupakannya amatlah payah…
    Melukai tidaklah susah…
    Tetapi dilukai terlalu parah…”

    Lagi satu lelaki mmg ego kan.. kebanyakan nye TErsangattt EGOOO…

    Mahal sgt kah ego seorg lelaki tu?

  10. Saya takde komen pasal cinta2 ni semua.. sbb takde pengalaman barangkali.

    Oh,ya sebut pasal berhenti blogging.. bunyi mcm ramai je yg brenti tulis blog?

  11. aku sgt2 setuju ngan post ko neh…
    kehidupan seorang wanita?aku rase perspektif kehidupan or cinta dari seorang wanita ko bley tgk mane2 blog perempuan..
    sbb aku rase most of the time wanita menulis dengan perasaan..tidak kew begitu?

    aku rase aku camtu..huhu~

  12. Waduhhhh. buat kamu semua yang belum bertemu penulis blog ini.

    Ya, Palie, memang begitu… huhuhuhu

  13. cinta??wujudkah??palie..nak kopok losong please!!eh..x de kena mengena plak..lalalalaal

  14. kekadang ego lelaki memakan diri…

    cinta banyak ajar aku menjadi manusia matang.. jangan kerana cinta kita sanggup gadai maruah.. maruah mahkota wanita.. jaga elok2…

  15. lama tak singgah sini palie! cinta lagi eks? no komen bout cinta sebab cinta tu boleh datang datang dan pergi begitu saja…. cinta itu unik… cinta tu kasih sayang.. yang penting kena pandai jg diri… jgn terlalu alpa dengan cinta😛 cinta Ilahi jua yang abadi…

  16. “Dan secara tidak semena-mena, teringin pula hendak mengetahui erti kehidupan dari perspektif seorang wanita. Jadi, kepada wanita di luar sana yang membaca blog ini. Ada tak sesiapa yang berani sahut cabaran ini? Cabaran menulis berkenaan kehidupan seorang wanita”.

    ko bg aku sth tok d pk kan..hee..kehidupan seorg wanita atau cinta dr perspektif wanita yg ko nk tauu? bg aku..cinta 2 satu toleransi. gve n take. walopon give more n expect less is the best way to handle thgs in life..tp ape ko akn rase kalo cume ko je yg mberi?.. bg aku, aku tak demand dlm bab cinta ni..ble aku rase org itu ade chemistry ngn aku.. n bkn niat nk main2 saje2 ngn aku..n it happens at the rite time..id gv it a try..but mind u..its x dat simple to find sum1 yg ade chemistry ngn kte mcm petik jari tu. sumtimes it takes a life long journey.hmm..sory. mbebel pnjg.. juz gvg out my own piece of mind.

  17. orang sering kali menyalahkan video game, filem aksi ganas bila bercakap tentang depresi yang di alami oleh remaja dan muda mudi, juga orang dewasa.

    tapi pernahkah oang terfikir berapa banyak lagu tentang kekecewaan yang berada di luar sana?

    Lagu itu satu medium untuk menunjukkan perasaan si penyanyi dan penulis lirik.
    Kebanyakkan karya agung semuanya berteraskan kekecewaan/ depression

    menarik bukan?

  18. “Cabaran menulis berkenaan kehidupan seorang wanita.”

    adehh. tak berani nak sahut cabaran. sebab ase cam tak masuk fasa wanita lagik. baru tengah fasa budak perempuan yg suka riang ria. huhu

  19. suka dgn quoate cinta tu🙂

    hidup ini mesti bergelumang dengan cinta. kerana cinta itu yang ‘menghidupkan’ setiap jiwa yang kosong dan hambar. hidup tanpa cinta umpama lembaran kertas kosong yang tidak terpalit setitis dakwat sekalipun.

    cinta kepada manusia itu mengasyikkan
    tapi,cinta kepada Tuhan lebih mendamaikan🙂

  20. byk je blog pasal kehidupan dr kaca mata wanita.
    mine is about my life.so tu pun kire life from a woman’s perspective kan.
    anyway, seronok bace blog ni. =)
    keep writing!

  21. Miss Aisy – kalu ikut pandangan saye… mmg lagu tu salah satu medium utk luahkan perasaan… mungkin kerna tiada kekuatan untuk berterus-terang… mungkin…

    “) – erkk… ape blog awk? kasi laa url..

    zuriaf – aku x kisah pun… thanx sudi jawab bagi pihak kaum adam…

    tiramissu – harap2 awak berjumpa lelaki idaman awk tu… amin…

    ajurina – hebat? xde laa… cuma luahan jiwa sendiri…

    kucai – ye.. luahkan segala yg tersurat & tersirat dlm blog sendiri…

    pandagumuk – x bercinta? xpe laa.. one day nanti… kamu akan mengalaminya… hehehe…

    ngah – wah… hebat btul pepatah ko ni… hehehehe…

    pola – ego adalah mahkota seorang lelaki…

    ixora – xde pengalaman? xpe.. pelan2.. nanti lama2 dpt laa pengalaman tu…

    zienonz – btul gak tu… blog ko ade x? nak exchange link…

    abg har – erkk… no komen…

    budak gym – pastilah cinta itu wujud… mungkin saudari blum ketemuinya… sabarlah…

    tz – btul tu.. x usahlah gadai maruah semata2 kerna cinta yg x pasti penghujungnya…

    fiza – ya.. jgn terlalu alpa dengan cinta duniawi…

    irarox – thanx sbb berkongsi buah fikiran di sini… really appreciate it…

    nezjoe – memang menarik… aku pun suka karya2 yg bercirikan kekecewaan itu… ade sesuatu yg bleh dipelajari…

    aria-ayumi – erkk… blum masuk fasa wanita? hehehe… kalu dah masuk fasa tu nanti.. bleh laa komen di sini…

    ja – thanx sbb sudi singgah blog ni… ape url blog awk ek?

  22. cinta pada Allah dan cinta pada orang lain dari perspektif lelaki…. contohilah Rasulullah…. dari perspekstif perempuan… contohilah Khadijah….

  23. btul kata-katamu wahai saudara musnaz…

  24. oho ego yang paling bagus adalah yamaha ego…kerane awek ramai yang tergilakannye walaupun ia sekadar besi buruk jika merempuh sebuah lori sampah…hahahaha…..

    P/S :: Bile mau abis lagu boboy ini? belum jumpa awek sebenar ka?

  25. KNB memaut blog ini tanpa dilukai. Hee.

  26. apdet pliss.. hee =p

  27. hariz – awek sebenar? hahaha… nanti2lah.. banyak lg mende lain nak wat… hehehe…

    khairulnizambakeri – ok.. tq… aku pun dah add blog ko…

    ixora – hehehe… dalam proses…

  28. l0vE is s0 c0mplicatEd… tak dapat di ungkapkan mElalui kata²… mungkin cinta dari pErspEktif lElaki dengan wanita adalah bErbEda.. namun yang pasti.. sEtiap individu inginkan cinta yang ikhlas dan jujur.. Cinta sEjati adalah cinta yang lahir tulus dari hati… kadang² ia menyakiti, kadang² ia mengasyikkan… di situ juga tErlEtaknya pEngorbanan, pErsEfahaman & pEngErtian yang mendalam… Hanya hati yang menyinta sahaja yang tahu apa itu Erti CINTA yang sebenar… ( “,)

  29. kadang2 berehat seketika aku rasakan ia amat perlu..

    tadi sebelum aku baca ayat ini “Cinta hanyalah cinta… Hidup dan mati untukku…” aku dah ternyanyi dlm hati..skali ko menulis kat sini hahaha..aku jugak suka lagu tu..lagu tentang seseorang..

  30. url blog.. segann.. sebab it contents all.. my pic also.. takpa2.. saya conteng blog mr palie aje. bley?

  31. laa… apa yg nak disegan… blog kan tmpt luahan perasaan…

  32. “Bercinta itu tidak salah” — mmg betul.. tp jgn ler trlalu obses sgt dgn cinta ni.. yg lain2 tu no komen.. hihihi..

  33. aku akan cuba memahami kehendak esei yang ko inginkan daripada seorang wanita.. apabila soalan telah difahami, aku akan menyahut cabaran kau.. hehe

  34. along – emm… komen sebeginilah yang aku suka…

    M1N4M1 – erk.. satu kebetulan laa.. hehehe…

    chezzy cheese – tepat sekali… tak usahlah kite terlalu obses ngan cinta… cinta berlandaskan nafsu pasti tak ke mana… cinta kepada-Nya lebih utama…

    4g1rlt3lls4ll – sila2… aku tidak sabar membaca entry tersebut..

  35. aku suke tulisan2 ko

    sungguh menarik

    dan seperti suatu addiction

    seperti addictnya aku terhadap coffee

    tahniah ya

  36. no guts 4 me. God, plez guide me;)

  37. ahli jiwa – ye ke… thanx sbb suka tulisan aku yg x seberapa…

    akita – erk… ape blog awk ek?

  38. cinta begitu susah utk ditafsirkan…terpulanglah bagaimana seseorang itu mentafsir cintanya..
    cita sejati adalh cinta yg disulami dgn
    keikhlasan & kejujuran..

  39. cinta itu sulit utk didefinisikan..
    tp arti cinta it sndr akn kt rsakan dan akn dpt dimengerti..
    apabila kt sdh mrskn manis dan pahitnya cinta..
    dan erti cnta it sndr pny mkna dlm hati tiap2 org,, betul tidak..??
    cinta adalah cinta itu sendiri..
    jadi belajarla utk mencintai ape yg kite ada..

  40. kasih – emm… thanx sudi lawat blog ni…

  41. sy nk pinjam skit kata2 saudara pasal kehidupan seorang lelaki.saya berharap saudara x kisah…tulisan saudara sedikit sebanyak membuka pandangan saya…sy nk guna luahan hati saudara sebagai batu anjakan pada saya dab teman2 saya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: