Selamat Tidur Bintang Malamku…

Cuaca malam ini agak dingin. Mungkin kerna penangan hujan yang belum reda hingga saat ini. Aku cuba melelapkan mata. Namun tidak berjaya. Entahlah. Sepasang mata ini terasa begitu segar untuk dipejamkan. Sedangkan lampu kalimantan sudah lama kupadamkan. Aku bergelapan dalam suasana sekeliling yang gelap gelita. Aku sememangnya suka dengan suasana kegelapan ini. Seperti ada sesuatu yang menarik di sebaliknya. Malah terasa mudah untuk memperolehi ketenangan melaluinya. Malah, bagiku suasana gelap ini mampu membangkit perasaan romantik yang terpendam dengan dalam jiwa. Ah. Apabila teringat romantik, pasti diri ini teringat dengan cinta. Huh. Nampaknya terpaksalah aku melayan perasaan di malam yang sunyi ini. Mungkin ianya membantu diriku dalam proses melelapkan mata.

Cinta adalah sesuatu yang kompleks. Cinta memang mudah diluahkan atau dipertuturkan melalui kata-kata. Tetapi, sejauh manakah keikhlasan kata-kata cinta yang diluahkan itu? Bagiku, cinta melibatkan proses pengenalan, permasalahan, penyelesaian serta kesudahan. Kompleksiti dalam menghuraikan erti cinta menyebabkan sesetengah insan malas berfikir mengenainya. Malah menyerahkan sepenuh hatinya kepada takdir. Sepertimana yang kita semua maklum, cinta ini bukanlah sesuatu yang boleh dirancang perjalanannya. Malah tiada sesiapapun yang mampu menduga atau meramal nasib seseorang dalam percintaannya.

Cinta ini banyak kategorinya. Cinta kepada Tuhan kekal selamanya. Cintakan diri sendiri adalah dengan tidak melakukan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri. Cinta kepada keluarga adalah berkorban sedaya upaya untuk kesenangan bersama. Cintakan alam dan haiwan adalah memelihara serta memulihara dari kepupusan atau kebinasaan. Manakala cintakan kekasih amat besar ertinya serta amat merbahaya. Yang pastinya, hayatilah cinta yang hadir dengan penuh keikhlasan serta berlandaskan kejujuran. Ingatlah. Cinta yang sejati seharusnya tidak berkait rapat dengan darjat atau kekayaan. Ianya perlu lahir dari hati yang benar-benar tulus ikhlas. Tiada paksaan dalam percintaan. Semua insan tahu tentang itu. Aku juga percaya bahawa cinta ini mampu mengubah situasi/keadaan serta dapat mencetus revolusi dalam diri seseorang. Ada sesetengah orang berubah sikap secara drastik semata-mata kerna cinta. Seolah-olah cinta ini mampu memberikan satu semangat atau kuasa ghaib dalam diri seseorang. Hinggakan ada yang sanggup berkorban serta mengalir air mata darah kernanya.

Nampaknya cukup setakat ini coretan cintaku. Hanya sekadar luahan revolusi cinta dalam jiwa sendiri. Aku bukanlah seorang revolusioner, aktivis, ekstrimis ataupun intelektual. Cuma sekadar menerapkan nilai-nilai kesedaran sebagai perkongsian minda bersama. Mungkin kalian di luar sana lebih arif mengenainya. Diskusi. Yup. Diskusi itulah medium tradisi kita dalam memecahkan persoalan sesuatu isu. Ayuh berdiskusi !

26 Respons

  1. cintakan keamanan yang ada…
    jauhi rusuhan, demonstrasi jalanan, tunjuk perasaan…
    itu bukan budaya kita…

  2. wah en bulus-san… cepatnya sungguh kamu melontarkan komen… x sampai seminit aku post entry ni…

  3. cinta itu buta tapi jgn dibutakan oleh cinta.

    *saya mengarut. hehe. tgh sakit gigi. xleh bukak mulut. rasa nak gile*

  4. Cinta memang rumit.

  5. lagu C.I.N.T.A-xpdc memang best..

  6. cinta itu indah kalo kte hayati bkn dicemari

  7. apa itu cinta?

  8. cinta bisa menghancurkan
    cinta juga bisa menggembirakan

    cinta bisa melumpuhkan
    cinta juga bisa memberi sinar

    cinta buat manusia gila
    namun cinta juga buat manusia bahagia

    jom kita tengok air mata diana!
    hahahaha

  9. yang menghancurkan itu bukan cinta. yang menyakitkan itu bukan cinta. yang kata bahawa cinta itu pedih, itu bukan cinta.

  10. nice entry…sebak rasanya bila baca entry ni. lebih2 lagi, time ni jiwa tgh kacau!

    bila baca ni, tatau la cinta yg ada kat dlm diri ni, kategori mana.

    atau, ada ke cinta?

  11. aku rasa cam malas nak bagi komen yang bernas lepas baca entri ni…

    cinta is complicated…itu je yang mampu aku komen…

  12. yup… love is complicated.. no further question ask..

    rasenya ‘sayang’ tu lg penting dari ‘cinta’ tul dak?

  13. aku nak komen.. tapi cam panjang.. better simpan untuk entry sendiri.. haha

  14. aku chenta dia
    kadang2 saket
    kadang2 bahagia
    huahuahua

  15. Ok. Aku ada baca buku tajuknya chicken soup for the soul. aku teringat petikan ayat dlm buku tu

    “Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan disebaliknya. Alasan yang kadang kala sukar utk dimengertikan. Namun, percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan”

  16. “Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan disebaliknya. Alasan yang kadang kala sukar utk dimengertikan. Namun, percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan”

    yap! mungkin ada hikmah disEbalik kEhilangan cinta itu.. mungkin kita akan tEmui cinta sEjati.. rEdha dEngan apa jua yang tErjadi..

  17. cinta buatan manusia cinta yg selalu kan berakhir dengan air mata… cinta yg Azzali cinta yg selalu berakhir dengan redhaNya……

    p/s: biar lemas dgn cinta jangan mati lemas..(pantai timur banjir nie🙂 )

  18. .C.I.N.T.A. itu suatu yang subjektif.

  19. “just because it hurts,.. doesnt mean that it’s love”

    betul x?

    “even if u r as strong as samson, i bet u still need ur own corner to cry”

    uh, yg ni cam x kene dgn entri je.. hehe..

  20. C stands for Cinta.

    C also stands for Comel.

    so, cinta is comel.😛

  21. cinta x semestinya bersatu..

    salam pagi ahad

  22. aku nk cinta tp bukan skarang..huawawa~

  23. bulus-san – yeah… hidup aman !!

    nina – best gak ayat tu…

    khairulnizambakeri – yupp… memang rumit andainya kite x selami makna sebenarnye…

    broken – oh.. lagu tuh ke? mmg sgt best..

    erm – itu semestinya…

    along arman – cinta itu berbeza definasinya… bergantung pada individu tersendiri…

    pjoe – bro… lu mmg hebat berkarya… lebih2 lagi dlm menulis lirik…

    azrul – satu lagi komen yg bernas…

    chivv – erk… jiwa kacau ke? no komen… setiap org pasti melaluinya…

    zuriaf – jangan bermalas-malasan bro… buka minda.. luahkan yg terbuku…

    chezzy cheese – sayang vs cinta? entahlah… x pasti yg mana lebih utama…

    4g1rlt3lls4ll – emm… x baik kedekut ilmu.. hehehe…

    iziana – yupp… cinta memang perlukan pengorbanan… untuk mengecapi kebahagiaan…

    tiramissu – thanx for sharing kata2 itu…

    armyzx – nasihat yg berguna ni… kena ingat ini…

    nota.kematian – yap… btul tu…

    aria-ayumi – pandangan yg berbeza ni… hehehe…

    yginsaf – tq untuk lawatan ke blog ini… salam perkenalan…

    z[A] – nanti2 cinta tu datang laa…

  24. palie! tahniah. hehe😀

  25. love is so……….complicated!!! manusia mmg suka utk dicinta dan mencintai..ttp kdg2 terlalu pyh utk melafazkan cinta itu..terpulangla bgimana seseorang itu menilai cintanya…

  26. Cinta pusing

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: