Kabus Pagi…

Kokokan ayam jantan di halaman belakang rumah benar-benar mengejutkan tidur lenaku. Huh. Hari sudah hampir siang rupa-rupanya. Bisik hati kecilku. Nasibku agak baik kerna fajar belum menyingsing. Maka sempatlah untuk aku mengerjakan solat Subuh. Kewajipanku sebagai seorang Muslim perlu didahulukan. Kewajipan yang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Lantas aku terus bangkit dari tempat perbaringan. Sambil menghirup udara segar. Terasa begitu nyaman sekali. Kabus-kabus putih sudah mula kelihatan di luar jendela. Menandakan suhu yang dingin sewaktu terbitnya sang mentari. Namun kedinginan yang wujud itu tidaklah sampai menyusuk hingga ke sum-sum tulang. Jadi kedinginan seperti itu tidaklah memberi aku sebarang masalah untuk segera berwuduk.

Aku berbaring seketika di atas tilam empuk setelah selesai menunaikan solat. Termenung. Memikirkan kehidupan yang bakal dilalui. Apakah yang bisa terjadi hari ini? Adakah kabus pagi ini akan bertukar menjadi titisan embun di celahan dedaun yang menghijau? Ataupun kabus pagi ini bertukar menjadi kabus ribut sepertimana lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Butterfingers? Waallahualam. Hanya Dia Maha Mengetahui.

Seperti biasa, aku terus berimaginasi tanpa had sempadan. Pagi-pagi sebeginilah yang banyak memangkin luahan idea dari mindaku. Barangkali mungkin kerna minda masih segar. Masih belum dinodai dengan anasir-anasir luar. Hanya satu kebarangkalian rawak yang sekadar menjadi hipotesis diriku. Mungkin ada kebenaran di sebalik hipotesisku yang tidak seberapa itu. Kemungkinan yang tiada kepastiannya. Biarlah. Pasti ingatanku pada hipotesis ini akan berlalu seiring dengan perjalanan waktu.

Aku baru teringat tentang hari ini. Hari ini adalah hari Jumaat. Hari cuti hujung minggu bagi negeri Terengganu. Jadi tidak perlulah aku keluar bekerja hari ini. Boleh bermalas-malasan dengan alasan hendak berehat. Aku cuba untuk memejamkan mata. Namun, hajatku tidak kesampaian. Adik bongsuku mengajak aku untuk menemaninya ke pantai. Yalah. Jawapan ringkas yang terpaksa aku luahkan untuk mengiyakan ajakannya. Lagipun aku sudah lama tidak ke sana. Di sana nanti, bolehlah aku menghirup udara segar dari pantai di waktu pagi. Oh ya. Pantai Bukit Keluang hanya terletak lebih kurang 2km dari rumahku. Aku agak bernasib baik kerna cuaca hari ini begitu cerah. Tiada tanda-tanda hujan akan turun. Maklumlah sekarang ini musim tengkujuh. Jadi, terpaksalah peka dengan keadaan cuaca sebelum membuat sebarang perancangan.

Sesampainya di sana, aku terus melabuhkan diri di atas batu besar. Sambil memerhatikan adikku dari jauh. Jelas kelihatan keriangan di wajahnya. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Terasa begitu nyaman sekali apabila rambutku dibelai lembut oleh sang bayu. Mungkin aku boleh menyambung kembali lamunanku yang terhenti seketika tadi. Baru sahaja aku ingin menyambung lamunan, aku tertarik dengan dialog antara 2 orang pemuda yang duduk tidak berjauhan dariku. Tambahan lagi, suara mereka agak kuat hingga aku dapat mendengar setiap butiran percakapan mereka.

Si A: Best laa ko ni ek.. Ye laa.. Dapat awek sporting camni… Selalu jer follow ko…
Si B: Haha.. Biasalah tu… Tengok kaki laa…
Si A: Tu laa pasal… Kekadang jeles gak aku tengok ko ni… Tak macam awek aku ni… Nak jumpa sekali sebulan pun susah… Macam-macam alasan dia kasi…
Si B: Alaa… Rilek laa bro… Kalau susah sangat… Ko cari laa awek baru… Abis citer…
Si A: Senangnya ko cakap… Ko ingat cari awek ni macam beli goreng pisang ke?
Si B: Aku kan ada… Cakap je awek camne ko nak? Nanti aku carikan…
Si A: Erk… Takpelah… Buat susah-susah ko jer…
Si B: Mana ada susah-susah… Masa ni laa gunanya kawan… Tak gitu?
Si A: Eh… Family awek ko ni tak kisah ke ko selalu bawa anak dara diorang ke sana ke mari?
Si B: Laa… Apa nak kisah sangat? Aku kan dah kahwin ngan awek aku ni… Cuma nikah jer belum…

Dialog tersebut diakhiri dengan gelak tawa besar Si B. Dan kemudiannya diikuti gelak tawa Si A yang faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Si B.

Aku tersentak kebingungan. Mungkin aku faham dengan apa yang mereka perbualkan. Ah. Biarkan. Lagipun aku tidak mengenali mereka berdua. Cuma yang aku pasti Si B itu tidak ikhlas dengan kekasihnya. Erk. Sepatutnya bukan kepastian. Cuma serkap jarang dari diriku. Tuduhan yang tidak berasas. Tidak mengikut landasan yang betul. Emm. Lupakan hal itu. Tidak usahlah aku berbicara mengenainya.

Menyebut perkataan ikhlas itu, aku teringat dengan satu kata-kata yang pernah aku luahkan pada seorang teman. Niatku hanya sekadar mengajaknya untuk berfikir bersama-sama. Entahlah.

“Adakah nilai persahabatan masa kini boleh dinilaikan dengan mata wang ringgit?”

“Adakah kita benar-benar ikhlas dalam persahabatan andainya kita mengharapkan balasan atas setiap pertolongan dihulurkan selama ini?”

Sama-samalah kita fikirkannya. Adakah tiada lagi keikhlasan dalam sebuah realiti kehidupan? Adakah keikhlasan itu hanya semata-mata dongengan karut? Ataupun keikhlasan itu hanya sekadar fantasi minda separa sedar? Aku pasti kalian semua ada jawapan tersendiri.

28 Respons

  1. Cakap pasal ikhlas ni.. adelah satu tazkirah kat my ofis waktu bulan pose aritu..tajuk tazkirah tu ikhlas.. kesimpulan dari tazkirah aritu.. ikhlas ialah sesuatu sifat yang hanya dapat dinilai oleh maha pencipta.. dan manusia tidak mampu untuk menilai sejauh mane keikhlasan mereka.. ; )

  2. erk, dh kawen tapi lum nikah? heh. sengal!

    *erk, sowi ye palie. ter-emo lak*😛

  3. tanx 4 d chat! ^-^

  4. bersahabat kene ikhlas…dan berkawan tak memerlukan sebab..huhu..🙂

    tak tau nak komen apa lagi…tapi aku memang tak suka laki macam Si B tu…

  5. cinta dan persahabatan memerlukan keikhlasan dan kejujuran yang suci..jika tiada kedua-duanya,maka tidak berertilah segala-galanya…

  6. hehe..
    kawin dgn nikah tu xsama eh?
    klo kawin xleh jemput orang.. nti tambah ramai yg berdosa..
    klo nikah, bru leh jemput orang ramai..
    ape da…

  7. cakap soal ikhlas memang susah dude
    sebab benda yang kita tak nampak
    sejauh mana ikhlas atau tidak seseorang tu orang lain tak tahu

    ikhlas akan sentiasa dicemburui riak, hasad dengki, buruk sangka…

    tapi kalau ada sekelumit pun niat ikhlas… besar maknanya tu

  8. ikhlas bila kita x sebut kembali apa yang dah kita buat..susah tu =)

    ikhlas bila kita buat benda baik tanpa rasa berat

    ikhlas x kan disebut2

    ikhlas kah kita??

    hanya Pencipta yang mengetahui

  9. kadang2 mcm rase ape kite buat sebenyarnye penuh ngan harapan balasan kan..

  10. emmm~da rmai je orang camtu skang..kawen tp blum nikah..haih..

    ikhlas..ikhlas ni memang hanya Allah saje yg bley nilai..manusia tak payah la gedik2 nk ckp sy ikhlas kalau buat something tu..

  11. best nyer dok tepi lautttt

  12. yeah..aku nak emo kat sini..teruk tul si B tu..nmpk sgt die tak ikhlas ngan awek die tu..bodo punye llki..n awek die tu ape hal la ikut ngan si B tu..

    baik awek si A..jumpe jarang2..kan bagus tu..erm kapel jauh pun baik gak..jauh dari benda2 tak baik..

  13. sokong munie…yeah ; ) awak knal ke sy nii..

  14. ikhlas tu hanya perkataan.

    maksudnya? orang-orang sekarang ni tak ambil port dah.
    :/

  15. miss aisy – itu yg cuba saya maksudkan… tp kekdg ada gak masa kita btul2 ikhlas… contohnya time nak makan… mandi… berkumuh… tidur dsb…

    aria-ayumi – eh… xpe.. xpe… luahkan apa saja di sini… free saje… tiada sebarang charge dikenakan…

    atie – u’re welcome…

    zuriaf – aku pasti ramai yg tidak menyukai si B itu…

    kasih – tepat skali kata-katamu itu…

    nina – hahahaha… eh… aku xleh bukak blog kamu… ini emel aku… luccadjiwa@gmail.com… silalah invite ya…

    pjoe – yupp… jadi try laa tanam sekelumit rasa ikhlas dalam hati…

    inah – kepada-Nya kite berserah…

    pandagumuk – emm… camtu laa lebih kurangnye…

    za – btul tu… so bile dah wat sesuatu yg baik tu… lupakanlah agar kite x terungkit lagi…

    pola – erkk… memang best duk tepi pantai… lebih2 lagi skang ni musim tengkujuh… bleh tgk ombak bergelora…

    munie – kekdg emo tu bagus gak… bleh luahkan ape yg terpendam dlm jiwa… btul tu… xyah couple2… terus kahwin jer… pas kahwin br bercinta…

    heartbeat – maybe still ade lg insan yg btul2 ikhlas… tapi di mana mahu cari mereka ek? entahlah…

  16. hahaha…kawin dah nikah belum….tak takut ka si B tu dengan apa yang die buat…Zaman sekarang ni la style orang melayu islam….dah ikut cara barat….kita kawin dulu nikah belakang citer…..nak carik pompuan yang betul2 leh jaga maruah diri susah….kalau maruah diri sendiri x leh jaga, inikan pulak maruah orang yang nak dijaga nanti….susah susah….ape pon aku harap aku x kan jadik orang2 yang sedemikian rupa…..Ibarat meneguk nasik didalam periuk tapi nasik ditumpahkan di dalam singki…erk….ape aku cakap ni? hahahah

  17. humm… tatau nak salahkan lelaki atau pompuan. Maybe pompuan tu merelakan? dia nak kasi, lelaki tu lagi nak terima.

    kapel jarak jauh? aku kapel jarak jauh krkrkr~ nak jumpa payah…

    ada benar kata2 si munie erk…bercinta lepas khwn. tp tak ramai yg sanggup skrg. kalau blh, aku pun nak mcm tu, tp apa yg d plan tak menjadi. aku bercinta dulu sblm khwn…hurmmm….

  18. ramai betul ngulas..
    so x perlu la dah ngulas ttg perkara2 itu. sama aje ape yg nak diulas dgn ulasan2 di atas..
    cuma…

    waktu subuh mmg waktu yang tenang.. kalau tak takkan lah dikatakan ‘murah rezeki’

    dan…

    pantai??
    hurms..
    kombinasi yang sangat nyaman…
    pantai dan pagi…..
    🙂

    -d0ne-

  19. Si B tu mEmang tak ikhlas dalam pErhubungan… kal0 diE bEtul² ikhlas takkan la diE layan awEk diE camtu.. mEmang tak patut.. yang pompuan tu pun satu… sanggup sErahkan sEgala²nya walhal tak sEmEstinya si B tu akan amik diE sEbagai wifE diE… niE la orang katE bErcinta bErlandaskan nafsu sEmata²…

  20. betul2 along arman…cinta yang berlandaskan nafsu, cinta yang tidak hakiki..fikir2kanlaa…

  21. hariz – erk… maybe budaya masyarakat kita skang ni kot…

    chivv – biasa laa tu… kite hanya mampu merancang… Tuhan yang tentukan segalanya…

    f-tia – ya.. suasana pagi di tepi pantai teramatlah nyamannye…

    along & kasih – erkk… cinta yang penuh kepuraan-puraan..

  22. menci tul bila dgr ayat “kawen dah, nikah jer blom” tu serious ke tidak tu? cam nafsu semata2.

    lama tak p pantai.. ni tgh musim tengkujuh ni bahaya plak.. taon depan la gamaknya p relaxkn kapla otak.. lpas solat suboh awk bleh trmenung ker? urmmm.. if sy tak sempat nk menung2 ni, sbb kena p keje carik rezeki, nti lewat plak kan..

  23. A’kum…
    Makin hr aku tgk ko makin matang berkarya…huhuhu… sorry la eeh aku xsempat2 nk bace blog ko…i’m a bz woman…hehehe…
    Aku spend mase aku bace blog ko, mmg ko dh maju… gua salute sama lu, beb! hehe…smpai aku tak sangka ini ke blog yg ko tulis sendirik…huhuh…cayalah, palie…
    Apepun, aku doakan ko sentiasa success… mula dari susah..insyaAllah, ko akan senang kemudiannya…
    aminnn…
    aku hrp ko jumpe pompuan yg btl2 terima ko dgn seikhlas ati….bkn ko je…sume org…terima kite seadanya…terima baik buruk kite…aminnn…

  24. errr..
    terengganu memang best..

  25. ala…tak nak la kawin baru bercinta..di buat nye laki tu tak elok n tak leh jaga kite..hehe

    pe pun aku nak kenal n bercinta lu baru kawin..tu baru best..kawin ngan org kite suke..heheh

  26. hmm.. setuju dengan pendapat ko.. perosak wanita betul laki2 tu.. (laki2 yang baik tak perlulah terasa ngan statement aku ni.. hehe)

  27. chezzy cheese – hehehe… sempat jer termenung sbb masuk ofis kul 8.30 pagi… lgpun jarak dr umah ke ofis x jauh.. jalan pun x jem…

    sue – thanx for pujian serta nasihat tu.. aku benar2 hargainya…

    broken – hehehe… saya tau nape awk kata gitu… sbbnye awk org ganu gak…

    munie – semoga bertemu dengan lelaki idaman saudari…

    4g1rlt3lls4ll – erk… no komen…

  28. si b mgkn bule b’gumbire kala die m’ucapkn kate2 tu..tp mgkn tidak nti….hmmmm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: