Antara Kabus Dan Kekabutan…

Genting Highlands

Nyaman. Segar. Begitulah terasa aroma udara yang kuhirup di saat sini. Berada 1700 meter dari paras laut benar-benar mententeramkan jiwa ini. Rasanya sudah lama aku tidak menjejakkan kaki di sini. Adalah dalam 2-3 tahun. Genting Highlands, itulah namanya. Suatu tempat yang juga seringkali digelar sebagai Kota Keriangan. Kulihat persekitarannya masih sama seperti dahulu. Cuma terdapat sedikit pertambahan permainan di Outdoor Theme Park iaitu Flying Coaster.

Jam di tangan menunjukkan pukul 7.oo pagi. Namun, tanda-tanda kemunculan mentari masih samar-samar. Huh. Aku terpaksa bersabar seketika untuk memerhati panaroma mentari terbit dari puncak Banjaran Titiwangsa ini. Entah bila lagi aku berpeluang berbuat demikian andainya aku terlepas peluang kali ini. Mungkin 5 tahun lagi. Atau 10 tahun lagi. Ataupun tidak berpeluang langsung. Lebih 30 minit masa berlalu, barulah peluang itu tiba. Ternyata panorama tersebut mampu membuatkan aku hilang kata-kata. Terpegun seketika pabila melihat keindahan alam ciptaan-Nya.

Setelah puas menikmati keindahan panorama tersebut, aku bergegas ke Galleria Observatory yang terletak di Hotel Genting. Di sini, aku berpeluang mengetahui serba-sedikit sejarah Genting Highlands ini. Genting Highlands juga digelar sebagai Las Vegas Malaysia kerna di sinilah terletaknya kawasan perjudian atau kasino yang terbeasr di Malaysia. First World Hotel pula diiktiraf sebagai hotel terbesar di dunia dengan jumlah bilik sebanyak 6,118. Rekod itu mengatasi rekod MGM Grand Las Vegas yang mempunyai 5,690 bilik.

Aku terus menyusuri denai-denai batuan buatan manusia. Melihat panaroma di sini sungguh mengasyikkan. Hingga tidak menyedari masa yang berlalu. Aku leka seketika. Seolah-olah berada di bumi asing. Hiburan yang tersedia sememangnya mampu membuat insan lemah sepertiku menjadi lalai. Entahlah. Aku cuba kuatkan iman ini agar tidak terjerumus ke jalan yang songsang. Biarlah orang lain dengan cara mereka yang tersendiri. Niatku hanyalah sekadar menikmati udara segar di sini. Udara yang sejuk. Agar minda ini menjadi lebih terbuka. Sekaligus menghindarkan diriku dari menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Perjalanan diteruskan tanpa arah tuju yang jelas. Aku membiarkan sahaja diriku mengikut rentak irama kakiku ini. Pelbagai ragam serta kelibat manusia yang dapat kulihat di sini. Ah. Biarkanlah. Pedulikan mereka semua itu. Tidak usahlah mencampuri urusan bukan milik kita. Hati kecilku memberontak. Aku terpaksa akur. Akur dengan pemberontakan hati kecilku. Lantas aku meneruskan perjalanan. Berbekalkan kamera di tangan, aku berjalan berseorangan diri. Peka memerhati keadaan sekeliling. Mencari kawasan-kawasan yang menarik untuk diabadikan dalam foto digital. Timbul sedikit cemburu pabila terserempak dengan pasangan yang cukup romantik. Kegembiraan jelas tergambar di wajah mereka. Seolah-olah dunia ini milik mereka berdua. Terlalu asyik memadu asmara hingga melupakan keadaan sekeliling. Lantaklah. Janji mereka tidak menyusahkan orang lain.

Aah. Cepatnya masa berlalu. Sedar tidak sedar, aku sudah kembali ke kawasan tanah rendah. Terasa panas menyelubungi badanku ini. Barangkali demam akan melanda diriku ini. Perubahan suhu secara mendadak mungkin menjadi faktor ke arah itu. Mungkin jua aku terlalu penat kerna kekurangan tidur yang mencukupi. Nampaknya, setakat ini sahaja coretanku untuk kali ini. Anggaplah entry santai kali ini sebagai selingan untuk entry-entry yang lebih serius selepas ini. Nantikanlah.

32 Respons

  1. wahhhhhh dh lama sy tak ke genting ni.. hope awk betul2 enjoy slpas brhenpas pulas berkeje kan? enjoy palie!

  2. Palie, saya orang Pahang. Dah 28 tahun hidup, tak pernah jejak kaki ke situ lagi…..

  3. aku tk pernah jejak kaki ke sana
    tiba2 terasa jakun
    adehhh

  4. banyak syok arr memain kat situh….dah lama ak x g..last year kot…

  5. hah, jumpa pon blog ko, aku da pening2 lalat carik ko punya address, maklum la ko punya nick tu xde link ke blog ko, hehe… apepon, makaceh…

    aku da wat link ke blog ko, pasni xda la aku pening2 kucing lak.. hehe

  6. rendu la nak g genting.menjerit2 nek flying coaster tu.mmg rase di ambang maut tul.

  7. lama dah aku tak gi genting…last pegi thn 2005..

    membuatkan aku nak ke sana tahun ni…mesti pegi thn ni…

  8. me pong dh lama x gi genting..
    walopun me dok kat gombak jer.. uhuhu

  9. pergh…best giler genting…mesti pukul 12tgh rasa macam 8 pg lagi….hohohoho….sedap tu tifor sepanjang hari tu….hahahah…..

    p/s :: ada jumpa puteri bunian ka disebalik kekabusan itup? hahahaha

  10. errr…saye xpenah g genting..huhu

  11. g genting? bila? x ajak..sampai ati =(

  12. Oo…ko pergi tempat sejuk rupanya. Heh!

  13. santai dan segar menikmati keindahan ciptaan Ilahi…

  14. genting.
    klo igt tmpt ni, igt akan janji seseorang yg dah nak masuk 3 tahun ni x jugak di langsaikan. sedih bercampur marah.
    tapi, genting tu still lg kat situ. xpindah. so, nak marah pun xde gune.

    maksud kata-kata di atas adalah :
    saya mau ke genting!!!😉

  15. aku tak penah sampai sana beb…

  16. palie, ada msg nnt msg aku kat YM, memerlukan kihidmat bantuan.

  17. aku benci genting..
    aku benci rolakosta..
    aku tak suka keseronokkan ciptaan manusia..

  18. Saya Kurang Sukakan Tempat Sejuk..

    Tapi Saya Suka Sronok. Yippie..

  19. chezzy cheese – memang enjoy abis… at least bleh kenal staff2 kat sini dengan lebih dekat…

    abg har – kalu dah balik pahang nanti… kite gi laa sesama ek… xpun abg har gi je honeymoon dengan isteri kat sana.. hehehe…

    pjoe – xpe2… nanti ko wat laa gigs kat sana.. gua mesti follow lu laa…

    ee – erk.. ko main ape tu? syok semacam je… hahhaa…

    anakkawi – thanx sbb add link blog aku…

    pandagumuk – biasa laa jerit2 time naik roller coaster tu… kalu nak best lagi… naik laa solero shot… xpun flying coaster… ngeri x ingat…

    aremierulez – pegi laa… tp jangan x ingat nak balik.. sudah laa…

    en me – xpe2… kalu ade masa & ekonomi mencukupi… gi laa sana ek…

    hariz – kalu nak tido… baik tido kat umah jer… hahaha… puteri bunian xde… tp puteri jadian ada laa…

    cikf – erk.. x penah ke sana… alaa.. nanti ajak laa suami ke sana… hehehe….

    inah – baru jer… 10-12 jan aritu… company trip laa.. camne nak ajak awk… lalalala…

    azzam supardi – yupp… kekdg badan ni kena hirup udara sejuk gak… baru refresh skit minda ni…

    lori – yupp… itu matlamat utama ke sana…

    ninadewe – hehehe… maybe kamu bleh tlg ingatkan si dia… mungkin si dia terlupa kot…

    zuriaf – alololo… kesiannye… masuk yg ini… dah masuk 5 kali aku ke sana…

    perampok – ok2.. dah settle kan?

    ngah – bagus btul encik ngah ini… bertuahlah sapa dpt jadi isteri beliau…

    qaiyum – seronok nmpak? hehehe…

  20. Saya suka Bukit Tinggi. Teringat masa pakai pakaian Jepun kat situ dulu.😀

  21. eh.. eh… camne awk tau saya ke sana… ade gak staff pompuan yg try kimono kat sana… tp diorg x kasi letak pic kat sini… segan katanya… hehehe…

  22. argh!! dengki kt palie…
    x kire! x kire!
    ahaha..
    best la palie pegi genting..
    rendu kt genting..😦

  23. wahhhh.. saya jatuh cinta

  24. fifi – erk.. jeles ek.. xpe2.. try laa apply keje sini… mane tau kot2 rezeki ade sini…

    nur’ain – jatuh cinta? pada ape? pada siapa?

  25. eh palie pi genting gak ke, baru ni bace, sy pun baru balik genting…tak best tak byk game…pastu kalu nak tenangkan fikiran baik pi bercuti pulau..kat genting serabut rmai org

  26. anei – dah biasa sgt gi pulau… lgpun dah lama x lepak kat tempat tinggi lak… hehehe…

  27. whoaaa canteknye gambo kat genting tuh.. berkabus2 lagik. huhu, tingin nak pegi genting….

  28. wah nice shot bro..

  29. chot – erk… baru je blajar dslr skit2… hehehe… tgh eksperimen lagi ni… mane setaraf dengan kamu…

  30. “Berbekalkan kamera di tangan, aku berjalan berseorangan diri”

    ye ke sorang? kan ke mr. palie join kitorg? ahaks

  31. aa’aa kan cik tak tau name die ikut satu group pompuan cun kat sane… mane ade jalan sorang2.. hik hik
    kantoi.. ; P

  32. ada2 je korang ni… ni kan cerpen rekaan semata-mata… hahaha…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: