Fatamorgana Kehidupan…

Tahun 2007 hampir melabuhkan tirainya. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku dalam kehidupanku. Sama ada secara sedar mahupun tidak sedar. Selamat tinggal 2007. Hanya itu yang mampu aku luahkan tika saat ini. Tidak termampu aku mencoretkan segala-galanya dalam blog ini. Yang ada di sini hanyalah sebahagian kecil sahaja. Sekadar cebisan kenangan yang tersemat dalam jiwa sanubari ini.

Pulau Redang 2007

Sebenarnya, gambar pemandangan pantai ini pernah aku ‘publish’kan satu ketika dahulu. Rujuk sini. Cuma kali ini versi yang berlainan. Versi yang menggambarkan revolusi dalam kehidupanku. Revolusi tentang halatuju hidup ini. Abaikan andainya kalian tidak mengerti. Cukuplah aku sahaja yang memahaminya.

Melihat gambar pemandangan ini, hati ini kembali bergelojak. Terasa benar kerinduan pada suasana di sana. Cukup damai. Tenang. Entah bila akan aku ke sana lagi. Yang pastinya bukan masa terdekat ini. Maklumlah, sekarang ini musim tengkujuh. Musim laut bergelora. Menjejak kaki ke sana di musim ini bermakna aku mahu menempah maut. Aku tidak seberani itu. Menempuh risiko yang tinggi harga nilainya. Biarlah aku digelar sebagai pengecut. Aku tidak kisah kerna aku masih memiliki akal yang waras. Akal waras yang kadangkalanya bertukar menjadi minda separa sedar.

Oklah. Lupakan segala kenangan yang telah berlalu. Biarlah ianya dibawa arus ombak yang mendatang. Yang pastinya, ombak yang melanda ini mampu mengubah pantai. Ya. Sepertimana yang berlaku ke atas diri ini. Dan sepertimana yang terjadi pada gaya penulisanku. Ramai yang mengatakan gaya penulisanku agak serius kebelakangan ini. Agak melankolik. Ataupun melodrama. Entahlah. Mungkin kerna aku terlalu banyak menggunakan otak kanan. Otak kanan dikaitkan dengan kreativiti serta fleksibiliti. Sila rujuk di sini.

Oh. Aku melalut lagi. Hasilnya, entry yang agak bercelaru isi kandungannya. Malah, tiada ‘point’ utama yang cuba disampaikan. Biarkanlah. Sebenarnya aku tiada mood untuk menulis walaupun idea datang mencurah-curah. Bak air hujan yang menyirami daun keladi. Nanti-nantilah aku sambung semula. Itupun andainya mood aku sudah kembali.

Sekian.

23 Respons

  1. sy rase baik anda mule menjinakkan diri menulis novel, ayat anda sungguh syahdu..n saya rase anda boleh mengalahkah pak ngah dlm menulis novel

  2. oho…Selamat tahun baru…X da azam baru ka? mau carik wanita baru? paula abdul masih menanti tu…heheheh (gelak siti muslihat)

    P/s :: wow…Pulau redang tu nampak cantik…ade batu besar tak? bukan ape….kalau ade batu besar aku nak diri atas die dan jerit sekuat hati macam tarzan…kalau suara aku mempunyai aura beastmaster, maybe aku x yah pikir tentang tambang balik dari pulau tu…sebab aku boleh ke rumah dengan naik harimau belang…hahaha

  3. imaginasi menjadi-jadi bila berdamping dengan manusia yang jiwanya lucca. hehhehe…betul kata liana, better encik mncurahkan segala kreativiti menilai rasa itu dalam bentuk novel. Mana lah tahu boleh kalahkan habiburrahman el-shirazy.
    good luck

  4. tingin sgt nak pegi pulau redang…🙂

  5. hm..npe tiap kali aku bce nukilan ko ni cm de sumthing yg xt’ungkai..mcm ko nk cite tp disekat2..yeke? aku je kot rse cmtu..

  6. pulau redang sangat besh..nak pi gak =)

    ur words..ade makna tersirat..we have to read between lines utk faham =)

  7. nice photo too! Selamat Tahun Baru 2008~!!

  8. Nahhhh… tulis atas buku dulu, pastu baru taip dalam blog…

  9. wah….nmpak, ramai yg dah puji tu….so, bile lg nak kuar novel?? kan bagus mencuba….dapat gak income nanti…hehehehe….nice pict…

  10. ermmm…
    lupakan saje ape yg sudah terjadi
    mari masuk ke tahun baru dengan gumbira
    tingkatkan prestasi, buang hasad dengki! yeah!

  11. sekarang banyak blog buat penutup tirai 2007.. aku pun rasa macam nak buatlah.. nanti kot..

  12. selamat tahun baru 2008 bro…

    gaya penulisan kau lebih serius ke…?? takpe, aku masih rasa okey lagi…😛

  13. takde point.. tapai ramai org komen..
    tgk tu dah ramai peminat ko.. hehe..

  14. danggggggg seriousnyee…

    hang in there buddy.. u got something on u’r mind there? biaserlah… nama pon hamba, mstilah kene uji.. rite?

    walau ape pn yang kite kene, satu je fakta yang pasti takkan ubah. all death are certain.. prepare!!😛

  15. mr. palie… dah lama tak masuk sini…selamat tahun baru 2008 dan Hijrah!

  16. slmat bukak tirai baru pule😀

  17. setahun berlalu meninggalkan kita
    setahun yang sarat dengan suka duka tawa dan riang
    setahun selotak kita menimba pengalaman
    setahun juga otot2 kita bekerja keras mencari rezeki
    setahun juga kita hati kita mengisi ruang-ruang yang makin kosong
    setahun juga penuh diisi dengan kehadiran gadis-gadis cantik dalam hidup kita

    oh ellen page!
    hehehe

  18. selamat tahun baru 2008!
    anyway, kenape mcm ade something nk ckp tp x dicakap? (betul kan ayat ni?)
    hehe..betul gak.try la tulis novel.dah ramai dok puji tu..peminat pun ramai dah ni ;p

  19. welcomebeng 2008!!! segala yg tersirat x mungkin dapat diluahkan diatas kertas mahupun blog… kadang² hati menjerit kecil untuk meluah segala, kadang² hati hanya rela membisu merahsia segala. kalau nak hepi zahirkan aje revolusi kehidupan tu.. aku melalut plak mcm ko… hohoho gd bye 2007!

  20. Selamat Tahun Baru 2008 bro.

  21. liana – terpikir gak nak wat novel tu… tapi maybe memakan masa yg lama kot… hehehe…

    hariz – huhu.. nak jadi tarzan gak ke?

    bayan – saya akan cuba… tapi x tahu laa camne komitmen saya ni…

    aria-ayumi – teringin nak gi sana? senang je… awk gi laa booking ngan mane2 travel agency..

    erm – biarlah pembaca yang menilai maksud yg cuba dismpaikan…

    inah – maybe… terpulanglah pada individu yg baca…

    ain – tq… selamat tahun baru gak…

    abg har – hehehe… dah praktikkan.. tp bukan tulis kat buku… tp kat notepad.. oh.. x lupa juga kat handphone…

    lieliq – novel? biarlah masa & waktu yg tentukanya…

    apachai – unik laa nama baru ko ni… hahaha…

    azrul – buatlah.. nanti aku baca & komen…

    zuriaf – okey lg ek… so bleh laa kekal ngan gaya skang ni…

    ajurina – peminat? xde laa… ni semua kan komuniti blogger malaysia… hehehe…

    Terror of Death – yupp… btul tu… mati itu perlu sentiasa diingati..

    fiza – xpe2.. yg penting awk masih ingat blog ini..

    pandagumuk – dah selamat bukak tirai baru ni… hehe…

    pjoe – aku suka ayat2 kamu itu… hahaha…

    ja – erk.. saye hanya insan biasa… kalu mampu.. pasti saya hasilkan novel itu…

    armyzx – yeah… perjuangkan revolusi kehidupan !!

    kasyah – selamat tahun gak … bro..

  22. sy ska bc awk pny blog…dpt rs pa yg awk critakan..sy gak rs kagum ngn pencapaian awk.apapun, sy doakan mg awk trus maju..take care..assalamualaikum

  23. […] bunyi melankolik kembali bergema sekembalinya aku di sini. Tempat yang hampir sama dengan tempat yang aku pernah kunjungi tidak lama dahulu. Terasa […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: