Eksploitasi Realiti Sang Pemimpi…

Idea. Ke manakah dikau menghilangkan diri di saat aku memerlukanmu? Datanglah kepadaku agar bisa ku mencoret sedikit nukilan di blog ini. Entahlah. Idea sebenarnya tidak pernah hilang. Cuma barangkali ianya tersorok di suatu tempat. Ataupun mungkin tersekat di lorong yang tidak diketahui. Lorong gelap yang menjadi tanda tanya sehingga kini.

Dan secara jujurnya, banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ini. Yup. Perkara yang terjadi ketika minda ini dalam keadaan sedar. Jadi, sepatutnya aku tidak boleh menyalahkan idea dalam hal ini. Mungkin aku tiada masa. Mugkin juga aku tiada mood. Aku sendiri pun tidak pasti mana satu jawapan yang sesuai. Tidak mengapalah. Janji aku masih berupaya untuk berkarya di sini. Karya picisan yang dicoretkan tanpa halatuju yang jelas.

Mungkin juga aku hanya perlu biarkan sahaja minda separa sedar untuk meluahkan ideanya. Layankan apa sahaja yang berlegar-legar di minda. Ikut sahaja arus minda separa sedar. Tidak usahlah menahannya. Pasti banyak idea yang terluah. Cuma mungkin agak kurang menarik untuk aku kupaskan di ruangan maya ini. Dan semestinya ada yang berkata aku ini terlalu cerewet. Tidak mengapalah. Aku akui memang itu sifatku. Dan rasanya, ianya tidak menyusahkan orang lain. Hanya menyusahkan diriku sendiri. Kadangkala terasa diri ini begitu asyik mengikut arus minda separa sedar. Umpama hilang segala permasalahan yang melanda diri. Terasa bebas berterbangan menerjah alam fantasi ciptaan sendiri. Berkhayal tanpa batasan. Tiada sempadan atau sekatan minda. Yang ada hanyalah fantasi yang indah serta berbeza dengan realiti.

Dan akhir-akhir ini, aku kerap mengalami mimpi. Mimpi yang tidak sama. Dan sukar untuk diingati apabila diri ini kembali ke keadaan sedar. Yang pentingnya, mimpi-mimpi itu sungguh indah menusuk kalbu. Hinggakan aku pernah terfikir untuk terus menjadi sang pemimpi. Terus bermimpi tanpa bangkit dari tidur lena. Dan terus diulit mimpi yang indah. Namun, aku sedar. Aku hanya manusia biasa yang ada halatuju sendiri. Perlu bangkit dari tidur lena untuk meneruskan kehidupan. Menghadapi realiti yang semakin mencabar. Tidak usahlah gusar kerna setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Erkk. Nampaknya sudah jauh aku melalut kali ini. Aku perlu segera kembali kepada realiti. Kembalilah wahai sang realiti. Aku benar-benar merinduimu di kala ini. Ah. Sebenarnya, aku sudah ketandusan idea. Tidak mampu untuk mencoret sesuatu yang memberangsangkan walaupun pelbagai perkara berlaku di sekelilingku setiap masa. Anggaplah entry kali ini sebagai bebelan seseorang yang ketandusan idea. Mungkin juga boleh dianggap entry sampah. Entahlah. Noktah.

26 Respons

  1. kalau ko mahu kerap bermimpi indah..sblm tidur fikirkan sesuayu yg indah dgn kerap..huhuhuhuhu~
    berhasil bg aku.

  2. kalau aku, idea tu ada je sebenarnya, tapi tak de mood.. aku kalau ade mood kene terus tulis, lambat je terus rasa tak best, pastu aku delete..

    yep, kalau minda separa sedar dilayan memang boleh jadi entri best.. tapi bukan selalu minda separa sedar aku nak keluar jalan-jalan..

    aku tak pernah ingat mimpi, ingat, tapi tak boleh cerita, dia hilang.. pernahlah ingat sekali dua, tapi tu cuma sebahagian je.. aku ingat semua lelaki tak boleh ingat mimpi, dan cuma perempuan je yang boleh, bukan ek?

    atas ni, si za ni cepat betul bagi komen..

  3. lambai lambai lah idea itu

  4. doakan aku mendapat idea untuk berhadapan interview nanti ek..khamis nih di PTP..

  5. sama macam aku
    layan mimpi
    mimpi itu best
    bawa aku ke serata tempat.. bawa aku ke tempat yang tak mungkin.. bawa aku kecap yang tak pasti

  6. azrul:ade jew certain mimpi yg tak bley ingat…bukan kire jantina ponk…nothin wrong kn komen cepat??lenkali aku tunggu sorg 2 komen dlulah kalao camtu…then baru aku komen..huhuhu~

  7. IDEA comes and IDEA go.
    Pick d one who needs to stay.
    Use d rest as IDEA again..:)

    nice blog!

  8. saje je encik palie.. tengah-tak-terima-sebarang-komen.. hehe.. nape? nak bg komen ke? ;p

  9. apa jantina sang realiti??? lelaki atau perempuan? 🙂

  10. mimpi x besh ek?pikirkan sesuatu yg indah..tutup mata, pikirkan seseorang yang kamu rindui..siapa yg kamu nampak??teruskan berangan sehingga kamu tertidur dengan senyuman =)

    berhasil bagi aku..

    aku dah nak pegi..tapi lama lagi..heheheheh

    takpe..aku pasti aku x kan wujud dalam mimpi kamu sebab kamu x kan merindui aku =)

  11. hahaha…mahu kembali ke zaman silam? gunakan mesin laci ke zaman silam…cuma bukak itu laci meja dan lompat ke dalam tanpa rase segan atau silu….pasti ko akan tahu ape itu dunia realiti…heheheh

  12. bro, saye tukar name blog in order to ‘saje-saje’.. hehe.
    klo rase rindu nk jenguk my blog, tukar la link nye :
    ninadewe –> adwthingy
    thx for ur attention ^_^

    n,
    klo boleh.. bg alamat e-mail..
    plan nak buat blog tu private.
    tp, tgh menimbang-nimbang lg nie..
    lom pasti. just in case.
    tengkyuuu.

  13. kao cume perlu belikan henpon tuk sang idea kao, jika ilang..kao kol je balik..

    tak pun mis kol..

    lg senang kao mesej je…

    mudah bukan??

    aku selalu buat begitu..

  14. slalu sgt mimpi bende yg dah lame x mimpi.tiap2 pg bgun rase sgt penat.

  15. Idea tu datang macam angin. Camni caranya tak bagi hilang idea. Bawa kertas, atau notes ke mana2. Dapat idea write terus… Nanti boleh revise… Ehehehehhe.. Otak sudah letih. Sudah tidak larat komen panjang2

  16. aku taktau nak tag sape la palie..sorry..ahaha..aku dah tag ko 😀

  17. kamu memang pantas membuat org lain terutama saya utk selalu membaca nukilan kamu. mengapa ya? kerana kadang2, ke-emo-an yang kamu alami itu sama dengan yang dialami kami. ( di sini saya maksudkan diri sendiri )
    sukar nak menginterpretasikan apa yang kami rasa tetapi dengan penulisan kamu, kadang2 kepala buleh terangguk-angguk mengiyakan situasi.

    terima kasih ya.

    oh ya….

    i’m back 🙂

    -d0ne-

  18. uh, kalau macam tu aku tunggu kau ade idea la bro…hahaha…

    kadang² aku takde idea gak..rilek la..lama² nanti idea tu keluar la dari lorong gelap tu…

  19. Memang geram bila tiada ide…

  20. hmm…..
    nak komen per ek…
    ntah..xtau kekeke…

  21. za – akan aku pratikkan di malam hari nanti…

    azrul – masing2 ade cara sendiri nak luahkan idea… jadi terpulanglah pada individu…

    heartbeat – aku dah lambai2.. tp sang idea tu hanya tersenyum…

    wanmus – jgn risau… aku selalu doakan kejayaan teman2…

    pjoe – btul tu…

    ain – tq so much…

    nina – kasi url blog baru kamu…

    4g1rlt3lls4ll – jantina? ntahlaa… khunsa kot… hehehee..

    inah – erk… mane bleh aku lupakan teman2 sebegitu sahaja…

    hariz – ko selalu macam tu… hahaha….

    faerrin – bijak gak idea tu… tp aku x mampu nak beli henpon utk sang idea tu… ade sesapa nak sponsor? hehehe…

    pandagumuk – erkk… bermimpi pun bleh rasa penat ke?

    abg har – sbenarnye dh pratik pun… cuma skang moden skit… catit kat handpone jer..

    najib – erk… tag yg tu aku dah wat laa… hehehe… lagipun aku dah malas nak wat tag2 ni… maafkan saya wahai sang kenajiban… hehehe…

    f-tia – eh… ye ke… x perasan lak… pepahalpun… welcome back..

    zuriaf – idea sudah datang… so terhasillah entry terbaru… sila laa baca…

    khairulnizambakeri – yuppp… geram hingga rasa x selesa…

    pola – itupun bleh dikira komen.. hehehehe…

  22. mimpi kdgkala mampu menjadi realiti…ttp biarlah mimpi itu indah2 belaka..

  23. kite hanya insan biasa… tidak mampu mencorakkan mimpi sendiri…

  24. haih indah nye bahse…bile la nak pandai berkarya cam palie uhuhuhuhu 😛

  25. liana – indah ke? biasa2 jer… saye budak baru blajar… byk lg kena diperbetulkan…

  26. hm. reli nice. skeee sgt bce. ade ms aku lawat g eh..gdluck!

Tinggalkan Jawapan kepada fernando majid Batal balasan