Aku Bukannya Penyair Cinta…

Masjid Terapung

Ding ! Jam besar di dinding baru menunjukkan pukul 12.00 tengahari. Huh. Terasa begitu lambat masa berlalu. Terutamanya pada hari Sabtu. Hari yang menandakan waktu untuk bercuti di hujung minggu. Ataupun lebih tepat hari untuk berehat. Mungkin kerna itulah hari Sabtu sentiasa dinanti-nantikan kedatangannya. Entahlah. Kekadang aku suka hari tersebut. Itupun andainya ada sesuatu yang dapat dilakukan. Dan adakalanya aku tidak gemar hari Sabtu. Ya. Seperti sekarang ini. Bosan. Buntu. Tiada apa-apa yang menarik dapat dilakukan. Hanya sekadar mengadap monitor komputer yang agak usang ini. Yang tiada apa-apa perasaan walaupun saban hari aku memandangnya. Kaku. Begitulah lagaknya. Namun begitu, kesetiaannya tidak usahlah dipertikaikan. Kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Sentiasa menemani diriku tanpa mengira waktu. Dan tanpa mengenal erti bosan. Jauh sekali untuk memberontak. Jasanya begitu besar. Tanpanya, nukilan ini tidak mampu dicoretkan. Tanpanya, tiada lagi sumber hiburan untuk diriku. Sekadar hiburan di masa terluang.

Ah. Terasa mengantuk pula diri ini. Mungkin kerna terlalu lama mengadap monitor ini. Aku perlu berehat. Mata ini perlu dipejamkan seketika. Lantas aku merebahkan diri di tempat perbaringan. Aku memandang kipas yang berputar ligat di siling. Hanya sekadar pandangan yang sia-sia. Kosong. Tiada apa-apa yang difikirkan dalam benak minda pada saat ini. Mungkin sebentar lagi minda ini akan berada di awang-awangan. Di antara sempadan realiti dan khayalan fantasi semata-mata. Sempadan di mana aku sukar untuk membezakan kebenaran serta kepalsuan. Dan tidak semena-mena, aku teringat lirik lagu ‘Cinta Belacan’ nyanyian Saiful Apek. Ingatan yang datang secara tiba-tiba. Sama sekali tidak terduga dek akal ini.

“Cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan. Walau pedas hingga mengalir airmata, masih mahu dimakan jua.”

“Cinta jangan dibuat macam goreng pisang. Sungguh enak bila makan panas-panas. Bila ia sejuk jadi kurang enak.”

Lirik yang cukup ringkas tetapi mendalam maksudnya. Sindiran pedas persis cili padi. Cukup tajam hingga mampu menusuk kalbu. Setajam mata pedang. Oh. Maafkan aku sekali lagi. Sememangnya aku tidak berniat untuk berbicara tentang cinta. Aku tidak mahu kalian semua naik jelak dengan persoalan cinta yang sering aku ketengahkan dalam blog ini. Setiap orang pasti muak seandainya disogokkan dengan perkara-perkara yang sama berulangkali. Niatku di sini hanyalah sekadar ingin berkongsi sesuatu yang aku rasa berbaloi untuk direnungkan bersama-sama. Ya. Sekadar renungan bersama dan bukanlah semata-mata seloroh kosong di waktu malam yang sepi serta dingin ini. Rasanya tidaklah menjadi kesalahan andainya aku cuba untuk melahirkan cetusan rasa melalui apa yang aku nampak secara zahir.

Dan satu perkara lagi sebelum aku terlupa. Silalah abaikan tajuk entry ini andainya kalian rasa ianya tidak bertepatan dengan isi kandungannya. Aku sengaja menamakannya begitu. Kerna bagiku, setiap entry yang dihasilkan perlu mempunyai nama. Bukankah itu lumrah kehidupan? Setiap makhluk di muka bumi pasti ada nama tersendiri. Tidak kiralah ianya makhluk hidup ataupun bukan hidup. Silalah perbetulkan aku andainya pendapat itu salah. Aku pasti menerima setiap komen atau kritikan dengan hati terbuka. Jadi, sesiapa yang berhasrat untuk melontarkan pandangannya, silalah berbuat demikian. Percuma sahaja. Dan tiada bayaran tersembunyi dikenakan. Percayalah.

Nota Kaki :
Poster di atas terhasil akibat penangan kebosanan di masa terluang. Secara jujurnya, ianya tiada kaitan langsung dengan entry ini. Sekadar hiasan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang sudah tiada.

25 Respons

  1. Poster tu super cool!

  2. tangan siapa tu palie? tapi cantik poster tuh

  3. siapa peduli dgn title? yang penting isinya. siapa peduli dgn nama? yg penting peribadinya.

    don’t judge a book by its cover.

    eyh.. tapi kalau seat for examination, hati-hati la memilih tajuk, takot meleret2 dan tiada isi penting, buleh menyebabkan kegagalan paper tersebut.

    btw, that pix is nice. wonder… adakah itu tangan si-haluan-kanan?? hehe

    -d0ne-

    p/s : cinta buleh jadik mcm sambal belacan. benci pon leh jadik mcm sambal belacan. tambah2 bile terkena kat mata. Fuh.. pedih la bagai!!

  4. “Terasa mengantuk pula diri ini. Mungkin kerna terlalu lama mengadap monitor ini.” btul ke ni..atau xcukup tdo..hihi ; )

  5. khairulnizambakeri – erk… tq2…

    anei – tu tgn stock photo… bukan tangan saye ek…

    f-tia – thanx utk komen yg pjg tuh… bernas sekali.. anyway tu bukan tangan si haluan kanan ek…

    miss aisy – erk.. terkantoi lak… hehehe…

  6. meshair to nehii..

  7. aku tak perasan title entri kau ni sampaila kau tulis dan aku baca..

    siot sungguh..pastu aku terus tengok tajuk tu…

    tapi bagi aku kau tetap seorang penyair cinta untuk diri sendiri sekurang²nya…

    tapi ade jugak yang tak muak dengan bende yang sama dan berulang kali bro…
    😀

  8. memang, kalo tangan pandai memasak, sambal ikan bilis pun leh jadik sambal sardin!

    nice poster..

  9. waaaahhhh…. sedihyer ekekeke😀

  10. suka dengan perumpamaan2 dalam lirik tu. tapi, sambal belacan pedas ke? pada aku goreng pisang sejuk enak aje.. hehe..

  11. santek ah gmbr itup! its hot!

  12. sebarkan rasa cinta bro!

  13. eheh. mmg xde kaitan lgsg poster ngan isi entry. tapi, tak kisah la kan. hidup ni tak perlu ade kaitan sangat. kadang2 kebetulan pun perlu jugak. huhu. *sile abaikan klw tak paham ye palie*😛

    tingat video klip pendek cinta belacan tu. hehe. kite ade video tuh😀

  14. hmm…lumrah dunia, cinta memang umpama sambal belacan dan pisang goreng..

    Doa2lah moga cinta kita sendiri tak seperti itu!
    huhuh..

    hehe. pe pon, salam kenaii…^_^

  15. foto itu sungguh smart !
    boleh dijadikan foto iklan….
    =)

  16. Hahhaha, kamu ni palieee… Hidup kamu diselubungi cinta… Bila lagi mahu dikelililingi anak dan isteri ya…

  17. cinta itu indah, but beauty lies in the eye of the beholder..

    relax bro.. everything will end.. hebat mana pon sesuatu perkara tu, ianya pasti akan habis.. tapi penghabisan yang macam mana tu, kita yang kena usaha..😀

    nice pic, btw.. hahahaha masjid terapung, atas tangan.. wonder what that means..

  18. wow great effect!

  19. bro, i’ve also added u’r link to my blog.. though it’s not as great as your page.. hahahah

  20. palie! smuge ko jpe cinte sejati cpt2 eh..8)

  21. nice photo u got! Love it much~!!

  22. ajurina9 – erk…. ape makna ayat2 itu… hamba sungguh tidak mengerti…

    zuriaf – hehehe… penyair cinta utk diri sendiri? maybe…

    yginsaf – memasak? hahaha… aku baru je blajar masak sendiri…

    lesbian penguin – loh… apa yg kamu sedih kan itu?

    mucs – sama laa dengan aku… aku pun suka pisang goreng sejuk….

    wawa – tq… tq…

    apachai hopachai – hahaha… tukar nickname nampak?

    aria-ayumi – paham2… kekdh kebetulan itu pasti menjengah hidup kita…

    nur’ain – amin…

    nota.kematian – foto iklan? rasanye aku blum layak utk itu…

    Azhar Ahmad – insyallah… jodoh pertemuan di tangan-Nya…

    Terror of Death – tq for ur advise…

    erm – insyallah…

    ain – tq2… biasa2 jer tu…

  23. so nice that pic..cinta??ntahlaa..

  24. aa..1st thing nk komen, tuhh poster kt atas skali tuu..
    suker r tgk..
    hehe..
    oh sungguh lawa!🙂

    err..palie mmg suker berkarya ek?
    sastera-WAN barangkali..?
    ape2 pon, bahasa2 d atas sungguh indah dan begitu mendalam maksudnyer..
    smpai x berkedip merenung screen monitor neh..
    hehehe!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: