Bilakah Segalanya Akan Berakhir…

Dum ! Bunyi letupan kedengaran di mana-mana. Telinga ini seakan-akan sudah lali dengan bunyi sebegitu. Bunyi letupan kuat yang disulami dengan bunyi tembakan senapang. Bingit. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi ini. Terdetik di hati ini untuk keluar dari tempat ini. Keluar mencari sebuah keamanan. Namun, ke manakah mampu kaki ini melangkah? Aku sedar pasti sukar untuk memohon belas kasihan dari orang yang tidak kukenali. Orang yang tidak kukenali adalah orang asing. Itulah persepsi yang menjadi prinsip hidupku selama ini. Aku tiada halatuju yang jelas. Aku membesar di sini. Bagiku, di sinilah segala-galanya. Di sinilah tempat tumpahnya darahku. Di sini jualah sanak-saudaraku berkumpul. Oh. Itu dahulu. Sebelum peperangan ini berlaku. Kini segalanya sudah tiada. Sudah ramai sanak-saudara yang telah terkorban. Jumlah yang masih hidup pasti dapat dihitung dengan jari-jemari sahaja.

Bosan. Teman-temanku sudah hilang ke mana. Tidak pastilah sama ada masih hidup atau sebaliknya. Aku menyusuri lorong-lorong kecil di sini. Untuk menghilangkan kebosanan diriku ini. Lorong-lorong inilah yang dahulunya menjadi tempat permainanku bersama-sama teman sewaktu kecil. Namun, kini ianya sudah dipenuhi habuk serta debu yang berterbangan. Kemusnahan harta benda dapat dilihat di merata-rata tempat. Kereta-kereta hancur terbakar. Musnah sama sekali. Bangunan tidak berdinding serta rumah tidak beratap menjadi pemandangan biasa di sini. Malah, melihat orang tidur di pinggir-pingir jalan sudah menjadi satu kebiasaan. Sudah menjadi satu lumrah kehidupan di sini. Tidur beratapkan langit. Serta beralaskan kotak-kotak ataupun kertas-kertas suratkhabar. Terasa hidup ini begitu daif. Aku sendiri pun hanya berteduh di celah-celah runtuhan bangunan. Tempias tetap terasa andainya hujan membasahi bumi.

Peperangan benar-benar menjadikan tempat ini sebuah bandar yang mati. Mati dari segala-galanya. Tiada keamanan. Hidup menjadi tidak tenteram. Sentiasa ada kegusaran di hati ini. Malah, ketakutan sentiasa menguasai diri ini. Ajal mungkin tiba secara drastik. Tidak terjangka. Tidak terduga. Di mana-mana sahaja, risiko terkena tembakan tetap ada. Ataupun risiko terkena letupan. Sejauh manakah aku mampu mengelak semua kecelakaan itu? Sampai bila? Hanya takdir yang menentukan segalanya. Aku pasrah. Aku redha andainya terkorban dalam peperangan yang tiada kesudahan ini. Mungkin ini sudah takdir-Nya. Takdir yang tesurat dalam kehidupanku.

Kadangkala, aku berasa ngeri. Ngeri melihat mayat-mayat yang bergelimpangan di sana sini. Sesetengahnya ada yang tidak lengkap. Tiada Kepala. Tiada tangan. Tiada kaki. Perut terburai. Badan terputus dua. Entahlah. Tiada siapa lagi yang ambil peduli. Masing-masing sibuk memikirkan keselamatan diri sendiri. Ya. Apa lagi yang penting di sini jikalau bukan nyawa sendiri. Kehidupan di sini sudah tidak bebas seperti dahulu. Berubah sama sekali. Jalan-jalan yang dahulu berwarna hitam kini diwarnai merah gelap. Merah darah beku. Bau hanyir sudah sebati dengan pancaindera bauku. Bagiku, darah pekat serta bau hanyir sudah menjadi ‘trademark’ di sini.

Aku sendiri tidak pasti bagaimana aku boleh berada di dunia peperangan ini. Dunia yang penuh kekejaman. Dunia yang penuh kezaliman. Belas kasihan sudah tidak wujud sama sekali di sini. Yang hadir cumalah penderitaan, kematian, kelaparan, kemusnahan, kegelapan serta ketakutan. Aku cuba mengingati bagaimana aku boleh terjebak ke sini. Adakah aku menjejakkan kaki di sini secara tidak sengaja. Ataupun mungkin aku sudah hilang ingatan. Hingga tidak mampu mengingati kenangan silam yang pernah aku alami sebelum ini. Entahlah. Mindaku sudah penat. Penat memikirkan kekabutan yang berlaku di sini. Kekabutan yang bakal berlanjutan untuk tempoh yang lama.

“Hoi, kau tak siap-siap lagi ke? Nak follow aku tak ni?”

Aku tersentak. Suara kuat Amir benar-benar menyedarkan aku dari lamunan. Sepatutnya bukan lamunan. Aku rasa kali ini lebih jauh dari lamunan. Halusinasi? Mungkin ya kerna aku terasa diri ini benar-benar berada di sana. Ianya benar-benar terjadi di hadapan mataku. Atau cuma aku bermimpi di siang hari? Yang pastinya, perkara-perkara tersebut sedang berlaku di dunia ini. Di zaman ini. Tetapi bukanlah di negara ini. Malaysia. Ya Allah. Lindungilah negara ini dari segala malapetaka atau bencana alam. Amin.

Di Lorong Kecil Ini

Di lorong kecil ini,
Aku melihat ribuan insan terkorban,
Mayat-mayat bergelimpangan di sana sini,
Kelihatan darah beku berwarna merah pekat,
Dan bau hanyir menusuk pancaindera bau ini.

Di lorong kecil ini,
Aku terus berjalan menyusuri,
Memerhati kekejaman serta kezaliman,
Askar-askar yang berwajahkan manusia,
Sedangkan hatinya bertopengkan syaitan.

Di lorong kecil ini,
Kelihatan pemuda memikul senjata di bahu,
Anak-anak kecil sudah pandai memberontak,
Membenci serta mencemuh penjajah,
Yang mencabul kedamaian tempat ini.

Di lorong kecil ini,
Serpihan batu-bata ada di mana-mana,
Habuk-habuk berterbangan,
Menyelimuti runtuhan bangunan,
Akibat kemusnahan besar-besaran.

Di lorong kecil ini,
Aku masih tertanya-tanya,
Bilakah semua ini berakhir,
Biarlah keamanan yang muncul,
Menggantikan hiruk-pikuk yang bermaharajalela.

Di lorong kecil ini,
Saban hari diriku setia menanti,
Kedatangan sebuah erti kedamaian,
Serta kebebasan yang tidak kunjung tiba,
Hanya kepada-Nya aku berserah,
Moga-moga peperangan ini tidak berpanjangan.

~ Lucca D Jiwa ~
6/1/2007

Nota Kaki: Puisi ini adalah kesinambungan puisi aku yang terdahulu. Rujuk sini. Tajuk hampir sama. Cuma olahan tempat serta keadaan yang membezakannya.

31 Respons

  1. menarik puisi kau…

    aku rasa kau patut menulis lirik lagu beb..pasti puitis…

  2. insaf seketika….syabas, suka sgt penulisan yang ini….puisi pun menarik sekali…

  3. best cite awk palie! sy suke!

  4. ehehe :p
    minat sastera hek?

  5. aku harap2, malaysia ni sentiasa aman dan tak kan jadi macam negara2 yg sentiasa bergolak dgn peperangan nih…. amin…

  6. ermm..panjang entri ni..penuh ngan nilai halus kesusasteraan =)

    i like =D

  7. zuriaf – aku pernah gak tulis lirik lagu… banyak gak dlm koleksi.. tapi x tau nak kasi sape lirik2 tu… lagipun bukan best sgt lirik2 tu… biasa2 jer… sekadar karya picisan…

    lieliq & chezzy cheese – thanx sbb suka…

    masen – minat sastera? erk… saya x pernah blajar sastera… baca pun jarang2… ni pun sekadar cetusan apa yg saya rasa…

    aremierulez – insyallah… sama2 laa kite doakan keamanan negara ini…

    inah – nilai halus kesusasteraan? xde laa.. biasa2 je ni…

  8. ei..xsuke puitis2 nh huhu
    huhu susa nk phm..hehe=p

  9. Hummmm, sungguh berat karya kali ini….. Huhuhuhu

  10. […] harap berpuas hati la yeh..aku nak tag sape ek!! Hurm aku nak tag Pakngah, Iziana, Ajurina, Wawa, Palie, Majod, Hariz Gay  dan IcedNyior!! Yang lain aku tag kemudian ok!! Jangan kecewa […]

  11. anda telah ditag!!

  12. selamat tahun baru…
    dan salam maal hijrah 1429…..

  13. Kebosanan membuat kita berfikir heh!

  14. hye hye.. im back. hibernasi 2weeks aje.. xde lama sgt.. haha.

    happy nu year 2008 =)

  15. aminnnn~~~

  16. sy hampir terpedaya tadi..
    ingtkan ini sebuah cerpen… hehehe…

  17. halusinasi kau membawa kebaikan!
    aku suka!
    membawa pemikiran kau jauh ke pelusuk logika yang bisa buat kau berfikir
    aku suka!

  18. aku hargai kalo ko dpt garapkn lg suasana yg buley bwk pembaca terase spt ade dlm situasi tu..yg ni pn da de auranye..8) gud luck 4 2008 n slmt menyambut Awal Muharam 1429H

  19. Encik Palie..

    Peperangan eh? Boleh jadi ke kat Malaysia, or should I say.. Bole elak ke kat Malaysia?

    Look around us. Banyka perkara dah jadi. banyak musibah dah kerajaan tutup, tapi sampai bila..

    waktunya akan tiba.. persiapkanlah diri kamu…

    ” Dan persiapkanlah diri kamu untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang, yang mana dengan persiapan itu kamu akan dapat menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu dan orang-orang lain yang kamu tidak ketahui tentang mereka”. (Surah Al-Anfal : 60)

    Semoga Allah memelihara kita semua daripada musuh2 yang nyata dan musuh2 yang tersembunyi

  20. err..seram biler akal pkiran menerjah ke alam peperangan..
    karya yg boleh mengheret akal pembaca ke alam peperangan..
    tol ker? bg sy, sy sebenarnyer td termenung sejenak pabila merenung karya awk td..hehe!
    err..skema plak

    selamat menyambut awal muharam..🙂

  21. hm..dari intro cerita, saya pikir, memang awak berasal dari negara bergolak..huhu. cam real lak.
    Tapi betullah, kita mesti sentiasa bersyukur dengan nikmat besar yang Allah dah kurniakan pada rakyat m’sia nih. Moga semuanya tidak ditarik semula..na’uzubillah. Kalau kita perhatikan dalam2, sebenarnya nikmat tu, ada yang dah ditarik sedikit demi sedikit..

  22. wooo kreatip n nice!😀

  23. pernah terbit karya ker kat mana-mana sblm nih?

  24. lalalalala…weii..puisi ajer ko skrg ek sejak ada buah hati..nak kahwin bgtau aku

  25. xmahu m’sia jd mcm tuuuu.

  26. atie – x suka… xpe… hehe…

    abg har – erk… berat ke karya ni?

    sejuk – nape ko tag aku? nape? nape? apa salah diriku ini…

    nota.kematian – salam maal hijrah…

    Azzam Supardi – yupp… bosan itulah pemangkin utk kite berfikir…

    nina – welcome back sis…

    wawa – amin…

    pola – erk… nak cerpen ke? nanti laa saye watkan… tu pun kalu rajin & free..

    pjoe – ko suka ek… bagus2…

    erm – aku sekadar menggarap ape yg terlintas di benak fikiran ini… maafkan andainya ada yg tersalah…

    Terror of Death – thanx for ur advise… really nice…

  27. fifi – skema ke? hehehe… skali-kala xpe kan..

    nur’ain – btul tu… kite kena sentiasa bersyukur ngan ape yg ade… kan?

    ida – thanx…

    tintaHati – karya diterbitkan? blum lagi… ade kontek publisher ke? hehehe…

    wanmus – kahwin? no komen… hahaha…

    pandagumuk – mari kite sama2 doakan keselamatan negara ini…

  28. xde yg salah la palie…sume ok..
    ko dpt bg idea yg cmni pn aku da kagum gler
    sb aku xpandai..tp aku ske bace karya org..8)
    gud luck palie!

  29. palie..! haha.. mana entri baru? update..😉

  30. erm – kagum? mane ade… biasa2 jer ni…

    nina – sori lmbat update… baru balik dari genting highlands… company trip…

  31. […] Jun 10, 2008 oleh luccadjiwa Peperangan meletus lagi. Tetapi perang kali ini tidak sama seperti dahulu. Untuk kali ini, subsidi minyak petrol terpaksa dihapuskan. Kononnya untuk meringankan bebanan […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: